Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

29 August 2008

kenangan yang terindah

"Oh my God!!!!!" Aku menekan brek dengan tiba-tiba sehingga memeranjatkan pemandu kereta di belakang kereta ku. Hon dibunyikan beberapa kali. "Relax lah bro. Ko tak nampak ke kambing melintas di depan tu, takkan aku nak langgar kot." Dalam masa aku cuba mendapatkan kembali keyakinan dan ketenangan untuk meneruskan pemanduan ku, kereta Spectra hitam di belakang memotong kereta Persona biru kesayanganku sambil pemandunya menjeling tajam ke arah aku. Kononnya nak tunjuk rasa marah kat aku la tu. Tolonglah.....bukannya salah aku 100% k. Tiba-tiba aku terpandang seseorang di tempat duduk belakang kereta tersebut.

Seseorang yang pernah aku kenali. Seseorang yang dah lama tak ku temui. Mungkinkah dia?
"Tapi mama, abah..Erin sayangkan abg Zam. Erin cintakan dia. Tolonglah bagi kami peluang abah, mama..tolonglah", aku cuba memujuk kedua ibu bapa ku untuk menerima pilihan hatiku namun ketegangan wajah mereka mempamerkan jawapan yang bakal ku terima sebentar lagi. "Erin tak faham lagi ni. Mama tak nak Erin menyesal nanti. Mama nak Erin hidup senang. Hidup bahagia dengan lelaki yang mampu bahagiakan Erin", mama cuba memujuk aku dengan memegang tangan ku tapi hatiku memberontak. Aku tak faham. Kenapa mereka seolah-olah memandang hina terhadap pekerjaan abg Zam. Tidak mampukah seorang pekerja kilang menjaga aku? Tidak mampukah seorang pekerja kilang menyara aku? "Abah kalau boleh nak pilihan Erin membanggakan mama dan abah sepertimana Erin membanggakan kami. Kami tak nak Erin tersilap membuat pilihan

Erin masih muda. Banyak masa lagi nak kenal orang lain.", abah bersuara dalam nada yang tegas dan seolah-olah langsung tak ada peluang untuk aku mempertahankan apa yang aku mahu. Aku terdiam dan tanpa memandang muka mama dan abah, aku terus berlalu ke bilik ku. Aku tidak marah tapi aku berkecil hati kerana mereka terlalu memilih. Mereka seolah-olah memandang hina terhadap insan yang aku cintai sepenuh hati.
Berjalan berduan di tepi pantai begini bersama abg Zam membuatkan aku lupa sebentar bermacam-macam masalah yang menyesakkan kepala otak ku ni. Sampai detik ini, abg Zam masih belum mengetahui penolakan ibu bapa ku itu. Entah mengapa aku tidak sanggup melukakan hati orang yang aku sayang dengan memberitahu perkara sebenar. Biarlah aku menanggung derita itu seorang diri.

"Ayg...abg rase cuti sekolah nanti abg nak p umah ayg la. Nak jugak kenal ibu bapa ayg, adik beradik ayg. Tentu diaorang suke abg datang kan ayg? Nanti mesti nenek ayg masakkan je pe yang abg nak makan. Tentu nenek ayg lagi suka bila abg bagitau makanan kegemaran abg kan ayg?". Kata-kata abg Zam cukup membuatkan dada ku sebak. Aku betul-betul terasa terharu tapi apa daya ku aku tidak mampu menjelaskan perkara sebenar kepada nya. Apa yang aku mampu hanya lah mengiyakan impian kekasih ku itu. Entah tercapai atau tidak. Hanya takdir dan masa akan menentukan segalanya. "Ya Allah Ya Tuhanku, bantu lah hambaMu ini menempuh segalanya. Bukakanlah hati kedua ibu bapaku untuk menerima dia Ya Allah..Tabahkanlah hati hamba mu ini menghadapi segala kemelut perasan ini Ya Tuhan...Tunjukkanlah kepadaku jalan yang sepatutnya aku pilih supaya aku tidak melukakan hati sesiapa pun." "Abg, ayg sayang abg sangat-sangat. Ayg cintakan abg sepenuh hati ayg. Maafkan ayg kerana tidak berterus-terang. Tunggulah bila tiba masanya, abg akan tahu jua." Kata-kata ini hanya terucap di dalam hatiku sahaja, tidak mampu untuk aku luahkan. Aku risau sekiranya abg Zam mengetahui mengenai masalah ini nanti, abg Zam akan tinggalkan aku. Aku tidak mahu kehilangan abg Zam tapi aku juga tidak mahu melukakan hati ibu bapa ku sendiri. Semalam aku bermimpi aku dikejar seekor lembu bertanduk panjang. Dahla tanduknya panjang, bercabang 2 pulak tu. Mengerikan betul.

