Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

01 September 2008

Cerpen : Su Ann

SU ANN "Aku nampak kereta tu clear.." "Ok..kau usha sana, biar kitaorang serang..". Aku mengangguk menerima arahan dari Aliff. Seorang lagi kawan lelakinya, Saiful menjalankan tugas seperti yang disuruh. Aku dan Aliff bergerak ke kereta Perdana hitam yang diletak tanpa pemandu di belakang lorong pejabat itu. Aku memerhati keliling sementara Aliff membuka pintu kereta menggunakan dawai yang direka khas olehnya. Penggera keselamatan berbunyi namun dengan ketangkasan Aliff yang sudah mempunyai kemahiran dalam kerja ini sejak dua tahun lalu, dawai yang berselirat di bawah tempat kunci berjaya disimpulkan menyebabkan bunyi itu mati. Aku menjalankan kerja menanggalkan plat nombor kereta dengan plat nombor lain agar tuannya tidak dapat mengesan kereta ini kepunyaannya. "Hei..!!". Aku terkejut dan mendapati Saiful sudah bertempiaran lari. Entah dari mana datang lelaki ini tapi yang pasti ia bukan datang dari arah kawan Aliff berjaga membuatkan dia tidak sempat memberikan isyarat kepada kami. "Lari, bro!!", jerit aku sambil meninggalkan semua peralatan dan mengajak Aliff lari. Aliff yang terpinga-pinga sempat menoleh melihat kelibat orang yang menganggu kerja kami. "Tak ada kerja lain ke?! Mana nak lari tu?!", aku mendengar lelaki tadi memekik dan mengejar kami. Entah apa nasib malang aku hari itu, kaki aku tersadung kayu yang diletak berteraburan di situ. Terjelepuk aku jatuh dan Aliff yang mendahului aku berhenti. Lutut aku berdarah dan aku melihat lelaki tadi makin hampir pada aku. Aliff mahu membantu aku namun aku menggeleng. "Jangan bro! Lu lari, selamatkan diri lu..biar gua handle..!" "Tapi.." "Bro..! Kalau lu kawan gua, baik lu lari..tolong lah..". Aliff serba salah. Tapi melihatkan aku yang bersungguh, dia berpaling. "Cakap kat aku kalau kau dah settle!". Aliff menghilang. Aku menelek luka di lutut dan lelaki tadi sampai kepada aku lalu mencekik kolar baju aku. Waktu itu, aku terima apa sahaja apa yang berlaku. Mungkin dah tiba masanya aku bertaubat. "Kira berkorban lah ni? Kau ingat ni musim perang ke?!". Sinis lakunya tiada tanda mampu dikalahkan. Lelaki itu mengangkat topi yang menyelindung muka aku. "Kau..perempuan?". Aku masih lagi menunduk. "Perempuan tak boleh merompak ke?", sempat lagi aku mencelah. "Paling penting sekali kau perempuan yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila..". Cekikan kolar baju makin longgar dan aku rasa ditenung. Wah, bertuahnya jadi perompak perempuan..dia boleh cair dengan aku ke? Inilah masanya untuk cabut! Tanpa menoleh wajahnya aku meloloskan diri darinya lalu berlari sekuat hatiku. "Suzanna Abdullah!!". Pecutan aku terencat. Mana mamat ni tahu nama aku? Setahu aku tak ada saudara mara lain yang tahu nama sebenar aku kecuali.. Aku berpaling untuk memastikan tekaan aku. "Su Ann?". Lelaki itu meneka lagi. Aku mengamati lagi wajah pemuda yang berkemeja biru muda lengkap dengan tali leher itu. Berbadan tegap, berwajah kuning langsat dan memakai cermin mata. Dia menanggalkan cermin matanya membuatkan aku makin mengenali dia. Lelaki ni! Bahagia. Ya, itu yang boleh aku takrifkan pada diri aku. Aku dikira kanak-kanak paling bertuah kerana pada usia begini aku dilimpahi dengan kemewahan dan kasih sayang yang tiada terkira. Siapa sangka, aku akan dibesarkan oleh suami isteri korporat ini dan tiada anak lain yang mereka sayang selain aku. Tapi, aku sedar status aku. Aku anak angkat keluarga yang berkahwin selama 12 tahun dan tidak dikurniakan cahaya mata. Sejak