Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

09 August 2008

Cerita Lawak : Mana Barang Yang Free

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli
barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang
yang dipesan.

Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg
plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri
terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami
katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh
suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu.

Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda
'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual
terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata
mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.

Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila
ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta
juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang
ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin
planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu
..CHOLESTEROL FREE... !!!

No comments:

Popular Posts