Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

18 August 2008

Cerpen : Bila Si Rempit Fallin In Love

Breng!!!.........Breng!!!!.........
Bunyi motosikal si rempit jalanan ini amat menyakitkan telinga. Mereka dengan bangganya mempamerkan aksi yang berani dan merbahaya untuk tatapan umum. Walaupun telah banyak tragedi yang meragut nyawa menimpa ke atas golongan ini, namun semuanya itu tidak pernah dipedulikan. Sedikit pun tidak ada langsung rasa takut jika perkara yang sama menimpa diri mereka sendiri. Tidak pernah tahu untuk bersyukur kerana mereka masih lagi bernafas di atas bumi tuhan ini. Ini semua permainan duniawi. Yang hanya mengejar keseronokan tanpa memikirkan natijah yang bakal diterima.
Meluncur laju motosikal berwarna merah menyala itu. Kelihatan seorang pemuda sedang mempamerkan aksi ala-ala Superman di hadapan semua yang datang untuk menyaksikan perlumbaan haram itu. Hebat sungguh. Semua yang memandang bersorak melihat aksi yang dipersembahkan itu. Hari ini, dia juara lagi.
"Wah!!!...Dasyat lah kau bro. Histeria aweks-aweks kat sini tengok gaya kau yang macho tadi. Tabik spring, toing.. toing…toing.. lah kat kau bro." Ben memberi pujian kepada temannya. Memang tidak dinafikan, temannya itu memang cukup hebat apabila berada di atas jalan raya dengan motosikal merahnya itu.
"Well, you now me. Siapa yang tak kenal dengan aku. Adam Haikal Datuk Zainuddin. Handsome lagi macho."riak kata-kata yang dituturkan itu.
"Ellehh… Perasan lebih pulak kau ni. Menyesal aku puji kau tadi. Spesies poyo betul lah kau ni Adam."
Adam tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ben itu tadi. Heheheh… Kau tu jeles lah sebenarnya. Nak buat macam mana dah aku ni memang lebih handsome pun dari kau. Aku memang sepatutnya berterima kasih pada mama dan papa kerana dengan usaha mereka berdua maka aku dilahirkan sebagai lelaki yang handsome lagi macho ni. Usaha???... ‘Usaha’… Alah… Usaha yang tuttt…. Mwahahahhaha..
"Ah!!.. Kau jangan banyak cakap. Nah ni kau punya."Adam berkata sambil menghulurkan beberapa not RM50 kepada Ben. Mimi disebelahnya hanya memandang dengan mata tidak berkelip-kelip.
"Wah!!... Banyak masyuk. Berapa semua kau dapat? Esok kau nak main lagi ker. Kalau tiap-tiap malam macam ni mau kayo pakcik. Pakcik kayo. Pakcik kayo."
Memang Benjamin pandai memainkan peranannya sebagai pengurus peribadi kepada Adam. Di mana ada perlumbaan, pasti nama Adam tidak ketinggalan. Setiap tugasan, pasti ada habuan yang menanti. Sama seperti hari ini. Hasil kemenangan Adam pada malam ini, dia juga turut merasa hasilnya.
"Sayang… Untuk Baby tak da ker."rungut si cantik manis disebelah.
"Ish perempuan ni. Potong stim betul lah. Asyik nak kikis aku ajer. Kalau Si Ben ni aku hulur seratus dua berbaloilah jugak dengan kerja yang dia buat. Ini kau tu buat aper. Mencapap ajer kat sini. Eeee…. Rimas betul lah aku dengan perempuan ni." Rungut Adam di dalam hati. Merungut-merungut pun, tangan dari tadi asyik berada dipinggang Mimi ajer. Dah macam kena gam dengan gam gajah ajer.
"Baby pun nak jugak ker?" tanya Adam.
Ish… apa lah aku boleh tanya soalan bodoh ni. Dah sure-sure la Mimi ni nak. Hah… kan betul apa aku cakap. Dah mengangguk tu. Memang pisau cukur punya perempuan. Dua keping not RM50 dihulurkan kepada Mimi.
"Hah!!!.... Seratus ajer baby. Ish. Penat ajer tau I datang support U hari ni."Mimi menarik muka masam. Tidak puas hati.
Elleleleleh… Mengada-ngada punya perempuan. Aku dah bagi kira cukup baik la tu. Jengkel Adam melihat perangai Mimi yang mengada-ngada dan pisau cukur itu. Nasib baik kau tu cun ajer. Tapi cun ker kau tu, Cik Mimi oii… Boleh lah daripada takda.
"Alah baby ni. Cukup lah tu. Esok-esok kalau I menang, I bagilah lagi. Senyum lah sikit. Ok. I belanja U makan. Tapi bukan hari ni. Esok. Lepas kuliah. Boleh yer. Senyum lah. Tak lawa lah U monyok macam ni. Cak!...Mana baby sayang tu. Cak!." Hampeh punya perempuan. Nak main Cak! Cak! Pulak. Hilang macho aku.
Mimi tersenyum. Pandai pulak dia main cak! Cak! ek dengan aku.
"Ben. Jom balik. Esok kan Monday not public holiday. Kuliah. Kuliah."Adam memanggil Benjamin. Benjamin hanya menurut. Enjin motosikal dihidupkan dan terus meluncur laju. Boringnya. Kan best kalau esok cuti. Boleh lah aku tidur sampai ke petang. Itu kalau cuti lah. Tapi esok hari Isnin. Ada kuliah. Mana boleh tong. Macam mana nak jadi arkitek kalau asyik tong kuliah ajer. Hehheeh… Yo.. yo… ooii ajer.
***********************************
"Mak Ton order."nyaring suara Adam memanggil nama Mak Ton.
Di warung Mak Ton inilah tempat Adam dan gang-gangnya selalu melepak. Walaupun hanyalah warung kecil di tepi jalan, tetapi makanan-makanan yang dijual di sini semuanya sedap-sedap belaka. Papa pun selalu ajer suruh aku tapau mee goreng kat sini. Mama?. Mama pun sama. Mee goreng jugak. Almaklumlah. Pasangan sehati sejiwa. Serasi bersamalah katakan.
Mama dengan Papa aku walaupun golongan elit. Tapi tetap sempoi. Sempoi-sempoi diorang pun kalau salah tetap kena. Hehehe… Nasib baik setakat ini, mama dengan papa tak tau lagi aktiviti malam aku setiap hujung minggu. Mungkin mama dengan papa tak berapa kesah. Biasalah. Mendalami jiwa orang muda. Pastikan mahu hiburan tatkala tiba hujung minggu. Kalaulah mama dengan papa tau aku berlumba. Hush… Mahu dikerat-kerat motosikal merah aku tu. Nasib baik Abang Adin ada. Tukang cover line. Tukang bukak pintu bila aku balik pagi-pagi buta. Bagus betul lah abang aku ni. Hehehe… Bertuah kalau siapa yang dapat jadi wife dia. Dah lah handsome. Bergaya. Arkitek muda lagi tu. Eh.. Tapi aku nak bagi tau satu rahsia tau. Memang abang aku tu handsome. Tapi aku lebih handsome lagi dari dia tau. Heheeheh… Perasan lagi.
"Yer. Abang nak makan apa?"tanya satu suara dari belakang.
Amboi. Lembutnya. Suara siapalah pulak ni. Lemak merdu macam buluh perindu. Imposible suara Mak Ton. Kalau suara Mak Ton memang aku dah boleh cam sangat. Nyaring. Hehehe.. Ini siap panggil abang lagi. Adam menoleh. Terdiam. Matanya terkebil-kebil melihat gadis yang sedang berdiri dihadapannya kini. "Saper ni?" hatinya tertanya-tanya sendiri.
"Nak makan apa bang?" gadis itu bertanya lagi.
"Eh!! Adam. Kau ni kenapa? Dah kena sampuk ker."tanya Benjamin dengan suara yang agak tinggi. Adam. Adam. Pantang nampak perempuan. Mulalah darjah kemiangan kau tu naik. Tak paham betul aku dengan mamat sorang ni.
"Hah!!" Adam terkejut. Hish. Kacau betul lah Si Ben ni.
"Apa dia."Adam bertanya sekali lagi.
"Adik ni tanya. Kau nak makan apa. Tadi kata dah kebuluran tahap dewa sangat. Cepatlah." Malas Benjamin mahu melayan sikap gatal tak bertempat Adam itu. Tiba-tiba boleh jadi pekak badak pulak. Dengan budak kecik baru habis sekolah ni pun jadi. Apa daa…
"Potong betul lah Ben ni. Aku nak heart feeling kejap pun tak boleh."gumam Adam di dalam hati.
"Ni last saya tanya ni. Abang nak makan apa."sekali lagi gadis tersebut bertanya.
"Sa.. sa..saya nak makan awak. Eh…eh.. tak.. tak.. Nak mee goreng dengan sirap limau satu."Huh!!.. Apasal aku jadi gagap ni. Jatuh reputasi aku depan awek kat depan ni. Ooooo… Ben. Kau gelak-gelakkan aku ek. Siaplah kau.
"Abang?"kini soalan yang sama beralih pada Benjamin pula.
"Mee hailam dengan teh ais satu. Sorry yer dik. Kawan abang ni ada penyakit miang sikit bila depan perempuan. Selalu mulut dia ni lancar ajer bercakap. Tapi depan perempuan automatic akan jadi gagap."sesedap rasa sahaja Benjamin mengata Adam di hadapan gadis itu.
"Hampeh kau Ben. Berani kau jatuhkan reputasi aku. Control. Control. Nanti kau. Kau bayar lah sendiri mee hailam dengan teh ais kau ni."gumam Adam di dalam hati. Geram dengan Benjamin. Boleh pulak tu. Si Benjamin ni buat muka tak bersalah ajer.
Benjamin hanya ketawa melihat muka Adam yang sudah mula merona merah. Mesti merah sebab tahan malu dengan tahan marah tu. Hehehe… Nasib baik kat warung Mak Ton. Kalau tak mesti lunyai aku kena belasah dengan Adam yang ada tali pinggang hitam tu. Elllehh… apa ada heran. Aku pun ada tali pinggang jugak ler. Tali pinggang Superman lagi. Alah… yang macam Faizal Tahir punya tu lah. Sajer. Kasi gempaq sikit. Kekeke…

