Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

18 August 2008

Cerpen : Corak Hari Kita

"Hei! Budak gemuk, kau datang sini". Laung Ibzal kepada Dammiyya.
"Kurang ajar betul mulut kau ni. Suka hati kau aje nak panggil aku budak gemuk. Cakap pulak tak boleh elok-elok ke, nak laung-laung macam ni. Ingat aku duduk empat batu ke?" Marahku kembali.
"Ni hah. Mak aku bagi kat mak kau. Tapi kau tak boleh makan sebab mak aku cakap bagi kat mak kau aje".
Lantas Ibzal menghulurkan satu bekas kuih kiswi kearah Dammiyya.
"Kau hantarlah sendiri kat mak aku. Bukannya jauh pun, dua tiga langkah aje sampailah rumah aku". Tegas Dammiyya geram dengan sikap kurang ajar Ibzal dihadapan rakan-rakannya.
"Dah kau ada kat sini, aku bagilah kat kau"
"Jangan kacau aku lah. Aku nak main ni".
"Malas betullah kau ni"
"Tak tidur lagi Miyya?"
Tersentak aku apabila tiba-tiba ditegur oleh Sharina, roommate ku. Hilang terus gambaran cerita kanak-kanakku.
"Tak lagi, kenapa?"
"Esok kau ade paper pagi kan?" Soal Sharina lagi
"Yup. Kenapa?"
"Habis tu kenapa termenung lagi"
"Tak ada apa lah. Dah tidur, esok lewat pulak nak bangun". Balasku sambil menarik selimut menutup sebahagian tubuhku.

******

Hoorey…… Dah cuti semester. Bestnya dapat balik kampung. Happynya rasa nak jumpa ayam itik…tapi lagi rindu kat umi dan abah. Balik kampung nanti mesti umi masak yang best-best punya tapi awal kepulangan aku ajelah, lepas tu kena masak sendirilah kalau nak makan yang sedap-sedap.
"Dah siap semua barang-barag kau packing?’
"Dah. Rasa-rasanya tak ada apa yang tertinggal". Jawabku membalas pertanyaan Sharina.
"Dua bulan lebih ni kita cuti. Rindulah kat kau nanti"
"Apa susah. Telefonkan ada. Hanya tekan dihujung jari. Malas massage, call terus. Tapi kredit habis jangan salahkan aku pulak"
"Time cuti asyik aku aje yang call kau. Kau ni kedekut betul"
"Bukan kedekut, berjimat tau. Kau kat Perak aku kat Terengganu. Bukannya pakai line yang sama"
Memang kedekut tahap cipan lah kau ni". Marah Sharina dalam nada bergurau.

*****

Sudah dua minggu aku duduk kat rumah, boring pulak rasanya. Makan tidur aje yang aku tahu.
"Tengok-tengokkan rumah ni. Umi nak pergi rumah pakcik Idin"
"Pergi rumah pakcik Idin buat apa Umi?"
"Pakcik Idin buat kenduri Kesyukuran. Pagi ni nak pergi tolong mana yang patut. Petang nanti kau pun pergi sekali. Pakcik Idin dengan Cik Kiah jemput kita sekeluarga".
"Kesyukuran ape pulak umi?"
"Ibzal tu dah dua hari balik. Dah habis budak tu belajar. Kejap aje rasanya. Jadi doctor lah nampaknya. Rasanya macam baru aje dia pergi kat Negara orang putih tu"
"Dah habis belajar rupanya si budak berlagak tu". Hidup lagi rupanya budak tu. Dah lama aku tak tengok si muka poyo tu. Maklumlah, budak cerdik. Masuk MRSM tinggal kat asrama lepas tu pergi oversea.
Elleh, baru belajar sampai kat Ireland tak sampai Mekah lagi dah buat kenduri. Orang kampung pulak tu sakanlah memuji si poyo berlagak tu, termasuk umi aku. Banggalah tu…….

"Miyya tak datang ke Cik Nab?"
"Tak. Dah puas Cik Nab ajak tapi tak nak datang"
"Kenapa?". Soal Ibzal tidak berpuas hati
"Entahlah. Dia kalau ke tempat kenduri malaslah nak datang. Ramai oranglah, panaslah, itulah inilah. Macam-macam. Entah apa nak jadi dengan anak dara sorang tu". Bebel Puan Zainab membuatkan Ibzal tersenyum dengan perangai Dammiyya.
Tak apa kau tak nak datang. Esok lusa aku pergi cari kau kat rumah kau. Kau tak boleh lari dari aku. Hehehe…Gumam Ibzal tersenyum memandang Puan Zainab.

