Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

09 September 2008

CERPEN : HAJAT TIDAK KESAMPAIAN

Setelah punyai rumah besar, jawatan tinggi dan kenderaan, hati Zamil masih belum puas lagi. Zamil dapat rasai yang hidup ini kekosongan kalau tiada anak. Zamil dahagakan zuriatnya sendiri. Setiap kali dia melihat ibubapa memimpin anak anak mereka, teringin dihatinya mempunyai anak yang boleh menghiburkannya.

Sebelum berkahwin dahulu, Zamil adalah seorang pemuda yang hidupnya penuh dengan berpoya poya. Hampir setiap malam, dia akan ziarahi kelab kelab malam di semerata kota metropolitan Singapura untuk melepaskan nafsu buasnya. Minuman arak dan wanita wanita menjadi teman sepanjang malam.

Tapi segala gala berubah setelah dia berumahtangga dengan isterinya Aisyah. Dialah wanita yang terbaik sekali yang pernah Zamil kenali. Sudah 8 tahun mereka berumahtangga. Zamil begitu bahagia dan tenang sekali hidup bersama Aisyah. Zamil dapat rasai, Aisyahlah isteri terbaik yang pernah dia miliki. Namun sekian lama mereka bersama, sehingga saat ini, mereka masih lagi belum dikurniakan zuriat.

Hingga sekarang, Zamil tidak pasti siapakah puncanya sama ada dia atau Aisyah yang mandul. Sudah dia usaha pergi ke doktor memeriksa, tapi nyata mereka berdua diistiharkan sihat belaka. Hairan juga untuk Zamil memikirkan. Zamil selalunya menekankan aspek aspek kesihatan dalam kehidupannya sehari hari. Jadi mana mungkin Zamil mandul?

Zamil sudah mulai rasa bosan dengan kehidupannya yang dia lalui. Ada juga dia merasa malu dengan adik beradinya dan juga iparnya. Yang lebih memalukannya lagi ialah pada ibunya sendiri.

Masih terngiang ngiang perkataan ibunya" Hai....Mil, mak tengok dah lapan tahun kau kawin, kau tak nak anak kee..? Kau mandul kee..? Atau Aisyah yang mandul? Setiap kali dia pulang kerumah ibunya, kedengaran kememelan suara ibunya bak menjadi trauma pada dirinya.

Mulalah fikiran jahat berligar di fikiran Zamil dan timbul hasutan nafsu mula merasuk disegenap dirinya. Perasaan Zamil mula benci kepada Aisyah isterinya. Semua kata katanya yang keluar dari mulutnya menumpahkan muntahan rasa mual. Semakin hari berlalu, semakin dia rasai kebencian membuak buak dalam hatinya.

Zamil mula balik kezaman bujangnya yang hampir tiap tiap malam dia ke kelab malam berpoya poya dengan bermacam macam wanita. Pulangnya mabuk hampir setiap malam. Kini nafsu Zamil beralih kepada seorang gadis kelabmalam yang bernama Rita. Rita sangat pandai dan bijak melayan nafsu Zamil hingga dia berjanji pada Rita segala hartanya dan wangnya akan ditaburkan pada Rita.

"Heii.... kau dengar sini baik baik perempuan. Aku nak kahwin dengan Rita sekarang jugak. Aku dah bosan hidup macam ini. Bosan dengan muka kau yang tak ada anak. Hari hari tengok muka kau boosaaaannn...........!!! Aku nak kau tandatangan borang ini sekarang jugak" suara Zamil begitu lantang sekali sambil mencampakkan borang putih dihadapan Aisyah. Dia tergamam. Dengan perlahan lahan dicapainya borang itu.

"Apa salah Aisyah, bang?" suara Aisyah bergetar getar menahan pilu dengan kata kata kesat Zamil itu.
"Sebab kau mandul....mandul!! Kau tak dapat beri apa yang aku mau!.... Aku nak anak, kau faham tak...?" kedengaran semakin lantang suara siZamil.

"Mungkin kita belum ada rezki lagi, bang....sabarlah. Barangkali dugaan kita bang. Allah mahu menguji kita bang, percayalah bang" Aisyah merayu dengan rayuan pilu pada Zamil.

"Aaahhhh!!.....Aku tak perduli itu semua. Kau tahu tak, dah lapan tahun kita kahwin. Kau suruh aku sabar. Kau gila ke. Sekarang jugak kau tandatangan borang ni.....sekarang jugak!!" desak Zamil berkobar kobar.

"Aisyah tak boleh bang. Kalau dengan orang lain, mungkin Aisyah boleh bang. Tapi kalau dengan siRita tu..... Aisyah tak sanggup hidup bermadu dan berkongsi kasih dengannya bang."