"Intan."lembut suara Mak Ton memanggil anak saudaranya itu.
"Saya Mak Ngah."Intan Nuraini menjawab.
"Intan jangan layan sangat budak Adam dengan Ben tu. Budak-budak tu memang macam tu."nasihat Mak Ton kepada anak saudaranya itu. Risau anak saudaranya itu akan terikut-ikut budaya tidak senonoh remaja di kota metropolitan ini. Intan masih baru dengan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur tidak sama seperti Ipoh. Apa yang lebih merisaukan Mak Ton adalah kerana tahap kesihatan Intan. Intan sakit. Penyakit yang boleh membawa maut. Leukimia. Walaupun sudah ditegah. Intan tetap mahu membantu Mak Ton di warung. Katanya, dia boring berada di rumah seorang diri.
"Budak yang mana Mak Ngah."tanya Intan.
"Budak yang berdua tadi tu."
"Ooooo… Abang yang dua orang tadi tu yer Mak Ngah. Takda apalah Mak Ngah. Intan layan diorang tadi pun sebab diorang kan customer Mak Ngah. Itu ajer."jujur Intan menjawab.
"Ermm. Baguslah kalau Intan fikir macam tu. Lega sikit hati Mak Ngah ni. Intan dah makan ubat?"tanya Mak Ton lagi.
"Alahh… Mak Ngah ni. Dah macam abah lah. Ubat. Ubat. Ubat. Intan ni Mak Ngah dah muak ler makan ubat."kata Intan dengan memek muka seolah-olah mahu termuntah itu.
Mak Ton tersenyum melihat gelagat Intan. Intan.. Intan.. Walaupun sedang menanggung azab kesakitan yang amat sangat, dia masih mampu lagi membuat orang disekelilingnya ketawa. Itulah dia. Intan Nuraini. Anak saudara yang paling dikasihi.
"Bukan ker Intan nak cepat sihat. Kenalah rajin makan ubat."pujuk Mak Ngah seakan-akan sedang memujuk anak kecil sahaja. Sedangkan Intan sudah pun berusia 22 tahun.
"Mak Ngah, orang kalau nak mati telan berapa banyak ubat pun, mati jugak Mak Ngah. Intan tau Mak Ngah, Intan dah tak boleh hidup lama lagi. Tue sebab Intan datang sini. Intan nak buat apa yang Intan suka. Intan bukan nak lari dari abah, kak long, dengan abang. Tapi Intan taknak tengok diorang semua sedih tengok Intan. Intan taknak simpati orang lah Mak Ngah."terang Intan satu persatu. Ada air jernih mengalir dari kelopak matanya. Datangnya ke sini bukanlah mahu melarikan diri dari kenyataan hidup yang harus diterima. Tetapi lebih untuk mendapatkan sedikit ketenangan dan kebebasan untuk membuat apa yang dia suka selagi masih bernyawa. Nasib baik abah mengizinkan walaupun dihalang oleh Along dengan Abang. Jangan risau abah. Intan tidak akan sesekali memalukan abah. Percayalah. Berilah Intan peluang untuk merasa nikmat kehidupan yang sebenarnya sebelum Intan pergi.
"Intan sayang. Tak baik Intan cakap macam tu. Jodoh pertemuan, ajal maut tu di tangan tuhan sayang. Kita berusaha. Intan tak kesian dekat Mak Ngah ker. Intan tau kan. Mak Ngah sayang sangat dekat Intan." Sayu kata-kata yang keluar dari mulut Mak Ton. Tubir mata Mak Ton juga telah digenangi air. Mak Ton menangis.
Alamak….. Mak Ngah dah pakai taktik air mata lah pulak. Nie yang aku lemah ni. Makan ajer lah ubat tu Intan. Macam tak biasa pulak.
"Alah.. Mak Ngah ni. Suka guna taktik air mata tau. Ok lah. Intan makan ok. Dah lah. Tak mau nangis-nangis lagi. Dah tak lawa dah Mak Ngah Intan ni. Ni kalau Abang Iwan ada kat sini ni, confirm Intan kena bebel dengan dia tau. Sebab buat Mak Ngah nangis. Bila Abang Iwan nak balik ek Mak Ngah?"sengaja Intan mengajukan soalan mengenai anak teruna Mak Ngah yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara itu. Air mata Mak Ngah dikesat dengan tangan. Mak Ngah bukan boleh sangat dilayan sedih-sedih ni. Silap hari bulan boleh banjir rumah ni dengan air mata Mak Ngah.
"Hujung tahun ni balik lah Iwan tu. Mak Ngah pun dah rindu sangat kat dia."kata Mak Ngah.
"Best lah Mak Ngah lepas ni. Tak payah susah-susah nak bukak warung lagi kan. Ok lah Mak Ngah. Nak tidor dah ni. Nite. Assalamualaikum."
"Ermm. Jangan lupa makan ubat."
"Ok bos."