Nak dijadikan cerita, dalam mimpi aku itu, aku memakai dress berwarna merah dan kasut tumit tinggi yang juga berwarna merah. Aku berlari bagaikan orang gila sehinggalah tiba-tiba aku terjatuh ke dalam telaga yang dipenuhi kala jengking. Ketika aku menjerit-jerit meminta tolong, tiba-tiba aku mendengar nama ku dipanggil.
"Erin..Erin...ishhh budak ni, mimpi pe sampai menjerit-jerit macam ni?", nenek ku kelihatan resah memandang wajah ku. Ketika itu baru lah aku tersedar yang itu hanyalah mimpi semata-mata tapi entah mengapa aku rasa tidak sedap hati dengan mimpi tersebut. Mungkin ada maksud tersembunyi yang tidak elok untuk aku esok atau mungkin pada hari-hari yang mendatang...ahhhh...tak mungkin. Mimpi Cuma mainan tidur sahaja. "laaaa...Erin..kenapa ni? Tu la tidur tak basuh kaki dulu la tu. Dah, p basuh kaki pahtu sambung tidur balik. Tok dah ngantuk ni.". sebelum sempat nenekku menyambung ceramahnya, aku cepat-cepat bergegas ke bilik air. Semoga tiada apa-apa berita buruk untuk hari esok dan akan datang. Amin... "Mama, abah..ni lah abg Zam", aku memecahkan kebisuan antara ibu bapaku ketika abg Zam mengujungi keluarga ku di kampung. Aku tidak sampai hati untuk menolak hajat abg Zam untuk berjumpa dengan mama dan abah. Akhirnya dengan penuh iltizam, aku memberanikan diri memberitahu mama dan abah tentang hajat abg Zam itu.

Pada awalnya mereka seakan-akan berat hati untuk menerima kujungan abg Zam tapi setelah mendengar ayat nekad ku, mereka akhirnya menerima juga permintaan ku. "Selagi mama dan abah tak jumpe abg Zam, macam mana abah dan mama nak tahu siapa dia sebenarnya. Don’t judge a book by its cover only mama, abah. Hina sangatkah dia di mata mama dan abah? Erin bukan mintak mama dan abah terima dia tapi Erin just want both of u meet him, just for once. Know him and I will not push mama and abah to accept him if both of u still didn’t want him in our family. Just meet him..please…". "Ok, abah bagi dia datang tapi abah dan mama tak menjanjikan apa-apa. Ingat!", abah menerima hajat abg Zam walaupun dalam keadaan terpaksa tapi itu sudah lebih dari cukup buatku kerana aku hanya mahu mereka mengenali siapa abg Zam sebenarnya.
Aku tersenyum melihat abg Zam melayan kerenah adik-adik ku. Abg Zam nampak gembira dan bahagia dengan keluarga ku. Mama dan abah juga seolah-olah pandai memainkan watak mereka.

Sepanjang 3 hari 2 malam abg Zam tinggal bersama kami, abah dan mama melayan abg Zam dengan cukup baik sekali. Tidak nampak langsung penolakan mereka tehadap abg Zam. Aku betul-betul gembira. Mungkin mama dan abah sudah mengubah persepsi mereka terhadap abg Zam. Aku rasa kebahagiaan sudah kembali dalam hidupku seperti dulu.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tiba-tiba di suatu hari, mama menyuarakan hasratnya yang membuatkan aku rasa kaki ku teramat lemah sampai aku rasa tidak mampu berdiri lagi. "Erin, minggu lepas ada rombongan datang merisik Erin. Lelaki tu anak kawan abah. Engineer pulak tu. Mama dan abah dah jumpa budak lelaki tu. Baik budaknya, umur pun tak jauh beza dari Erin. Mama nak tahu pe pendapat Erin. Erin jumpalah dia dulu. Kenal-kenal orangnya macam mana dulu. Ni gambar budak lelaki tu, kat belakang tu ada no handphone dia. Namanya Ilham Iskandar. Telefonlah dia nanti ye sayang. Mama dan abah izinkan Erin keluar dengan Ilham. So, apa pendapat Erin sayang?". Aku tergamam dengan kata-kata mama. Sanggup mama dan abah buat aku macam ni. Aku terdiam dan tanpa ku sedari aku terus melangkah masuk ke bilik tanpa menjawab soalan mama. Aku hanya tersedar bila mama menjerit nama ku.