*******

"Assalamualaikum!Assalamualaikum!.......". Laung Ibzal dihadapan rumah Puan Zainab. Rumah aweklah katakan, kena sopan sikit…
"Waalaikummussalam"
Huh! Terkejut aku. Ingatkan siapa yang datang tadi rupa-rupanya si mamat poyo ni. Apahal pulak datang ke rumah aku ni. Dah lama aku tak tengok dia ni, handsomelah pulak. Handsome ke? Bolehlah……Boleh blah……
"Cik Nab ada?" Soal Ibzal memandang kearah Dammiyya.
"Tak ada. Umi pergi kedai". Nadaku bersahaja. Bukan sombong tapi buat-buat dingin aje. Macam lagu Ziana Zain tu. Cakap dengan orang berlagak, gaye pun kena berlagak juga.
"Miyya ke?". Soal Ibzal lagi. Buat-buat berlakon katakan…
"Ye…Nak apa. Kalau nak cakap ke pesan apa-apa ke cakaplah cepat. Nanti tak pasal-pasal ikan saya kat dalam kuali tu hangus". Balasku geram. Time orang nak masak ni lah nak datang. Pulak tu aku ni pakai macam makcik aje. Pakai baju kurung kedah dengan kain batik. Vateran betul…Mesti budak orang putih ni cakap aku kuno.
"Dah kurus sekarang. Mana Miyya yang gemuk dulu ek". Ibzal tersengih memandang muka kelat Dammiyya.
"Amboi mulut, sedap betul kutuk aku. Kau pulak hidup lagi sekarang. Apasal mata kau tak biru, rambut kau tak merah maca orang putih tu"
"Sebab saya orang melayu sejati". Gelak Ibzal kerana dapat menyakat Dammiyya. Sejak dari kecil lagi, memang selalu dia mengusik Dammiyya dan Dammiyya akan membalas semula dengan muka yang masam. Cute!
Berada jauh beribu batu sekalipun, wajah Dammiyya yang dirinduinya. Tak dapat tengok tuannya, bumbung rumah pun jadilah. Hari pertama dia sampai di kampung wajah Dammiyya yang dicarinya dulu.
"Ceh! Berlagak".
"Ni, mak saya suruh bagi kat Cik Nab. Duit jahit baju"
"Cash ke Check ni nak bayar"
"Money Order"
"Cukup ke tak duit ni?". Soalku menyambut duit yang dihulurkan oleh Ibzal.
"Lebih seposen dua kot. Ambik kat awak ejelah buat beli aiskrim"
"Aku dah tak makan aiskrim tau". Balasku geram. Budak ni memang nak kena belasah dengan aku ni. Dia tak tahu aku ni ada black belt. Sekali aku bagi rongak gigi.
"Tak apalah. Saya balik dulu". Lantas Ibzal berlalu menuju ke arah motosikal yang diparkir di bawah pokok mempelam hadapan rumahku. Baru dua tiga langkah berlalu, Ibzal kembali berpaling memandang kearah Dammiyya.
"Macam makcik kat pasar malam aje awak pakai macam ni. Hahaha…..". Gelak Ibzal kerana dapat membuat Dammiyya marah……Marah-marah pun, manis pulak wajah bersih itu.