"Kenapa bukan dengan Rita?" tanya Zamil penuh saru. "Kau fikir kau tu baik sangat ke?"

"Okay...baik, kalau kau tak nak tandatangan borang ini..... aku akan ambil jalan mudah. Mulai hari ini, aku ceraikan kau, Aisyah bte Abubakar dengan talak tiga!!!" Bergegar Arasy dilangit ketika mulut Zamil lantang melafazkan kata kata keramat itu. Zamil begitu puas sekali dengan ungkapannya.


Aisyah hanya tergamam kaku. Airmatanya terjurai mengalir laju. Beliau seolah olah tidak percaya akan kata kata suaminya yang tersayang itu. Segala impian mahligai yang dia bina selam lapan tahun lamanya berderai bak kaca jatuh kelantai berkecai. Pulanglah Aisyah balik kepangkuan keluarganya.

Bagi Zamil pula, dia berasa bebas sekarang. Dia boleh buat sesuka hatinya. Dia merasai bahwa dunia ini begitu luas seluasnya. Tiada siapa yang boleh menghalang pergerakannya lagi.

Hubungan Zamil dan Rita semakin hari begitu intim sekali. Nafsu mereka berdua semakin menjadi seumpama suami isteri walaupun mereka belum bernikah. Semenjak perceraiannya dengan Aisyah, hati Zamil sudah tertutup dan tawar sekali dengan ikatan pernikahan. Dia rasai ikatan seperti begitu hanya menyusahkan dirinya. Biarkanlah dirinya begitu dengan tanpa sebarang ikatan. Buat apa menyusahkan diri memikul tanggungjawab, sedangkan apa yang diperlukan boleh diperolehi dengan percuma saja.

Bagi diri Zamil, anak bukan lagi bermain difikirannya. Yang hanya tinggal berpoya poya dengan Rita. Zamil bahgia dengan jalan sesat yang dia pilih itu.

Hampir selama bertahun tahun lamanya Zamil alpa dengan dunianya. Bayangan dan ingatan Aisyah pada dirinya sudah hampir jauh tenggelam. Zamil umpama musafir yang kehilangan arah panduan. Datanglah diingatannya dan nalurinya untuk kembali menyucikan dirinya yang jijik lagi najis untuk kembali kejalan lurus. Keinginannya untuk mengikat Rita dengan ikatan yang sah sebagai isteri ditolak bulat bulat.

"I belum ready nak kahwinla Mil. Buat apa kita kahwin, kan best bebas cam gini"dengan selamba saja Rita mengeluarkan kata kata yang mengguris hati Zamil.

"Lagi pun I nak beritahu you yang I dah ada sugar daddy yang lebih best dari kau Mil. Dia kaya, handsome, macho dan ada kereta besar. Bukan macam kau, asyik asyik naik teksi bosanlah. You pergilah balik dengan bekas isteri kampung you tu. Lagipun, isteri kampong you tu memang secocok dengan you Mil." dengan segera Rita capai beg tangannya hendak meninggalkan tempat itu lalu Zamil genggam lengan Rita dengan pantas menghalang dia pergi dari situ.

Dengan wajah yang marah lagi merah padam Zamil menjawab"Oooo.....lepas harta aku kau habiskan, kau nak tinggalkan aku bulat bulat ajer yeee. Kau ingat kau boleh lepas dari aku Rita. Perempuan macam kau lebih baik mati daripada hidup." terbeliak mata Zamil kemerahan memandang Rita.
 
Rita pun memetik jarinya memberi insyarat kepada bodyguard disitu. Selang beberapa minit, muncul beberapa orang lelaki yang berbadan besar lagi tegap berdiri bersebelahan Rita.

"Ohhooo....panggil bodyguard!! Kau ingat aku takut dengan bodyguard kau tu haa..? Dasar betina jalang, perempuan sundal......" Buk...bedebuk..buk..buk...buk.....!!! Pergaduhan berlaku antara Zamil dan bodyguard bodyguard itu. Zamil rasakan mulutnya begitu pedih dan matanya berpinar pinar. Zamil rasakan tiba tiba dunia ini gelap gelita tanpa cahaya. Dia terlentang dilantai pengsan berlumuran darah dek dibelasahi oleh bodyguard bodyguard Rita. Tiada siapa yang perdulikan Zamil.

Apabila Zamil membuka matanya. Segala galanya putih terang benderang. Tertanya tanya Zamil " Dimanakah aku......? Dimanakah aku........?

"Abang....Abang.....Abang dah sedar? Syukurlah pada Tuhan." Kedengaran suara lembut menegur Zamil dengan perlahan. Rupa rupanya Aisyah yang berada disisi Zamil. Begitu sejuk sekali Zamil melihat wajah bekas isterinya itu. Betapa rindunya Zamil dengan belaiannya.

