Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

12 August 2008

Cerpen : Kita kawan ek

Suasana di kelas 5 sains 1 begitu kecoh. Entah apa yang melanda, aku sediri pun tak tahu. Di sebabkan kelas aku yang bersebelahan dengan kelas dia sebab tulah aku boleh dengar apa yang budak-budak kelas tu buat.

Kringgg..... Kringg .... bunyi loceng tanda waktu rehat. Nilah time yang aku tunggu-tunggukan. Di kelas masa cikgu Ezani mengajar ad math aku langsung tak dapat nak fokus. Maklum la macam-macam formula nak kena ingat. Aku ni bukanlah expert sangat. Tapi kalau subjek matematik moden suka pulak aku nak belajar bila time cikgu Suhani. Sebab ape, aku sendiri tak tahu walhal matematik moden dengan ad math anak beranak je. Mungkin jugak sebab aku tak suka sangat kat cikgu Ezani tu kot. Nak suka macam mana, setiap kali kelas dia asyik cerita kisah dia. Hampeh betul bukan nak mengajar betul-betul. Nasib baik aku tak cerita kisah aku je kat dia mau tak meleleh air mata dia tu.

Hari tu aku rasa tak nak rehat pulak. Nak simpan duit. Makanan kat kantin pun asyik makanan yang sama je. Sampai aku dah naik jemu nak makan. Mak masak lagi best. Aku ajak Nea dan Liza ke library. Nak study sikit. Dalam kelas asyik main je. Jadi kena ulangkaji sendiri la jawabnye.

Di perpustakaan, dari jauh aku terlihat kelibat manusia yang selama ini ku benci yang teramat sangat. Ape taknya sebab dia orang la aku dan kawan-kawanku malu habis. Ade ke patut dia orang kata aku suka dekat member-member dia orang? Eleh hensem sangat ke dia orang tu. Tapi memang hensem pun. Tapi nak buat macam mana, aku tau la aku ni bukannya cantik sangat pun. So, tak leh la nak perasan lebih-lebih. Tapi disebabkan gossip tu aku malu habis. Mana tak malunya satu sekolah tahu. Mana nak letak muka ni? sejak dari hari tu aku lancarkan perang secara terang-terangan. Lantak la aku peduli ape. Dia orang ape tau aku yang rasa. Malu giler!!! Pantang jumpa pasti ada sesi jeling-menjeling kalau tak pun aku akan elakkan. Nak pergi tandas pun yang terpaksa lalu kelas dia aku akan lalu ikut jalan jauh. Malas nak dengar orang duk mengata.

" Fi, dia orang ada dalam library la. Macam mana ni? Nak redah jugak ke?". Tanya Nea padaku. Aku sendiri pun serba salah jadinya. Nak berpatah balik pun tak sempat sebab dia orang dah nampak.
" ala kita redah jelah. Kalau kita patah balik mesti dia orang kata kita ni pengecut. Alang-alang dah sampai ni kita buat bodoh jela". Kataku pada Nea dan Liza.

Bila aku masuk aje library aku terdengar sok sek- sok sek dia orang duk bercakap-cakap tentang aku. Tapi tak berapa jelas butirannya. Pada mulanya aku bolehlah tahan lagi tapi aku tak tahan jugak bila nama aku asyik di sebut-sebut. Hilang konsentrasi aku nak study. Aku pun ape lagi..........

"woi mangkuk!! Ape yang kau tak puas hati ha? Yang kau duk kata aku belakang-belakang tu ape hal hah? Kalau tak puas hati cakap la kat depan!! Pengecut!!" aku mula naik berang..

Tiba-tiba bangun salah sorang darinya. Shakirin namanya. Dengan wajah yang berang " woi pompuan bila pulak aku mengumpat ko ha? Tiba-tiba nak marah orang tak tentu pasal ni. Dah la tak bagi salam terus terjah je. Sape yang pengecut? Kau ke aku ha!!"