*******

Panas betullah hari ini. Agak-agaknya berapalah suhu kat Malaysia ni. Bas pulak manalah pulak pergi. Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi ke Bandar tetapi mengenangkan ada barang penting yang hendak aku beli, maka turunlah juga aku ke Bandar dengan berasak-asak dengan orang ramai. Hari sabtu, ramailah yang turun ke Bandar. Budak-budak sekolah pulak berebut-rebut nak naik bas.
Manalah bas ni…Aku ni nak balik. Balik lambat nanti, membebel pula Puan Zainab ni. Sedang aku mengelamun menunggu bas , tiba-tiba bahuku dicuit oleh seseorang.
Terkejut aku. Si mamat poyo ni rupanya. Berani betul dia main cuit-cuit aku macam ni. Tahulah dah berkawan dengan orang putih tak kan dia tengok aku macam minah Negro pulak. Main hentam aje. Bukan muhrim, berdosa tau walaupun berlapik….
"Buat apa kat sini?’. Tegur Ibzal mengambil ruang dan duduk di sebelah Dammiyya.
"Tunggu kuda datang ambik. Agaknya pergi makan rumput kot. Itu yang tak datang-datang lagi."
"Pandainya buat lawak". Ibzal masih lagi ketawa dengan kata-kata sinis Dammiyya. Sombong betul minah ni. Dingin.
"Jomlah balik sekali. Nak tunggu bas bilalah datangnya". Pelawa Ibzal memandang muka Dammiyya.
"Tak apa. Terima kasih aje"
"Janganlah sombong. Nak saya dukung sampai kat kereta saya ke?". Duga Ibzal.
"Boleh tahan gatal juga awak ni ye"
"Gatal dengan orang yang saya suka tak apa"

*******

‘Gatal dengan orang yang saya suka tak apa’
Masih terngiang-ngiang kata-kata Ibzal. Sudah seminggu ayat itu menghantuiku. Masih terasa tangan Ibzal menarik tanganku menuju ke keretanya. Bergetar juga jantung aku ketika itu. Getaran masih lagi terasa sampai ke hari ini. Jatuh cinta ke?. Umi tolong….apa dah jadi dengan anak umi ni. Ha! Sharina.
"Aku tak tahulah Sha. Dulu aku kutuk dia hidup-hidup tapi sekarang lain macam aje"
"Ini dinamakan penangan asmara". Gelak sharina di talian.
"Boleh kau gelakkan aku. Aku tengah serabut ni"
"Itulah kau. Dulu kau cakap aku gatal. Belajar tak habis lagi dah gatal nak berpakwe. Tengok siapa yang demam asmaradana"
"Iye, aku mengaku. Nak buat macam mana dah perasaan ini nak datang. Aku halang pun tetap nak jadi jugak"
"Kau berterus terang aje, ape susah"
"Kau cakap memanglah senang. Aku yang menanggung ni. Tak kan perigi pergi cari timba. Malulah aku. Entah-entah dia dah ada girl. Malulah aku kena reject"
"Zaman sekarang orang dah tak kira perigi cari timba ke apa, mana sempat rembat aje. Lagi pun dia tak kahwin lagi. Peluang masih ada"
"Entah-entah awek dia orang putih kat sana tu. Mesti dia cari yang sama taraf dengan dia juga"
"Kau ni negative betul. Asyik entah itu, entah ini. Belum apa-apa dah mengalah, putus asa. Nanti dia kerja kat mana"
"KL"
"Eloklah tu. Kau call aku balik. Aku nak dengar berita happy kau dengan si ehem tu dah menjadi. Selagi tak menjadi jangan call aku. Ada paham!......"