Tiba tiba suara keluar dari mulut Zamil " Aisyah........ abang rindukan kau Aisyah. Abang dekat mana ni, sayang?" Zamil mengerut gerut dahinya. Dia cuba bangun namu terasa kesakitan diperutnya kuat mencengkam.

"Abang di hospital. Abang pengsan semalam. Luka banyak dikepala dan badan Abang. Ambulance datang angkat abang ke hospital. Nurse yang talipon Aisyah. Mereka kata dalam dompet Abang ada nombor talipon Aisyah." dengan wajah yang lembut, Aisyah terangkan kedudukan perkara yang sebenar.

"Terimakasih Aisyah....... sudi kau jaga Abang yeeer" Zamil cuba mencapai tangan Aisyah, lalu ditepis oleh Aisyah dengan lembut sekali. "Aisyah bukan lagi isteri Abang. Kita bukan muhrim lagi. Aisyah jaga Abang atas dasar keikhlasan hati Aisyah sendiri dan menolong seorang insan yang sangat memerlukan" kata kata lembut yang keluar dari mulut Aisyah membuat hati Zamil tersentuh pilu. Betapa suci lagi leluhurnya hati Aisyah.

"Aisyah..........abang begitu bodoh sekali melepas kau Aisyah. Abang terlalu mengikut perasaan nafsu abang ajer. Abang terburu buru buat keputusan. Aisyah.......berilah abang kesempatan selaki lagi, sayang? Terasa segala perasaan Zamil terhadap Aisyah tiba tiba menjelma kembali. Segala kenangan manis mereka berdua bermain difikiran Zamil. Zamil teramatlah rindu pada bekas isterinya itu.

"Abang.........abang dah lupa ke yang abang telah ceraikan talak tiga terhadap Aisyah? Talak tiga tidak boleh dirujuk lagi bang...." suara Aisyah perlahan sekali. Zamil terpana dengan kata kata itu. Barulah Zamil teringat akan lancangnya mulutnya melafazkan talak tiga. Zamil sungguh menyesal sekali. Talak tiga tidak boleh dirujuk. Kecuali cari cina buta.

"Abang rehatlah. Aisyah nak keluar sekejap. Nanti Aisyah datang lagi" Aisyah dengan tergesa gesa menuju pintu. Suara Zamil tersekat sekat. Dia hanya mamapu melihat bayagan Aisyah hilang dari pandangannya. Airmata Zamil menitis kerinduan.

Timbul keinginan Zamil untuk kembali kepada Aisyah. Tapi apa kan daya, nasi sudah menjadi bubur."Abang nak Aisyah. Abang nak Aisyah kahwin dengan abang." Zamil seolah olah mendesak Aisyah supaya menerimanya kembali.

"Tak boleh.....tak boleh..!!! Abang tak faham ke?"

Aisyah terdiam seketika. Tiba tiba muncul seorang kanak kanak perempuan comel."Mama...Mama..siapa nie?" Wajahnya saling tak tumpah seiras Aisyah. "Aisyah dah kahwin bang. Aisyah bahgia sekali dengan hidup Aisyah sekarang. Aisyah tidak boleh mengecewakan suami Aisyah bang." Terpegun dibuatnya. Wajah Zamil berubah apabila mendengar kata kata Aisyah itu. Tak sangka dia...... Aisyah boleh menghasilkan zuriat, yang mana dulu disangkakan mandul.

"Bang......ini suami Aisyah..Doktor Azman. Kami dah 5 tahun kahwin. Dan ini anak kami Fitri" Tangannya membelai lembut rambut Fitri. Betapa lukanya hati Zamil hancur bederai bak gelas jatuh bederai dilantai. Terlalu pedih untuk Zamil menelannya. Tidak sangka selama ini yang merawat dia adalah suami Aisyah.

"Abang....Aisyah balik dulu. Halalkan makan minum Aisyah selama bersama abang. Aisyah berdoa agar abang bahagia selalu. Zamil hanya menganguk lemah longlai. Wajah Aisyah yang lembut lagi ayu itu ditatap tajam.

"Fitri....mari sini, salam uncle Zamil" Aisyah mencapai tangan kecil Fitri dan menghulurkan pada Zamil. Zamil hanya tersenyum lalu menyambut tangan halus Fitri. Pipi gebunya dicium Zamil. Gadis kecil itu tersenyum. Tanpa disedari, airmata Zamil menitis berlinangan.

"Kalaulah ini anakku.......Aisyah...!!!Abang menyesal lepaskan kau Aisyah...Ooohhh..Aisyah. Hati Zamil menjerit pedih kepiluan. TAMAT.

No comments:

Popular Posts