"Tengoklah mama macam mana. Bagi Erin masa. Otak Erin kosong sekarang. Maaf", lemah suaraku menuturkan kata-kata seakan-akan ada sesuatu tersekat dalam tekak ku. Malam itu, aku menangis semahu-mahunya. Habis basah lencun batal pelukku dibuatnya. Nampaknya, aku perlu berkorban. Berkorban demi kebahagiaan semua pihak.
"Awak Ilham ye?", sapaku kepada seorang lelaki yang memakai T-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans lusuh. Mungkin dialah lelaki yang menjadi pilihan mama dan abah. Patutlah mama dan abah suka. Muka pun boleh tahan tapi sayangnya, dia bukan pilihan ku. "Iye...iye..saya Ilham. Awak mesti Erin kan. Jemput duduk", dia menghadiahkan sebuah senyuman kepadaku sambil tangannya menarik kerusi untuk aku duduk. "Thanks. Sorry terlambat. Ada hal sikit tadi. Dah lama ke awak tunggu?", aku memandang sekilas kepadanya. Wajahnya agak bersih dan menunjukkan ciri-ciri seorang lelaki yang baik. Baik ke? Entahlah. Itu tanggapan ku sahaja. "Its ok. Tak ada la lama mana pun. Saya pun baru je sampai tadi. Awak nak minum apa?". "Tak apa lah awak. Saya tak rasa nak minum lagi. Awak tahu kan tujuan saya nak berjumpa dengan awak harini?". "Yap. Semalam awak bagitau saya nak bincang sesuatu dengan saya. Awak nak discuss pasal pe?". "I hope u didn’t mind if I just say straight to the point. Saya tak reti la nak berbahasa. Aritu, mama cakap family awak datang merisik saya kan?". "Iye awak, kenapa? Ada masalah ke?", soalnya sambil mengerutkan keningnya. Nampak sangat dia tidak mengetahui perkara sebenarnya.

Nak mula dari mana ni ye? Hai...susah betullah. "Macam mana nak cakap ye. Sebenarnya awak, saya masih belum bersedia nak menerima sape-sape pun dalam hidup saya. Jujur saya katakan, saya memang sudah ada pilihan hati saya sendiri tapi perhubungan kami tidak direstui oleh mama dan abah saya. Saya harap awak faham dengan apa yang saya katakan ni. Saya rasa ramai lagi perempuan lain yang lagi layak untuk awak di dunia ni selain saya. Saya tak dapat nak membohongi diri saya untuk menerima awak. Maafkan saya...". Aku memandang tepat ke dalam matanya dan buat kesekian kalinya aku berasa teramat-amatlah bersalah kerana mengecewakan hati seorang insan yang belum pun aku kenali. Aku melihat dia mengosok-gosokkan telapak tangannya dan mengangguk beberapa kali. Entah apa yang difikirkannya. Aku pun tak tahu. "Baiklah awak..jika itu keputusan awak. Saya hormatinya. Saya akan bagitau family saya perkara sebenarnya. Saya harap awak akan bahagia dengan lelaki pilihan awak itu". Ilham menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup buat aku rasa lagi bersalah. Otakku menafsirkan senyuman itu sebagai sebuah seyuman terpaksa tapi mungkin juga tidak. "Thanks awak. Sorry coz makes this hard decision between us." "Its ok awak. Cinta bukannya boleh dipaksa kan?". Lagi sekali Ilham tersenyum dan kali ini aku membalas senyuman itu dengan seribu rasa bersalah tapi hatiku lapang selapang-lapangnya. Sekarang, aku perlu menghadapi mama dan abah pula. Mesti aku kena marah punyalah bila mereka dah tahu perkara ni nanti.