"Hai awak!"
Terkejut Intan apabila disergah sedemikian rupa. Adam hanya tersenyum nakal melihat muka Intan yang mula merona merah. Sweetnya dia. Dah lah pakai baju kurung bunga kecik-kecik macam Sharifah Amani dalam iklan Silkygirl tu. Kena sangat lah dengan aku yang selalu dikatakan mirip dengan muka Mawi. "Ah!! Sudah. Perasan ler pulok. Heheh… Bila masa lah pulak muka kau tu mirip Mawi. Langsung tak sama. Sipi-sipi pun tak…Hush."ketawa Adam di dalam hati.
"Eh!!.. Abang. Nak order ker."
Adam mengangguk.
"Takpa. Abang duduk dulu. Nanti saya datang."
"Hush!! Lembutnya kata-kata. Cair hati aku."detik hati kecil Adam.
"Ok. Abang nak makan apa?"
"Ermm. Mee goreng dengan sirap limau satu."
"Ok."
Selesai sahaja mengambil pesanan dari Adam, Intan segera berlalu.
"Ermmm…Awak!!"Adam secara tiba-tiba memanggil Intan ketika gadis itu mahu berlalu pergi.
"Ya saya. Ada apa-apa lagi ker?"Intan bertanya.
"Ermmm. Na..na.. nama awak saper?"tanya Adam sepatah-sepatah. Persis seorang OKU yang gagap untuk berkata-kata. Heheheh..
Intan tersenyum melihat telatah lelaki muda dihadapannya itu. "Alahaiii… sayang seribu kali sayang. Rupamu handsome. Tapi gagap la pulak. Heheheheh…"ketawa Intan di dalam hati.
"Intan. Intan Nuraini."segera Intan berlalu.
"Yes!!! Akhirnya berjaya jugak aku tau nama awek baju kurung tu."Adam bersorak di dalam hati. Gembira hatinya bukan kepalang apabila mengetahui nama si cantik manis yang sering berbaju kurung itu.