aku masuk dalam keluarga ini sejak aku berusia 20 hari, aku lah cahaya mereka dan aku lah racun dan penawar bagi Puan Suryati dan Tuan Malik. Umur aku 10 tahun, abah meninggalkan kami berdua. Ibu orang paling sedih ketika itu. Tapi, kata ibu selagi aku ada, dia tak rasa yang dia berseorangan. Sejak itu, ibu yang menguruskan syarikat abah, SuryMa. Sesibuk dia pun dia masih ada masa untuk menjaga kebajikan aku. Kebaikkannya memang aku tak termampu terbayar oleh nyawa aku sekalipun. Ketika aku berusia 14 tahun, ibu aku berkahwin dengan seorang duda anak tiga. Berita yang sememangnya mengejutkan aku namun, aku tiada alas an untuk menolak permintaannya yang begitu teruja untuk menerima seorang lagi suami menggantikan Tuan Malik. Mungkin betul dia memerlukan seseorang untuk menguruskan syarikatnya sejak abah pergi dan meninggalkan gelaran Datin untuknya. Aiman,17 tahun yang paling tua nampak lebih matang dari dua lagi adiknya. Aidil, 16 tahun pula nampak lebih 'perlahan' dari abang dan adiknya. Perlahan di sini macam dari tutur katanya dan pergerakkannya nampak 'slomotion'. Orang yang paling aku benci sekali tatkala memandang matanya buat kali pertama ialah Amir. Mungkin dia yang paling bongsu dia fikir dia raja di situ dan boleh menguasai dunia? Paling aku menyampah dia satu kelas dengan aku dan seorang yang 'hyperactive'. Dia seorang yang nakal walupun umur dah meningkat dewasa dan suka mengejek-ejek nama aku seperti budak tadika! Aku rasa nak tamper muka dia sampai berdarah. Tapi, mengenangkan dia anak tiri ibu aku, aku menyimpan seribu kesabaran untuk berdepan dengannya. Macam tu lah cara aku berinteraksi dengan dia, melalui perang mulut! "Aku nak tanya dengan kau fasal add math tadi lah..Aku tak paham apa dia cakap..Boleh tak kau ajar aku?". Aku berkira-kira. Ada muslihat ke? "Kalau kau busy tak pelah..lain kali lah.." "Er..nanti dulu. Banyak ke?" "Sikit je..yang kia belajar tadilah.." "Em..ok lah". Dia mengekori aku masuk ke dalam bilik aku. Kusangkakan dia betul-betul dengan niatnya tetapi aku yang silap kerana terlalu percaya kepada lelaki. Aku membelek-belek buku dan tanpa aku sedari Amir menutup pintu. Sedar-sedar dia sudah memeluk pinggang aku yang sedang berdiri. Aku terkejut. "Eh, apa ni? Kau dah hilang akal ke? Macam ni ke cara kau belajar add math?" "Kalau ya, macam mana?". Amir masih tersengih sambil mendekatkan diri aku dan dirinya. "Kau betul-betul dah gila! Lepaskan aku!!", aku hampir menjerit dan menolak badannya sekuat tenaga aku namun aku kalah dengan kelakiannya. "Kau ni makin jerit, makin cantik lah!!" "Lepaskan aku lelaki tak guna!!" Aksi tolak-menolak itu membuatkan kami terjatuh dan aku menghempap dirinya. Aku cuba melarikan diri namun dia menolak aku untuk semakin dekat dengannya. "Lailahaillalallah…!! Amir, Su Ann..!! Apa yang kamu berdua buat ni?!", tempik satu suara sambil pintu dikuak. Aku yang berada di atas badan Amir itu terkejut lantas bangun. Tuan Mustapha dan ibu memandang kami bagai singa lapar. "Su Ann..apa kamu dah buat ni?!", tanya ibu dengan suara bergetar menahan kemarahan. Airmata aku tiba-tiba berjuraian turun sederas hujan di luar. Aku menunduk, tak terdaya bertentang mata dengannya. Rasa diri aku begitu hina, aib! Aku tak bersalah! "Amir yang buat semua ni! Dia cakap nak belajar dengan saya tapi dia yang mulakan semua ni! Saya tak bersalah! Percayalah cakap saya..". Aku memandang wajah ibu yang sudah menangis. "Ibu, maafkanlah saya..saya tak bersalah.." "I dah beritahu you lama..tapi you still nak percaya kan anak angkat you ni? Kalau dah memang keturunan