Nasib ko lah badan, sape suruh cari pasal.
"Erin ni betul-betul tak sedar dek untung betul! Sape yang suruh Erin buat keputusan macam tu. Malu mama dan abah dengan keluarga pakcik Ismail tahu. Mana abah dan mama nak letak muka kami ni? Ish, budak pompuan ni sorang..", mama memandang muka ku dengan pandangan yang penuh dengan amarah. Aku melihat abah duduk di sofa sambil memeluk tubuh. Mungkin abah juga sedang menahan marah. Sebelum mama dan abah semakin menyinga, baik aku mempertahankan keputusan ku. Sekurang-kurangnya biarpun aku teruk dimarahi, aku puas dengan tindakan yang aku ambil. Aku sudah tidak boleh berpatah balik sekarang kerana aku sudah jauh ke depan. Go Erin go!!! "Maafkan Erin mama, abah. Erin tak sanggup melukakan hati Ilham dan tak sanggup nak menipu diri Erin untuk menerima orang yang Erin tak sayang dalam hidup Erin. Lagipun, Erin tak pernah cakap Erin akan menerima Ilham sekiranya Erin bersetuju untuk berjumpa dengan dia. Erin takkan mampu bahagiakan Ilham mama, abah. Biarlah dia memilih orang yang mampu bahagiakan dirinya." "Amboi sesedap mulut je bercakap. Ni mesti tak lain tak bukan sebab Zam budak kilang tu kan. Erin ni tak faham-faham lagi. Pe yang budak kilang tu nak bagi Erin makan nanti hah??!!! Erin tu lulusan U, dia sape? Erin pernah fikir x?". Kata-kata mama betul-betul membuatkan aku terkejut. Aku tak sangka sampai begitu sekali pemikiran mama dan abah. "Mama, abah..Erin tahu.

Mama dan abah nak menantu mama dan abah nanti membanggakan mama dan abah. Kalau Erin pilih Ilham, mesti orang akan cakap, menantu En. Zul dan Pn. Hasmah tu Engineer. Tapi, klu abg Zam yang jadi pilihan Erin, mesti orang akan cakap, menantu En. Zul dan Pn. Hasmah tu keje kilang je. Mama dan abah mesti rasa malukan nanti mama, abah. Mulut orang mama, kita tak dapat tutup. Kalau hidup kita ni asyik nak dengar cakap orang, sampai bila kita nak maju mama, abah. Entahlah mama. Erin dah tak tahu nak cakap pe lagi. Maaflah, Erin melukakan hati mama dan abah." Aku menundukkan kepala ku. Aku tidak sanggup memandang wajah mama dan abah. Aku tahu aku telah mengecewakan mereka dengan sikap degil ku ini.
"Macam ni lah, abah yang akan buat keputusan. Abah nak Erin putuskan hubungan Erin dengan Zam dan mintak maaf dengan Ilham. Abah nak Erin terima Ilham. Itu keputusan abah." Keputusan abah ini bagaikan kayu balak yang menimpa kepalaku. Tiba-tiba aku rasa kepalaku sakit yang teramat. Nafasku tak menentu. Dadaku berombak kencang. Tak tahu apa yang harus aku katakan lagi. Nampaknya, aku perlu teruskan pengorbananku. Ya Allah ya Tuhanku, tabahkanlah hati hambaMu ini. "Baiklah abah, jika itu keputusan abah. Erin juga punyai pendirian Erin sendiri. Disebabkan mama dan abah berkeras tak mahu Erin teruskan hubungan dengan abg Zam, Erin akan putuskannya...". Aku berhenti seketika untuk menarik nafas dan aku sempat melihat mama tersenyum. Aku memejam kan mata seketika dan menyambung bicaraku yang tersekat.."tapi Erin juga tidak akan menerima Ilham mahupun mana-mana lelaki lain dalam hidup Erin. Biarlah Erin sendiri..maafkan Erin...ini keputusan terbaik yang Erin mampu buat. Erin tak sakitkan hati mama dan abah dengan menolak abg Zam dan mama dan abah juga tak menyakitkan hati Erin dengan memaksa Erin memilih Ilham.