"Mak Ton boleh lah ek. Adam janji. Sebelum Maghrib Adam hantar Intan balik. Boleh lah Mak Ton."merengek-rengek Adam meminta izin Mak Ton untuk membawa Intan keluar berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur pada hujung minggu ini. Susah betul lah nak bawak Cik Intan Nuraini ni keluar. Macam nak bawak tuan puteri ajer gayanya. Hush!!...
"Kamu nak bawak dak Intan ni pergi mana Adam. Dengan motor kamu tu?"tanya Mak Ton sambil menjeling ke arah motorsikal berwarna merah milik Adam itu. Intan di bahagian dapur hanya mendiamkan diri. Sedikit sebanyak hatinya berbunga riang apabila Adam dengan berani pergi berjumpa Mak Ngah untuk meminta izin membawanya keluar berjalan-jalan pada hujung minggu.
"Nampaknya mamat ni bersungguh-sungguh nak aku keluar dengan dia. Sanggup pulak tu mintak izin dengan Mak Ngah. Bukan dia tak tau mulut Mak Ngah macam mana. Mintak-mintak lah Mak Ngah bagi aku keluar dengan dia."kata Intan di dalam hati.
"Hush!! Mak Ton ni. Siap menjeling-jeling kat motor aku pulak. Aku bawak lari Intan Nuraini ni karang. Baru tau."getus hati kecil Adam.
"Boleh la Mak Ton. Ok..dokie… Adam janji sebelum matahari terbenam, Intan dah terpacak kat depan rumah Mak Ton. Boleh la ek…"gaya macam budak kecik umur empat tahun merengek minta dibelikan mainan dekat Toycity ajer.
"Baik tapi dengan syarat!"ujar Mak Ton setelah di timbang kira permintaan Adam itu. Dia ingat suka-suka hati ajer nak bawak anak dara orang keluar. Errmmm…
Fuh!!!... Dah macam cerita zaman dolu-dolu pulak. Zaman Hang Tuah nak pergi meminang Puteri Gunung Ledang pulak. Kan ker macam-macam syarat dikenakan. Tapi tu takpe lah. Datang meminang. Ni aku datang nak ajak keluar ajer.
"Macam-macam lah Mak Ton ni. Apa dia syaratnya."
"Syarat yang pertama. Kamu tak boleh bawak Intan keluar jalan-jalan dengan kamu naik motor merah kamu tu. Syarat yang kedua. Sebelum pukul 6 petang Intan mesti dah terpacak kat rumah. Syarat yang ketiga. Kamu mesti tolong Mak Ton kat kedai ni sampai lah ke hari kamu nak bawak Intan keluar. Start dari hari ni. Boleh!!!!"
Fuhh!!!... Bapak banyak syarat Mak Ton ni. Syarat yang pertama tu ok. Bisa diatur. Train kan ker banyak. Teksi pun ada. Rapid KL pun melambak. Tarak hal punyer…. Syarat kedua. Alasan memang dah siap set awal-awal dalam kepala otak yang bergeliga ni. Heheheh… Apa lagi. Jalan jammed. Train penuh. Tak pun. Tertinggal bas. Kekekek… Tapi syarat yang ketiga tu. Penghulu segala bala tu. Ada ker patut Mak Ton suruh aku jadi kuli dia kat kedai ni. Hush!!!... Mau selama hayat aku kena gelak dengan Ben. Tak termasuk lagi bala yang bakal menimpa kalau parents aku dapat tau. Mau kejang kepala otak aku ni pikir syarat tak masuk akal yang Mak Ton kasi ni. Adoii… Tak patut betul Mak Ton kenakan syarat yang macam ni kat aku. Alahai Cik Intan oiii… Pesal lah mak abah kau bagi nama Cik Intan. Pesal tak taruh, Cik Perak ker, Cik Suasa ker tak pun Cik Emas 916 tak lah macam-macam syarat aku kena terima semata-mata nak ajak kau keluar.
"Ok lah Mak Ton. Kalau itu ajer caranya Adam boleh bawak Intan keluar."perlahan suara yang dituturkan. Macam bateri takat sipi-sipi mau kong ajer.
"Apa dia."ulang Mak Ton.
"Ok. Setuju."Adam bersuara lagi. Kali ini agak kuat. Energizer punyer bateri. Memang tahan lebey lama.