dia macam tu, kita tak boleh kikis perangai tu dalam diri dia..?", sampuk Tuan Mustapha. Diamlah! Kau dan anak kau ni sama-sama jahat! "Abah..mak cik..Memang lah saya yang mulakan sebab dia yang ajak..Lelaki mana nak tolak, kan?" "Sudah lah, Amir..kau juga memalukan abah! Sanggup kau bersekedudukkan dengan perempuan macam dia ni..! Dah tak ada kerja lain agaknya.." "..Ibu..". Aku menghampiri Puan Suryati yang kecewa dengan perlakuan sumbang aku. "Saya tak bersalah..Jangan percaya cakap mereka. Mereka nak singkirkan saya sebab nak dapatkan harta ibu..!". Pang! Aku meraba muka aku. "Ibu tak pernah ajar kamu cakap macam tu dan buat macam ni! Jangan nak pertahankan hak sendiri sampai sanggup nak tuduh orang lain.. Sia-sia ibu besarkan kamu..ini balasan yang ibu dapat?! Ibu malu dengan kamu, kecewa!!..Sekarang, saya nak kamu kemaskan barang kamu dan keluar dari rumah ini sekarang juga!! Saya tak nak tengok lagi muka kamu..kamu bukan siapa-siapa lagi dengan saya!! Keluar!!" Ayat yang paling mengguris perasaan seorang anak pungut bila dia dibuang keluar dari keluarga yang memungutnya. Aku terpaksa akur dengan keputusan dia. Ya, aku bukan siapa-siapa dengan dia. Sebelum keluar aku sempat mencium tangannya dengan linangan air mata. Datin Suryati, halalkan makan minum saya selama saya menumpang di sini. Maafkan segala kesilapan saya dan terima kasih atas segala budi yang dihulurkan datin dan suami datin. Amir, kalau aku ada peluang untuk membunuh, kaulah orang pertama yang akan aku bunuh demi membersihkan maruah aku. Hujan renyai malam itu seolah-olah mengiringi pemergian aku dari tempat penuh duka itu. Aku meminta jasa baik yang terakhir dari Pak Amat untuk menghantar aku ke mana-mana tempat yang boleh aku berteduh. Kerana simpati kepada aku, dia menumpangkan aku di rumahnya bersama isteri dan anak-anaknya. Hampir seminggu mencari keluarga kandungku dengan bantuan Pak Amat, akhirnya aku berjumpa dengan keluargaku yang tinggal di perkampungan setinggan di pinggir kota. Mula-mula menerima kehadiran mereka merupakan impak besar dalam hidup aku. Manakan tidak, aku sudah menganuti agama Islam namun mereka masih dalam agama Cina, ayah aku sudah meninggal kerana kemalangan manakala adik-adik aku seramai 5 orang di sara mak aku yang bekerja menoreh getah. Aku ada dua orang kakak namun mereka berdua sudah berkahwin dan menetap bersama suami mereka. Cara kami beragama, makan dan berpakaian pun lain. Dengan duit persimpanan aku yang masih bersisa, aku masih meneruskan pembelajaran aku dan mengambil peperiksaan SPM. Sekarang sudah 5 tahun semuanya berlaku dan aku sudah boleh menerima hakikat siapa diri aku sebenarnya hinggalah hari ini muncul semula bayang hitam semalam. "Aku tak kenal siapa kau..!". Aku terus lari dan tanpa aku sedari lelaki tadi mengejar aku. Aku rasa mungkin dia juara pecut sekolah dulu yang kecundang di Sukan Sea, tapi yang pasti dia berjaya mendahului aku dan menarik tangan aku. "Tak kira kau kenal aku atau tak, kau ingat kau boleh lepas macam tu je?! Baiki balik kereta aku kalau tak nak aku report polis!" "Hoi..apa ni?! Lepaskan aku!". Pergelutan itu telah membuatkan cermin matanya pecah. Aku dibawa ke kereta tadi dan terpaksa akur dengan perintah pemuda yang berjaya mengugut aku. Aku masih tidak mahu memandang mukanya. "Aku tahu apa yang kau tahu dan kau tahu apa yang aku tahu. Kau mesti patuh arahan aku sebab kau dah pecahkan cermin mata aku dan kau ingat free-free je aku lepas perompak tomboy macam kau ni? Hello, banyak cantik muka kau! Entah-entah kau ni amat dikehendaki polis..siapa