" Sekali lagi mama dan abah terkejut dengan keputusan ku. Tanpa menuggu walaupun sesaat lagi, aku terus masuk ke bilikku. Aku tahu aku cukup biadap hari ini tapi aku dah tak sanggup berdepan dengan mama dan abah lagi. Cukuplah..
Ke hadapan kekasih kesayanganku, Maafkan ayg kerana sudah lama tidak menghubungi abg. Ayg tahu abg sudah beribu kali menghubungi ayg dan mencari ayg. Ayg bukan sengaja menghilangkan diri ayg. Ayg tidak sanggup berhadapan dengan abg. Abg, dengan kehadiran surat ini, ayg harap abg akan faham segala-galanya. Abg tahukan bertapa ayg menyayangi dan mencintai abg dan sampai sekarang cinta ayg terhadap abg tidak pernah berkurang tetapi kerana "sebuah halangan", ayg tak mampu dan tak berdaya lagi untuk terus bersama abg.

Biarlah ayg simpan sendiri apa sebabnya ayg mahu abg lupakan ayg. Ayg tidak mahu menyusahkan abg dengan perkara tersebut. Biarlah ayg sendirian menanggung segalanya.
Abg lupakan lah ayg. Carilah perempuan lain yang lebih layak untuk abg dan mampu bahagiakan abg lebih dari diri ayg. Hanya satu yang ayg mintak, janganlah bencikan diri ayg kerana perpisahan ini bang. Ayg sanggup menghadapi segala onak dan duri hidup ini bang tapi ayg tak sanggup nak menghadapi kebencian abg. Abg, tika abg membaca surat ini mungkin ayg sudah pergi jauh dari sisi abg. Ayg pergi untuk mencari ketenangan diri bang. Maafkan ayg bang..ayg meminta perpisahan ini bukan kerana diri ayg bang tapi kerana ’halangan’ tersebut. Lupakanlah ayg bang..lupakanlah ayg. Halalkanlah makan dan minum ayg selama ayg bersama dengan abg. Maafkan segala kesilapan ayg dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jaga lah diri abg elok-elok. Cinta ayg akan selamanya bersama abg. Salam sayang, Erin

Ponnnnnnnnnnnnnnn...........
Bunyi hon yang begitu nyaring mengejutkan aku dari terus mengelamun. "Fuh, lama jugak aku mengelamun ye sampai tak sedar dah hampir tiga jam aku berada dalam kereta ni". Aku memerhati sekeliling. "Strategik jugak aku park keta aku kat bawah pokok ni. Redup je. Rindunya kat abg Zam. Bagaimana agaknya dia sekarang? Dah kahwin agaknya dia. Ahhhhhh...kalut betul laa... Alamak dah terlewat. Mengamuk la Syasha dan Alia nanti..". Aku membetulkan tudungku dan meneruskan perjalanan ke rumah kawan baik ku, Syasha. Lusa merupakan majlis perkawinannya dan sebagai kawan baik yang teramat baik, aku dengan bangganya dilantik sebagai pengapit bersama dengan dua orang lagi kawan baikku iaitu Alia dan Fatiha. Dah lama aku tak berjumpa dengan diaorang sebenarnya. Seingat aku semenjak aku memutuskan perhubungan aku dengan abg Zam. Waduh...sekali lagi nama itu juga disebut. Tah-tah dah jadi bapak orang dah pun dia. Moga-moga dia bahagia sekarang. "Assalamualaikum......" "Ha...sampai pun budak ni sorang..ish....kenapa lambat sangat ni?".