Start hari Isnin sampai ke hari ini, dah lima hari Adam duk bertapa kat kedai Mak Ton ni. Memang macam kuli dibuatnya. Mana tidaknyer. Dari ambik order, hantar order, cuci pinggan, kemas mengemas semua dibuat sendiri. Kira dalam masa lima hari tu, Mak Ton jadi bos besar la. Baiknya punya riak, mengerah orang buat itu buat ini. Hush!!!... Tapi tak pe. Esok aku bakal dibebaskan. Satu anugerah tu. Yang paling best. Esok aku akan pergi dating dengan Intan. Wah gitu!!... Akan aku pastikan selagi tak abis satu KL ni aku pusing, aku takkan hantar Intan balik. Huhuhu…
"Sian abang. Kena dera dengan Mak Ngah." Intan bersuara dari belakang sambil menghulurkan segelas teh ais kepada Adam yang sedang duduk berehat sambil membetulkan sendi-sendi yang dah mula longgar. Masa ni lah nak ketatkan balik skru-skru yang dah longgar disebabkan sepanjang hari bekerja tanpa henti. Kalau mesen pun dah tentu boleh kondem. Ni kan pulak manusia.
"Takpa. Saya dah biasa."lembut kata-kata Adam.
Hush!!!... Power beb. Memang Adam punya skill mengayat kelas pertama. Yo yo oiii ajer kata dah biasa. Padahal. Selama hayat dikandung badan, itulah kali pertama Adam buat kerja-kerja macam ni. Biasalah tu. Trick nak jadi pencuri hati. Almaklumlah. Pencuri hati wanita klasifikasi Gred A. Dah macam telur ayam la pulak. Main gred-gred.
Intan tersenyum mendengar kata-kata Adam itu.
"Intan tau. Abang anak orang loaded. Mana penah buat kerja-kerja macam ni. Tengok tangan pun tau."Intan membalas kata-kata Adam itu dengan disertakan sebuah senyuman pakej sekali lesung pipit dikedua-dua belah pipinya.
Adusss!!!... Manisnya senyum. Setting port dah cukup baik. Rehat tepi longkang warung Mak Ton dengan Cik Intan. Kekekek… Longkang pun longkang la. Anggap ajer macam lepak tepi sungai.
"Itu Intan tengok tangan. Cuba Intan tengok kaki. Tengok jari. Tengok orang dia. Takde hal lah semua ni. Setakat tolong-tolong macam ni. Small matter la. Lagipun Islam kan ke menuntut umatnya tolong menolong sesama sendiri."Adam cuba berhujah. Ceh!! Dah macam pak ustaz la pulak.
Intan ketawa melihat telatah Adam. Ternyata. Lelaki itu amat bijak memainkan peranan. Seminggu Adam membantu Mak Ton di kedai membuatkan hubungan mereka berdua semakin rapat. Adam lelaki yang baik. Kelakar. Good looking. Tapi. Ada satu perihal diri Adam yang Intan kurang gemar. Kaki race. Intan sendiri pelik. Bagaimana Adam yang dari golongan keluarga yang berpoket tebal boleh terjebak dalam lumba haram itu. Adam bukanlah orang bodoh yang tak mampu nak berfikir tentang baik dan buruk sesuatu tindakannya itu. Belajar architecture. Bakal arkitek. Tapi mengapa sempit benar pemikiran seorang bakal arkitek sehingga boleh terjebak ke dalam kancah tidak sihat seperti ini. Memang serabut kepala jika difikir-fikirkan rasionalnya tindakan Adam itu.
"Intan."
"Errmm."
"Kenapa Intan panggil saya abang."
"Sebab abang tu kan ker lebih tua dari Intan."
"Tapi takda la tua sangat kan."
Sekali lagi Intan ketawa.
"Nasib baik Intan panggil abang. Kalau Intan panggil pakcik ker. Uncle ker. Ah So ker. Nak??"
"Ishh.. Tengok orang la Cik Intan oiii.. Ada ker mamat macho ni nak dipanggil pakcik. Ok. Abang pun abang la. Janji rock." Adam membalas. Sedikit terhibur dengan celoteh Intan itu.
"Adam!!!!"jerit Mak Ton dari depan.
Hush!!... Tu dia. Bila speaker Mak Ton dah berbunyi. Kalah Jaclyn Victor. Kacau daun la Mak Ton ni. Ulat bulu baru nak naik daun. Dah ada yang kasi spoil. Orang baru nak buat rehearsal untuk esok. Hari ini baru nak cucuk-cucuk sikit budak Intan ni. Takda lah esok masing-masing diam seribu bahasa. Speechless. Saja ajer Mak Ton ni melanggar hak asasi manusia. Suka-suka ajer jerit-jerit nama aku.
"Yer Mak Ton."segera Adam menjawab panggilan Mak Ton itu. Kalau lambat jawab nanti, maunya frekuensi suara Mak Ton boleh ke tahap yang lebih tinggi lagi menjerit namanya. Tu yang tak tahan tu. Bergegar gegendang telinga.
"Dah tak tau nak balik ker. Nak jadi pak guard pulak ker kat kedai ni."
Hish!!.. Mak Ton ni. Tak cukup lagi ker lima hari aku jadi kuli tak bergaji dia. Ada lah pulak bagi offer lain suruh jadi pak guard. Apa Mak Ton ingat muka aku ni macam muka golongan PATI (Pendatang Tanpa Izin) ker. Hush… Suka-suka hati ajer.
"Yer la. Nak balik lah ni. Oklah Mak Ton. Chow dulu ni. Intan jangan lupa. Pagi esok. Sebelum subuh abang datang ambik Intan ek."sengaja dikuatkan volume suaranya itu tang part nak ajak Intan dating esok. Kasi berapi sikit Mak Ton.
"Tak sembahyang subuh ker kamu Adam kalau nak ambik Intan sebelum subuh."tajam sindiran Mak Ton masuk ke dalam lubang telinga Adam.
Aiseyman.. Terkena aku.
"Tukar plan Intan. Bukan sebelum subuh. Tapi lepas abang sembahyang subuh. Lepas abis tolong pak imam lipat sejadah kat masjid dengan segera abang ambik Intan. Kekeke…"kuat suara Adam. Sekuat bunyi enjin motosikalnya yang telah dihidupkan. Berasap kepala Mak Ton mendengar bunyi bising enjin motosikal milik Adam itu. Adam terus berlalu pergi.
Intan tersenyum melihat telatah Adam dengan ibu saudaranya itu. Tidak dinafikan. Hatinya berbunga riang. Tak sabar mahu menunggu hari esok.