Aku pun ape lagi mula bercekak pinggang terasa macam nak belasah jer mamat poyo sorang tu. Tapi nasib baik Nea yang tahan aku kalau tak ade yang makan penampar Jepun hari ni. Ingat aku ni ape, senang- senang je orang nak kutuk. Ini Fifi la… samseng kampung dusun tau..!!
" habis tu aku dengar korang duk sebut-sebut nama aku apa hal hah? Bukan mengumpat namanya?" laung aku. Nasib baik teacher takde kalau tak mampus la aku kena tarik telinga. Nama je pengawas perpustakaan tapi takde contoh langsung. Buat bising dalam library. Semua geng-geng dia dah mula panik bila tengok aku macam singa betina. Aku sebenarnya rasa nak tergelak pun ada time tu. Rupanya penakut sangat dia orang. Perasan macho je yang lebih.
" bila pulak aku sebut nama engkau ha pompuan? Cuba cakap sikit!!!"
"tu tadi yang kau duk sebut Fi….Fi tu ape?"
"alah perasan betul minah ni. Kau ingat nama kau sorang ke Fi ha? Orang lain takde nama macam tu ke? Aku bukan sebut nama kau tapi aku sebut nama kawan aku ni Fizan. Orang panggil dia Fi jugak. Ingat kau sorang je ke orang panggil Fi? Perasan!! Lain kali kalau tak tahu hujung pangkal jangan nak menyampuk ek"

Terasa tebal kulit muka aku saat itu. Patut la ada salah sorang daripada mereka aku tak pernah tengok pun. Rupa-rupanya nama dia pun Fi jugak. Alamak aii malu nye. Aku pun ape lagi blah la time tu. Takkan nak tunggu lagi. Dah malu giler. Tapi aku sempat jugak dengar dia orang ketawakan aku. Dalam hati aku rasa macam nak lesing je si Kirin tu. Sape suruh malukan aku sangat. Tunggulah kau Kirin. Akan tiba saat engkau nanti. Bisik aku dalam hati. Aku terus masuk ke kelas.

***********************************

Sesi persekolahanku berjalan dengam lancar seperti biasa. Buat masa sekarang aku masih belum lagi membalas dendamku pada Shakirin kerana pernah memalukan aku di hadapan rakannya. Sepatutnya salah aku sendiri tapi aku tak peduli. Aku tetap akan balas dendam pada Shakirin. Musuh ketatku itu.

Pagi tu aku datang awal sangat kat sekolah. Entah mimpi apelah semalam aku sendiri pun tak tahu. Tiba-tiba terlintas satu fikiran jahat dalam otak aku. Aku capai gam dalam kotak pensil aku. Disebabkan tidak ade sesiapa yang datang jadi aku dengan beraninya melangkah ke kelas 5 sains 1. Ku cari-cari meja milik Shkirin. Akhirnya jumpa jugak meja milik lanun tu. Nasib baik dia tinggal buku dalam meja. Aku pun apa lagi jalankan projek jahat aku tu la......

********************************

Aku tercari-cari wajah musuh ketatku pada waktu balik di tempat parkir motosikal. Langsung tak nampak batang hidung dia. Masa rehat tadi pun tak nampak jugak. Nak kata tak datang pagi tadi aku dengar jugak suara kecoh dia di kelas. Tak terfikir pun aku dengan rancangan aku pagi tadi.

Sahaja aku melewat-lewatkan untuk pulang ke rumah. Akhirnya aku berputus asa. Baru je aku hidupkan enjin motosikalku untuk pulang. Aku ternampak muka Kirin yang menahan malu teramat sangat. Waktu tu hairan jugak aku kenapa dia begitu. Lalu baru aku teringat dengan projek aku pagi tadi. Ku sapu gam di kerusinya. Baru puas hati aku. Patutlah dia tak rehat tadi rupanya malu sebab seluar dia kotor di bahagian punggung. Saat tu terbitlah rasa simpati aku padanya. Nak buat macam mana sebab dendam punya pasal aku jadi macam ni. Aku berkira-kira hendak mintak maaf tapi takut dia akan terus membenci aku. Nanti satu hari aku akan tetap meminta maaf atas kekasaran ini. Tak sanggup aku simpan rasa bersalah ni lama-lama.