tahu aku boleh kaya lagi..!". Buk! Penumbuk sulungku membuatkan kepalanya yang berada dalam keadaan tidak berjaga terhantuk cermin kereta. "Dah lama aku tunggu saat ni! Kau memang tamak! Tak habis-habis lagi ke harta Datin Suryati kau kikis! Dasar lelaki tak guna! Aku jijik pandang kau!". Amir menggosok kepalanya sambil memandang aku. "Bagus..Kau buat aku terfikir cara nak hantar kau masuk jail!". Aku dibawanya ke satu tempat. Aku ingatkan balai polis, tetapi sebuah bangunan pejabat. Aku ditarik keluar dan masuk ke sebuah pejabat berhawa dingin yang mempunyai pekerja seramai 10 orang. Semua mata tertumpu kepada aku yang nampak lusuh. Aku hanya terhencot-hecot mengekori langkahnya. "Tina..you tolong em..what should I call..em, mamat ni plaster luka dia..". Gadis yang berada di depan komputer mengangguk. Luka aku diubati dan gadis itu hanya senyum. Aku dipanggil Amir masuk ke biliknya semula. "Bagi mycard kau..". Aku mengeluarkan apa yang dipintanya. "Selagi mycard ni ada pada aku, kau tak boleh pergi mana-mana. Kalau kau tak nak aku hantar kau masuk lokap, baik kau buat kerja kat sini.." "Eh, kau ingat aku orang suruhan kau ke?!". Amir sengih. Makin benci aku lihat dia begitu. "Kalau kau rasa kau macam tu, macam tu lah..". Nak tak nak aku terpaksa mengikut semua arahannya. Terkial-kial aku bila dia menyuruh aku mengunakan mesin fotokopi, mesin faks dan membuat panggilan telefon. Bila dia menyuruh aku membancuh kopi, aku sengaja tidak membubuh gula. Terkelat-kelat dia memandang aku. Aku hanya mengangkat bahu. Pukul 3 petang, aku tidak tahan lagi menjadi hambanya. Aku perlu mencari helah. Aku lihat dia berjalan menuju ke bilik air dan segera aku masuk ke biliknya. Menyelongkar laci yang aku nampak dia menyumbat mycard aku dan akhirnya aku bertemu dengan nyawa aku! Aku segera berlari keluar dari situ tanpa mengucapkan terima kasih kepada pembantunya, Tina. Amir keluar dari bilik air. "Mana mamat tadi?", tanyanya kepada Tina. "Em..tadi saya nampak dia berlari keluar..tak sempat saya nak tanya dia nak ke mana.." "Berlari keluar?". Amir masuk ke biliknya dan mendapati lacinya sudah terbuka. "Cis..boleh jugak dia lari!" Aku tidak mahu lagi mengingati dia dan semua kenangan pahit itu. Biarlah ia menjadi mimpi buruk aku yang aku tidak mahu kenang lagi. Sekarang, ini kehidupaan aku. Aku bekerja di pasaraya sebagai salesgirl di sebelah siang secara syif dan aku menolong Aliff bekerja di bar kepunyaan kawannya di sebelah malam. Penat, tapi dari sinilah aku membantu diri dan keluarga aku untuk hidup. Memang jika sesiapa yang tahu aku bekerja di bar, pasti orang akan memandang serong kerja aku. Tapi, biarlah aku seorang yang tahu yang aku tak buat sesuatu yang salah. Aku selalu mengingatkan diri aku yang aku masih beragama Islam dan melarang diri aku untuk mematuhi larangan dalam Islam. Sedang aku mengelap meja, seorang lelaki datang menepuk meja dengan kuatnya. Aku mendongak dan sudah aku agak. Jamal! "Mana duit yang aku kasi kau pinjam tu? Dah lah kereta tak dapat, ada hati nak lari lagi!!". Aku terketar-ketar. Kalau aku boleh tangkap kereta Amir hari tu, mungkin aku dapat melangsaikan hutangnya. Memang Amir ni bawa kesusahan dalam hidup aku. "Eh..rilek lah Jamal..! Gua janji dengan lu gua kasi punya..Hari tu silap sikit laa..Lain hari mesti jadi punya!", aku mententeramkannya. "Berapa banyak kau punya rilek?! Sekarang dah seminggu aku rilek..Kalau rilek duit masuk tak pe jugak!". Jamal menolak bahuku. "Er..sabar Jamal..Tak syok lah gaduh macam ni. Aku boleh jamin, dia boleh bayar punya..Selama ni pun