"Intan taknak beli apa-apa ker?" tanya Adam kepada Intan. Pelik. Selalunya jika perempuan masuk ke dalam shopping complex tak sah kalau tak jinjing plastic bag. Tidak pada Intan. Dari tadi dia hanya ralit melihat barang-barang jualan yang dipamerkan sahaja tetapi tidak membelinya. "Bagus jugak awek yang sorang ni. Tak abis duit aku. Hari-hari bawak keluar dating pun tarak hal punyer."nakal kata hati Adam. Ada hati mahu keluar dating lagi. "Yer la kan. Orang kata, second dating boleh jadi banyak meaning."kata hati kecilnya lagi.
"Takda apa yang perlu. Buat apa nak membazir."lembut tutur bicara yang keluar dari mulut Intan.
Adam terdiam. Ermmm… Bagus. Ni boleh jadi Menteri Kewangan yang baik kalau dibuat isteri. Takda lah tau nak menghabiskan duit suami ajer.
"Intan lapar tak. Jom kita pergi makan. Abang belanja Intan. Intan nak makan apa? Cakap ajer. Tarak hal punyer."
Satu cadangan yang cukup bernas. Dari tadi asyik berjalan ajer. Perut ni pun dah berkeroncong tak tau muzik lagu apa.
"Ok. Intan tak kisah. Kat mana-mana pun boleh."balas Intan sambil tersenyum memandang Adam.
"Kita makan fast food nak tak. Ermm. Makan pizza."cadang Adam sambil menaikan kedua-dua keningnya.
Intan ketawa melihat gelagat Adam yang tidak putus-putus membuat lawak itu. Errmmm.. Tak sangka. Mamat architecture ni boleh buat lawak antarabangsa dengan aku. Boleh join Raja Lawak untuk musim yang seterusnya.
"Ok."ringkas jawapan Intan. Seperti biasa. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Intan Nuraini pasti disertakan sekali dengan sebuah senyuman yang cukup manis.

Malam itu, Adam tidak dapat melelapkan matanya. Bibirnya tidak putus menguntum senyuman yang amat sukar ditafsirkan oleh sesiapa. Abang Adin yang setia memerhati gelagat si adik cuba merungkai segala persoalan dihati mengenai senyuman yang terbit dari bibir Adam itu.
"Whuzzup bro. Apasal kes ni. Dari tadi senyum sorang-sorang. Ada fius yang dah terputus ker?"sergah Adin dari belakang.
"Hush!!!... Apa ni Along. Nasib baik Adam takda penyakit lemah jantung tau. Kalau tak, dah lama jadi arwah. Mintak simpang. Nauzubilllah."marah Adam apabila dikejutkan sedemikian rupa.
"Abis dari tadi asyik tersenyum mengalamun sorang-sorang. Mana nak perasan Along datang. Apa kes ni. Tak lain tak bukan, confirm ni mesti dah tangkap chenta dengan somebody ni."Adin cuba menduga.
"Mana ada. Pandai-pandai ajerlah Along ni."dalih Adam.
"Ellehh… Macamlah Along ni ngok sangat. Tengok dari senyuman Adam tu pun Along dah boleh baca. Confirmlah ni tengah fallin in love with somebody ni. Saper dia yang bertuah tu."
Adam kerut dahi seribu. Sejak bila Adin Hakimi seorang arkitek tukar profesion jadi Nujum Pak Belalang ni. Main baca-baca fikiran orang ni. Seribu kemusykilan bersarang dihati.
"Intan. Anak saudara Mak Ton yang berniaga kat warung tepi jalan tu."
"Oooo… Patut la hari-hari Adam tapaukan mama dengan papa mee goreng kat warung tu. Rupa-rupanya ada agenda lain. Ada udang disebalik mee."
Adam tersengih mendengar kata-kata Alongnya itu.
"Mama dengan papa macam mana Along?"timbul keraguan difikiran Adam apabila memikirkan penerimaan orang tuanya terhadap Intan Nuraini.
"Don’t worry young man. Mama dengan papa ok lah. Parents kita tak pandang semua tu. Janji you will be happy its much more enough for them."
Hati Adam berbunga riang tatkala mendapat sokongan dari abangnya. Memang dalam segala hal Adin akan menjadi back up besar pada diri Adam.
******************************************
"Intan."
"Errmm."
"Abang sayang Intan. Sayang sangat."
"Intan pun sayang abang."
Tersenyum Adam mendengar ucapan sayang dari mulut Intan.
"Tapi abang janganlah sayang Intan banyak sangat. Takut nanti kalau Intan dah takda nanti abang susah nak lupakan Intan."kata Intan sambil tersenyum.
Adam seolah-olah tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Intan sebentar tadi.
"Kenapa Intan cakap macam ni. Ingat. Takda apa yang boleh pisahkan abang dengan Intan melainkan maut saja sayang."
Intan tersenyum tenang.
"Apalah abang ni. Takdalah. Nanti-nanti kalau Intan balik kampung nanti. Lama tak jumpa. Abang tak boleh tidur malam pulak sebab asyik teringat kat Intan."
"Lor. Sebab tu ker. Pandai Intan buat lawak ek."
"Abang."
"Yer sayang."
"Abang boleh tak janji dengan Intan."
"Apa dia. Cakaplah."
"Abang janganlah berlumba lagi. Intan tak sukalah abang jadi mat rempit. Nanti kalau apa-apa jadi kat abang mesti mama dengan papa abang sedih."
"Intan tak sedih ker kalau terjadi apa-apa pada abang."
"Mestilah sedih. Intan sayang abang. Kalau boleh Intan taknak apa-apa pun jadi pada abang. Promise ya dengan Intan."
"Ok. Abang promise."
"Lagi satu."
"Ada lagi?"
"Intan nak abang studi elok-elok. Sampai dapat degree. Sampai abang jadi arkitek macam Abang Adin. Abang bertuah tau dapat peluang belajar macam ni. So jangan sia-siakannya."
"Ok. Abang janji sayang. Lepas abang berjaya jadi arkitek macam Abang Adin nanti, abang suruh mama dengan papa abang pinang Intan. Tak sabar nak kahwin dengan Intan ni. Kalau dah kawin senang. Tak payah nak kena marah dengan Mak Ton kalau nak ajak Intan keluar dating lagi. Kekekeke…"
Intan ketawa mendengar jenaka Adam. Adam memang seorang yang cukup menghiburkan dihatinya. Tapi. Bisakah dia mengecapi kebahagian itu bersama insan tersayang andai masa yang ada kini hanya tinggal sedikit sahaja lagi.
"Abang janganlah berangan banyak sangat. Intan takut kalau abang tak tercapai angan-angan abang tu. Intan taknak abang kecewa."
"Tak sayang. Abang yakin. Memang Intan ditakdirkan untuk menjadi perempuan di dalam hidup abang. Sejak Intan datang dalam hidup abang. Dunia abang jadi lain sangat. Intan banyak mengajar abang untuk lebih menghargai hidup ini. Lebih menghargai orang yang kita sayang. Intan mengajar abang seolah-olah kita akan mati pada esok hari. Abang berterima kasih sangat dengan Intan."
"Kita manusia. Setiap manusia pasti akan mati."tenang Intan menuturkan tiap patah perkataan itu.