*******

Sudah nak masuk sebulan aku terkena panahan asmara Ibzal. Kuat juga penangan dia ni. Macam manalah aku boleh tersangkut dengan mamat ni. Dulu iye-iye aku kutuk, alih-alih hari ini aku pulak yang angau.
‘Gatal dengan orang yang saya suka tak apa’
ish! Serabut betul otak aku. Asyik ayat itu aje yang aku ingat. Macam manalah nak lupa ni.
Tok!tok!tok!.....
Terjengul muka umi disebalik pintu bilikku yang diketuknya. Apalah umi ni, time otak aku tak betul ni lah nak diganggu.
"Miyya buat apa?"
"Tengah fikir nak kemas bilik ni jadi kemas"
"Macam orang nak kahwin aje bunyinya. Nak kemas itu, kemas ini". Gurau Puan Zainab.
Gulp! Huh…..umi ni nak bergurau tak kena tempat, masa dan gaya. Kalaulah aku dapat kahwin dengan si Ibzal tu, seminggu aku kemas bilik ni jadi bilik pengantin.
"Miyya keluar kejap boleh?. Umi dengan abah nak cakap sesuatu kat Miyya"
"Penting ke umi"
"Penting jugaklah. Keluarlah kejap"
Aku melangkah keluar dari bilikku membuntuti umi menuju ke ruang tamu. Abah sudah menunggu aku sambil menonton televisyen.
Aku duduk di atas kerusi berhadapan dengan umi dan abah. Macam nak kena jatuh hukuman aje. Aku ada buat salah ke?
"Miyya ada kawan dengan lelaki tak?" Soal abah dengan senyuman dibibir.
Aik! Soalan apa ni. Hish, abah ni buat malu aku aje.
"Kawan-kawan biasa kat tempat belajar adalah. Kenapa?"
"Special ke tak?"
"Soalan apa ni abah"
"Abah tanya, jawablah dulu. Banyak soal pulak dia ni". Leter umi kepadaku
Aku hanya menggelengkan kepala.
"Ini halnya. Pakcik Idin dengan Cik Kiah tanya, Miyya dah ada calon ke belum, kalau tak ada dia orang nak bagi". Terang abah memandang tepat ke arahku.
"Calon?". Soalku terkejut. Untuk siapa?. Ibzal ke?
"Ibzal tu berkenan sangat dengan kamu". Terang abah lagi. "Kalau tak ada lagi, dia nak masuk line"
Sporting betullah umi dengan abah aku ni. Macam tahu-tahu aje perasaan anak daranya ni. Aku pulak, rasa dah berpeluh seluruh badan. Terkejut tahap petala langit ketujuh. Tak kusangka, bukannya aku syok sendiri. Bertepuk juga tangan aku ni. Tepuk amai-amai……hehehe…
"Ha, macam mana? Mengelamun pulak dia ni.Belum apa-apa lagi dah berangan". Tegur abah
Takkan aku nak mengaku setuju aje, malulah aku.
"Kami tak paksa. Kalau Miyya tak setuju kami boleh bagitahu kat Pakcik Idin. Tambah umi pula memandang kearah anak mataku.
Hish, umi ni apasal cakap macam tu pulak. Tak tahu ke hati anak daranya ini sudah sebulan menjadi panasaran. Inilah aku nak nyanyi lagu mungkinkah yang Sheila Abdul selalu nyanyi tu.
"Kenapa Ibzal tak cakap sendiri?’. Cewah, cool….berlagak tenang konon. Jangan gelojoh sangat walaupun hati kata nak.
"Elleh, buat-buat tanya pulak. Macamlah umi tak tahu. Sejak Ibzal hantar kamu balik dari Bandar dulu tu, mengelamun aje umi tengok. Termenung sana sini"
Umi aku ni, tak berlapik langsung nak kenakan aku. Kalau menyakat aku nombor satu.

Aku masuk ke dalam bilikku..huh!yeeehaaa….Rasa nak bergolek aje. Tak sangka pulak Ibzal pun nak kat aku. Umi dengan abah aku dah bagi lampu hijau. Tak merah langsung. Berkenan sangatlah tu dengan Si Poyo..Ops silap abang Zal..manja sikit..hehehe…Syukur alhamdulillah, Allah makbul juga doaku siang dan malam.
Sharina! Aku mesti call Sharina dengan berita gembira ni. Lantas aku mencapai handsetku.
Aik! Nombor siapa pulak ni. Kacau betullah. Aku nak call Sharina, tetapi siapa pulak yang call aku ni.
"Hello… Assalamualaikum…."
"Waalaikumussalam….Ibzal ni"
Hah! Terkejut aku sampai terjatuh dari katil. Aduh sakit betul…Cover…relax..cool…
"Umi dan abah awak ada cakap apa-apa tak?" Soal Ibzal
"Cakap apa?. Buat-buat jual mahal sikit. Nak dapat aku mesti kena bersusah payah sikit.
"Betul ke ni?"
"Kenapa baru cakap sekarang?". Soalku
"Habis tu, awak terima tak saya?"
"Kalau saya tak terima?"
"Maknanya awak nak kat saya tapi awak malu nak cakap". Balas Ibzal selamba
Aik!eeeee……apa punya jawapanlah mamat ni. Perasan betul, tak pe aku saje je nak test…
"Kalau terima?"….
Dubdabdubdab…jantungku…
"Maknanya, awak dah lama syok kat saya tapi buat-buat jual mahal…yeehhaaa…hoooreyyyy" Jerit Ibzal …..

No comments:

Popular Posts