Aku dah agak dah. Mesti kecoh punyelah mulut kawan ku yang sorang ni. "Ala sorry la Sya. Traffic jams la cyg. Aku dah bawak macam ribut tadi." Aku menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Shasya sebagai tanda maaf. Cover line je la keje aku. "Mana Alia dan Fatiha?", tanyaku sambil mataku melilau mencari kelibat sahabat kesayanganku itu. "Ada. Kat dapur agaknya. Duk nolong menyibuk dengan makcik-makcik kat dapur tu ha..". "Amboiiiii mulut, takder insurans", Fatiha mencelah perbualan aku dan Shasya. Aku meluru ke arah Alia dan Fatiha dan terus memeluk mereka. "Ni sorang lagi, hilang tah ke mana. Susah betul nak jumpa. Nasib baiklah teknologi dah canggih sekarang ni. Dapatlah jugak tengok muka kat handphone. Dah abih bawak diri ke cik adik sorang?" Alamak, malang betul la. Sampai-sampai je dah teruk kena leter dengan Alia. Aduhai...nasib badan..."Alaaaaa...sory la cayang-cayangku sekalian. Aku menghilangkan diri pun bukan sebab apa. Sekarang kan aku dah balik. I’m back ok. Dah lupakanlah sume tu dulu, aku lapar ni. Jomlah...makan..".
Opssss...............mak ko!!!! "Sorry...sorry.......". Aku tidak mengedahkan suara lelaki tersebut. Dalam kalut-kalut mengutip gelas-gelas plastik yang jatuh itu, aku dikejutkan sekali lagi dengan kehadiran lelaki yang melanggar aku tadi. Dia membantuku mengutip gelas-gelas tersebut. Tanpa memandang dan berpusing ke arah lelaki tersebut, aku terus mengutip gelas yang bertaburan itu. Tiba-tiba aku rasa hatiku berdebar semacam. Bau perfume lelaki itu seolah-olah aku kenali dan membuatkan aku teringatkan pada seseorang. Lantas aku terus berdiri. Reaksi aku itu membuatkan lelaki itu pula terkejut. "Awak ok? Maafkan saya. Saya tak sengaja tadi..awak...". Oh Tuhan...apa pula kali ini? Suara itu.. Suara yang sudah sekian lama tidak ku dengari. Suara yang pernah mencairkan hatiku suatu ketika dulu.

Aku memejamkan mataku dan dengan perlahan-lahan aku memusingkan badanku ke arah lelaki tersebut. Aku mengangkat mukaku dan memandang wajah lelaki tersebut. Ya Tuhan...itu memang dia..itu memang dia..insan yang pernah cintai sepenuh hati dan sampai sekarang masih lagi aku cintai.
"Ayg..Erin....!!!!!!". Abg Zam kelihatan terkejut dan juga sepertiku tidak menyangka akan berjumpa lagi setelah hampir enam tahun berpisah. "Abg.....", kataku lemah. Aku rasa kepalaku kosong dengan tiba-tiba. Sendi lututku mulai longgar. Tanpa disangka aku rasa diriku melayang dan aku dapat lihat dia datang menyambutku......gelap.......................... "Za...za...bangun Za". Perlahan-lahan aku membuka mataku. Disekelilingku aku melihat Shasya, Alia dan Fatiha tersenyum memandangku. "Za dah sedar dah!" Aku mendengar adik menjerit. Entah kepada siapa dia menjerit. Apa maksudnya aku dah sedar? Apa yang dah terjadi? Abg Zam? Mana abg Zam? Ahhhhhh......aku mungkin bermimpi tapi kenapa aku rasa lemah sangat sekarang? Aku kat mana sekarang ni? Aku cuba melihat sekeliling tetapi otakku terlalu penat untuk menafsirkan di mana aku sebenarnya dan dengan perlahan-lahan aku kembali memejamkan mataku. Tiba-tiba..."Ayg.......". Suara itu..suara itu lagi..Aku kembali membuka mata dan aku dapat melihat abg Zam berdiri disebelah katil tempat ku berbaring. Dia memegang tanganku dan mengulus mesra rambutku. Oh Tuhan, bermimpikah aku? "Abg, maafkan ayg..", aku membalas genggaman tangan abg Zam dan air mata ku mula mengalir. "Ish...cyg..jangan menangis. Kawan-kawan ayg dah menceritakan segalanya sayang. Abg dah tahu. Jangan menangis ye sayang. Dari dulu sampai sekarang, abg tetap setia menunggu ayg kembali. Abg tidak pernah lupa mencintai ayg walaupun sesaat dan tidak pernah satu waktu pun abg lupa dengan cinta ayg terhadap abg. Abg tahu ayg milik abg selamanya dan abg milik ayg selamanya juga. Kita tidak akan berpisah lagi sayang. Suka duka kita akan tanggung bersama-sama ye sayang. Dah, jangan menagis lagi. Tak elok." Kata-kata abg Zam membuatkan aku terkejut namun akhirnya aku tersenyum.

Biarlah apa yang akan berlaku selepas ini, aku akan tetap bersama dengannya. Bersama insan yang aku cintai sepenuh hati. Kami berdua mengorak senyuman seolah-olah fikiran kami sedang memikirkan perkara yang sama sekarang. Pandangan mata kami bersatu dan aku tahu, aku dengan dia tidak akan berpisah lagi walaupun seribu halangan menanti.

No comments:

Popular Posts