Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

28 August 2008

Ingatan : Awas Tektik Penipu 36181

Ana baru terima SMS mengatakan " We have received a request from you to subscribe the service. To confirm, please send REG LOVE to 36181. For help, please call hotline 03-20722617"



Ini satu bentuk baru penipuan dalam business SMS. Pertamanya, Ana tidak pernah, Ana ulangi, Ana TIDAK PERNAH untuk memohon perkhidmatan yang dinyatakan. Perkhidmatan apa yang dimaksudkan? REG LOVE in hantu raya aper ni????

Dia kata "We have received a request from you....". Ini suatu dakwaan palsu kerana Ana tidak pernah membuat permohonan. Benda-benda ini sebenarnya ada kaitan dengan Undang-undang Kontrak. Kalau dia kata, "We would like to offer you a service....." macan ini OK dan selaras dengan undang-undang kontrak!

Ana pernah mendengar kes-kes macam ni dari rakan-rakan tetapi ini kali pertama Ana menerimanya. Ana telah menghubungi hotline tersebut dan bertanya kpd mereka macam mana mereka boleh mengatakan Ana ada membuat permohonan perkhidmatan (perkhidmatan apa Ana pun tak tahu). Jawapan yang diberi oleh sibangsat ni mudah sahaja... jangan jawablah. Kalau dia didepan Ana, Ana hempok kepala dia dengan handphone .... Hampeh...

Bagi Ana ini suatu cubaan penipuan. Sekiranya ada orang yang membalas SMS tersebut maka Ana terpaksa menanggung kos perkhidmatan tersebut. Ana harap sesiapa yg membaca tulisan Ana ini supaya tidak tertipu jika menerima SMS yang sedemikian. Macam-mana Ana tak naik angin, kepala tengah memikirkan macam mana cara nak membenteras aktiviti Gores dan Menang. Sekarang ini aktiviti Gores dan Menang ini telah mengalami EVOLUSI. Kini ia dipromosi dengan istilah "discount".. Dan masih ada lagi orang yang terpedaya....

No comments:

Popular Posts