"Intan taknak bagi tau Adam ker Intan nak balik Ipoh ni."
"Takpa lah Mak Ngah. Intan taknak kacau Abang Adam. Lagipun dia tengah struggle untuk final exam dia. Intan rindu sangat dengan abah lah Mak Ngah."
"Ermm. Intan ok kan."
Intan mengangguk lemah.
"Mak Ngah jangan bagi tau apa-apa yer pasal penyakit Intan dekat Abang Adam. Jangan cerita apa pun kalau dia tanya apa-apa kat Mak Ngah pasal Intan."
"Baiklah."
"Intan pergi dulu yer Mak Ngah. Assalamualaikum."
Intan mencium tangan Mak Ngah sebelum menaiki tangga bas express untuk pulang ke kampung. Rindunya pada abah tidak dapat dibendung. Intan sendiri tidak tahu. Kenapa tiba-tiba perasaan rindu pada abah, Kak Long dengan abang datang menjelma.

"Mak Ton. Kenapa Intan balik kampung taknak bagi tau Adam."
Mak Ton hanya mendiamkan diri.
"Mak Ton, Adam pelik lah dengan Intan ni."
"Apa yang peliknya. Intan tu kan ker orang bukan alien."
"Memanglah anak saudara Mak Ton tu bukan alien, tapi entahlah. Susah nak cakap."
"Susah nak cakap. Diam. Meh tolong Mak Ton susun kerusi ni."
"Hush!! Mak Ton ni. Ada-ada ajer lah. Pemikiran luar orbit yang tak disangka-sangka. Aku tengah pening duk fikir pasal Intan boleh pulak dia suruh aku susun kerusi meja."getus Adam dalam hati. Dalam hati sahajalah yang mampu. Nak lepas keluar mulut, traffic jammed dekat anak tekak. Mahunya Adam diseligi Mak Ton kalau dia berani bercakap macam tu face to face.
"Mak Ton, Adam ingat nak pergi Ipoh la. Nak jumpa Intan."
Cadangan bernas yang terlintas difikiran Adam ketika ini. Apa susah. Final dah habis. Merdeka. Hip hip hooray!!!!... Boleh jalan-jalan satu Ipoh. Errmm.. Redeem balik dekat Intan masa aku bawak dia pusing-pusing KL hari tu. Hehehehe… Best idea. Syok..syok..
Mak Ton hanya mendiamkan diri. Adam pelik memerhati tingkah laku wanita separuh abad itu. Kenapa Mak Ton berkelakuan begini. Selalunya mulut Mak Ton kecoh. Pot pet pot pet. Tetapi apabila dia cuba mengutarakan cadangan untuk menemui Intan di Ipoh Mak Ton mendiamkan diri seribu bahasa. Ada apa-apa yang tidak kenakah? Benaknya mula terlintas yang bukan-bukan. Hush!!! Kenapa mesti difikir benda-benda diluar orbit ini. Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang baik-baik belaka.
"Bila Adam nak pergi Ipoh."akhirnya Mak Ton bersuara.
"Kalau boleh malam ni jugak Adam nak pergi. Ajak Along temankan."
"Errmm. Mak Ton ikut sekali boleh. Lagipun Adam tak pernah pergi ke rumah Intan kan. Tapi kita pergi esok pagilah. Boleh??"
Adam tersenyum. "Ok. Esok pagi kita bertolak. Tak sabarnya nak jumpa Intan, Mak Ton. Rindu sangat."

"Wah!!!.. Cantiknya kampung Intan ni Mak Ton. Errmm. Ni mesti sekolah Intan dulu kan."teruja Adam melihat pemandangan kampung Intan itu. Adam orang kota. Dilahir dan dibesarkan di kota metropolitan yang penuh sesak itu. Pertama kali menjejakkan kaki ke kampung halaman Intan Nuraini membuatkan hatinya berbunga riang. Dia tahu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Putih itu adalah sekolah dimana tempat Intan pernah belajar dahulu. Intan pernah bercerita kepadanya tentang sekolah lamanya itu, teman-teman, para guru. Teringat Adam kepada gadis itu. Rasanya, sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan orang yang dirinduinya itu.
"Mak Ton di belakang hanya membekukan diri."
Adam perasan dengan perubahan sikap Mak Ton sejak dua menjak ini. Adakah sesuatu yang buruk akan berlaku? Dia cuba menolak kenyataan itu. Cuba berfikiran secara positif. Cara orang bijak mengawal keadaan. Mengawal perasaan. Walaupun hakikatnya, dia sendiri serasa ada yang tidak kena. Sebab apa. Adam tidak pasti. Along disebelah hanya mendiamkan diri sahaja. Mahu memberi sepenuh kosentrasi pada pemanduan.

