Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

24 September 2008

cerpen : Panas Betul !

Hari ini cuaca amat panas. Badanku terasa penat dan leteh sekali. Semasa dalam perjalanan pulang kerumah, aku sempat singgah dikedai untuk membeli sedikit barang keperluanku. Waaah! Hati ini menjadi panas! Apakan tidak? Harga barang semakin mahal! Aku cuba tenangkan diriku. Sambil menarik nafas panjang,otak ini ligat berfikir. Apa nak jadi agaknya negeri ini? Apa nak jadi agaknya orang2 zaman ini? Harga barang2 keperluan semakin mahal. Beban pekerjaan ditempat kerja semakin bertambah. Kita pula disuruh bekerja semau-maunya seumpama saekor lembu. Silap sedikit, akan dibuang dan diberhentikan kerja! Soal kenaikkan gaji tidak sekali2 diambil kira, dengan memberi seribu alasan. Memang teruk betul sistem negeri ini dan orang2nya.Sudah tidak mengenal hati-budi lagi! Nilai budi dan kemanusian sudah tidak menjadi begitu penting lagi. Yang penting hanyalah soal kekayaan. Soal kejayaan,soal bagaimana boleh untung lebeh. Soal bagaimana boleh menyelamatkan diri sendiri dan kepentingan sendiri.Apa peduli dengan orang lain! Tanpa disedari, kita telah diajar berpura2. Depan orang lain tunjuk muka baik. Didalam fikiran dan hati lain pula ceritanya. Aku mengeluh dan menghembuskan nafas panjang. Dengan langkah berat aku berjalan pulang.........

No comments:

Popular Posts