Peperiksaan SPM kian menjelang yang tinggal beberapa hari saja lagi. Pihak sekolah berura-ura hendak mengadakan majlis solat hajat dan izin ilmu. Pada masa tu semua pelajar akan bermaafan dengan guru serta dengan rakan masing-masing. Meminta maaf kiranya ada salah dan silap supaya dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang dan lapang.

Selesai solat kami terus ke sesi yang seterusnya. Aku bersalam-salaman dengan cikgu-cikgu aku meminta semoga di izinkan segala ilmu yang pernah di ajarkannya mereka selama ini. Semua cikgu aku meminta maaf sekiranya selama ini aku selalu bermain-main masa cikgu mengajar. Begitu murahnya air mata aku saat aku berpelukan dengan cikgu-cikgu perempuan. Tak berhenti-henti mengalir. Sedangkan aku selama ini bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata. Tapi entah mengapa hari tu mudah sangat.

Ketika dalam perjalanan pulang aku terdengar ada beberapa orang memanggil namaku. Takut tersalah orang seperti insiden di library tempoh hari. Aku tercari-cari tuan punya suara itu berdebarnya. Aku lihat Shakirin dengan rakan-rakannya melambai kearah aku. Pelik.
"aku panggil kau la, sape lagi yang ade kat situ. Kau sorang je kan? Tak payah lah engakau nak takut aku bukan nak buat ape-ape kat kau pun". Kata Kirin padaku. Aku berjalan lambat-lambat kearah mereka. Kuathir jika mereka mengapa-apakan aku. Yela, aku sorang, dia orang ramai. Lagipun aku ni perempuan.
"hmmm…ape benda?" macam nak marah je suara aku ni..
"kau jangan salah faham pulak. Aku panggil kau ni sebenarnya nak.....nak....nak..."belum sempat dia menghabiskan ayat-ayatnya aku dah potong. Yelah mana tahan, suspen je. Ape yang dia nak aku pun tak tahu.
"nak ape?"
"kau ni tak berubah langsung la. Tak menyempat-nyempat. Tunggulah aku habiskan ayat aku ni dulu".
"Dah kau gagap-gagap sape suruh? "
" aku sebenarnya nak mintak maaf dengan kau. Bukan aku sorang je tapi semua kawan-kawan aku pada kau dan kawan-kawan kau. Aku tahu aku banyak sakitkan hati kau. Sampaikan korang semua malu satu sekolah sebab kita orang punya pasal. Sorry okay.. kita kawan ek..."
"aku pun same gak.. tapi aku ada satu pengakuan nak buat ni. Aku harap aku jangan marah ye".
"ape dia? Cakaplah aku janji aku tak marah. Kau suka kat aku ke?"
"ah tak de maknanya aku nak suka engkau. Sebenarnya akulah yang jahat letak gam kat atas kerusi kau hari. Aku mintak maaf banyak-banyak. Sape suruh kau malukan aku masa kat library hari tu!! Aku geram sangat sebab tu aku buat macam tu. Kau maafkan aku ek. Takut jugak aku tengok muka dia yang macam telan aku tu. Tapi nak buat macam mana kalau dia nak marah jugak terpaksa terima. Kalau aku, aku marah.
"aku dah agak dah. Ni mesti kau punya pasal. Aku mana ada musuh. Kau sorang je musuh aku. Takpelah aku maafkan kau. Kita seri 1-1 sama!!"
Kami semua tergelak mengenangkan kisah lucu kami.
"kita kawan ye" katanya padaku
"yup, kita kawan.... "
Aku gembira dengan keadaan ini. Barulah tenang hati aku. Doaku semoga kami akan terus berkawan selamanya.

No comments:

Popular Posts