Kedatangan mereka disambut oleh seorang wanita muda berusia dalam lingkungan umur 26 tahun. "Barangkali inilah Kak Long. Kakak sulung kepada Intan Nuraini." Adam berkata di dalam hati.
"Intan mana, Ida."Mak Ton bertanya kepada Zaida.
"Adik kat hospital Mak Ngah. Abah dengan Asrul ada kat sana. Temankan adik."tersekat-sekat butir bicara yang keluar dari mulut Zaida.
Terasa seperti halilintar membelah langit tatkala mendengar butir bicara yang keluar dari mulut kakak Intan itu. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Ternyata, Along disebelah juga kelihatan bingung dengan keadaan yang berlaku sekarang ini.
"Mak Ton, apa dah jadi sebenarnya ni? Kenapa dengan Intan?" soalan yang bertalu-talu itu ditujukan kepada Mak Ton dengan harapan segala persoalan dihati ini dapat dirungkaikan dengan seberapa pantas yang mungkin.
"Adam, kita pergi hospital dulu. Nanti Mak Ton ceritakan. Ida, siap cepat. Kita pergi tengok Intan sekarang jugak."satu arahan daripada Mak Ton.
Adam hanya menurut.

Sebaik tiba sahaja di Hospital Besar Ipoh, Adam terus meluru keluar dari perut kereta. Sungguh tidak disangka dengan apa yang telah diceritakan oleh Mak Ton dan Kak Ida ketika di dalam perjalanan tadi. Intan sakit. Sakit yang merbahaya. Keadaanya kritikal. Mengapakah Intan tidak pernah memberitahunya akan hal sebesar ini. Adam takut. Takut andai dia akan kehilangan insan yang paling disayanginya itu.
Tiba sahaja di wad pesakit perempuan kaki Adam tiba-tiba berhenti melangkah. Cuba mencari kekuatan untuk berdepan dengan Intan. Nasib baik ada Adin yang dari tadi setia menemani si adik. Adam melangkah ke katil yang menempatkan Intan.
Pilu hati melihat insan yang paling disayanginya itu cuba bertarung dengan maut. Berbagai-bagai wayar melingkari sekujur tubuh yang semakin kurus itu. Muka Intan pucat. Jelas. Intan sekarang ini sedang menanggung azab kesakitan amat sangat. Rambut. Rambutnya telah gugur sehingga menampakkan kulit kepalanya. Adam mengalirkan air mata. Air mata seorang lelaki. Wajah yang ceria dan manis dulu kini hanya mampu terbaring lesu dengan dilingkari pelbagai jenis wayar.
"Intan."panggil Mak Ton lembut. Air mata Mak Ton turut mengalir.
Perlahan mata Intan dibuka. Walaupun sakit dia masih mampu mengukir senyuman.
"Tengok saper yang datang ni sayang."kata Mak Ton lagi sambil menarik Adam sedikit kehadapan agar memudahkan Intan untuk melihat.
"Abang."lemah kata-kata yang keluar dari mulut Intan.
"Kenapa Intan tak bagi tahu abang yang Intan sakit."
"Intan taknak abang risau. Abang, Intan sayang abang. Sayang sangat-sangat. Intan nak mintak maaf pada abang sebab Intan terpaksa memungkiri janji kita untuk sama-sama membina masa depan bersama. Abang, halalkan makan minum Intan yer."tersekat-sekat patah bicara yang keluar dari mulut Intan.
"Sayang jangan cakap macam tu. Intan akan sihat. Percayalah."Adam cuba memberi harapan kepada Intan. Walaupun dia sendiri sukar untuk meramalkannya.
"Tak abang. Intan dah tak ada masa. Abang ingat lagikan janji abang pada Intan. Jangan bawak motor laju-laju. Jadi manusia yang berguna. Intan nak abang jadi seorang yang berjaya. Yang boleh menjadi kebanggaan keluarga."
"Jangan cakap lagi sayang. Intan rehat ya."
"Tak abang. Intan nak abang janji dengan Intan dulu."
"Yer sayang. Abang janji."bersama deraian air mata. Adam mengikat janji.
"Abah."
"Yer Adik."
"Adik sakit abah. Sakit sangat-sangat. Kak Long, Abang. Adik mintak maaf andai ada kelakuan adik yang buat Kak Long dengan Abang terasa hati. Abah. Ampunkan Adik yer abah."sayu Intan bersuara.
"Mak Ngah, Intan sayang Mak Ngah. Maafkan Intan yer Mak Ngah."
Zaidah dan Asrul hanya mampu menangis melihat derita yang sedang ditanggung oleh adik bongsu mereka. Mak Ton juga turut mengalirkan air mata. Encik Mustafa tidak dapat menahan sebak di dada melihat anak yang paling manja dengannya itu cuba sedaya upaya untuk bertarung dengan maut.
"Intan sayang. Mengucap sayang."kalimah syahadah dibacakan di telinga Intan.
Innalillahhiwainalillahhirajiun………

Rumput-rumput kecil dicabut dengan tangan. Bunga-bunga kemboja yang jatuh berguguran di atas pusara ini dibuang ke tepi. Telah setahun Intan pergi meninggalkan dunia ini. Di pusara ini, Adam setia berdiri. Bersama doa-doa, tak putus diberikan. Sebagai tanda kasih. Kasih yang sebenar.
"Cinta Intan akan abang sanjung selagi nyawa dikandung badan. Terima kasih kerana memberi peluang kepada si rempit ini untuk fallin in love with you, sayangku Intan Nuraini…. Tanpa Intan, tidak mungkin abang akan berjaya seperti hari ini. Wajah dan senyummu sayang akan sentiasa tersemat dihati ini. Abang sayang Intan."
Perlahan-perlahan Adam berjalan menuju ke kereta. Dipertengahan jalan, dia menoleh kembali… Dan.. Airmata pun jatuh ke pipi.…

No comments:

Popular Posts