dia bayar, kan?", Aliff datang membantu. Terima kasih Aliff, kau selalu ada membantu aku. "Hoi, orang zaman sekarang jamin guna duit, reti?!". Konco-konconya sudah memegang penumbuk. Aku ketar, tapi macam tak biasa pulak dengan situasi ini. "Berapa dia hutang dengan kau?", tiba-tiba ada satu suara mencelah. Aku berpaling. Amir?! Aku membulatkan mata. Dia nampak slamber. "Tak mahal..RM 600.00 je..". Amir mengeluarkan sejumlah wang seperti yang dimaksudkan dan diserahkan kepada Jamal. Jamal mengira. "Lebih RM200?" "Bagus..Kau buat aku fikir tak semua orang menipu. Ambillah, buat minum kopi.." "Macam ni lah cantik..Kalau macam tu, boleh lah kau berurusan dengan aku Su Ann..! Aku blah dulu!", kata Jamal sambil menepuk bahuku. Aliff memandang aku. "Eh..ni bukan ke mamat yang kejar kita hari tu? Kau kenal dia ke? Kata dah langsai?". Aku mengangkat bahu dan berpaling untuk pergi. "Eh, macam ni ke cara kau layan tetamu? Kalau ya pun, cakaplah thanks ke..?". "Ada aku suruh kau tolong bayar ke? Aku tak minta pun kau bayar!". Aku mahu ingin pergi tetapi Amir menarik tanganku. "Kau jangan masuk campur urusan aku dengan dia..Kalau tak dengan kau sekali aku sumbat dalam lokap..!", katanya kepada Aliff sebaik sahaja dia mahu membantu. Aliff mengundur diri. Aku diheret keluar. "Lepaskan aku!! Sebenarnya apa yang kau nak lagi dari aku?! Tak sudah-sudah lagi kau musnahkan hidup aku?! Sekarang kau nak aku lenyap dari muka bumi ni baru kau puas hati?!", aku melepaskan geram yang sekian lama bersarang dalam hati. "Aku nak kau! Aku tak akan puas hati selagai apa yang aku buat pada kau akan kau maafkan! Aku nak tebus semua kesalahan aku pada kau!" "Sudah lah..sia-sia kau buat semua tu..dah tak ada apa-apa lagi yang tinggal untuk aku sekarang..Aku dah ada keluarga dan hidup aku sendiri..! Aku bahagia dengan hidup aku!" "Hidup dalam kawasan setinggan, kerja di supermarket, malam di bar, berurusan dengan ceti haram dan buat overtime merompak..itu hidup kau yang kau bahagia sangat?!" "Sekurang-kurangnya aku tak menjatuhkan maruah orang lain demi kepentingan aku sendiri!". Amir terdiam. "Mulai hari ni kau jangan masuk campur lagi hal aku. Kalau kau nak aku bayar hutang kau, jangan harap sebab aku tak pernah menagih pada kau supaya bantu aku. Kalau kau rasa sia-sia bantu aku kau ambil balik duit kau dengan lelaki tadi. Selagi aku masih bernyawa, aku tak akan minta bantuan manusia macam kau ni untuk hidup!" "Maafkan aku Su Ann..Maafkan aku. Aku menyesal dengan apa yang aku buat..Aku tak tahu komplot aku dengan abah aku untuk menjatuhkan kau dan mengaut semua harta Datin Suryati akan mendatangkan penyesalan yang tak sudah dalam diri aku. Masa tu, aku tak sedar apa yang aku buat hari tu akan menyebabkan kau jadi begini. Aku tahu kau datang masa ibu meninggal, tapi bila aku cari kau, kau hilang. Kau tahu, aku mengaku pada ibu yang semua berlaku pada kau adalah berpunca dari aku, dan dia sempat maafkan kau. Dia cakap, untuk tebus balik kesalahan aku pada kau, aku kena cari kau dan bantu kau semula dalam hidup. Sebab tu aku cari kau…". Airmata aku tumpah bila nama itu yang menjadi ungkitan. Aku bersyukur, setidak-tidaknya ibu tahu perkara sebenar. Aku juga yakin, kemalangan itu adalah disengajakan oleh Tuan Mustapha. "Aku tak perlu maaf kau..", kataku sambil berlalu pergi. 'Maafkan aku', senang kau bercakap! Kalau kata-kata kau ni dapat mengembalikan maruah aku dulu, mungkin aku terima, tapi tidak sekarang! Aku seorang yang pendendam. Tetapi, saban hari aku asyik memikirkan tentang kemaafan yang dihulurkan Amir. Adakah dia betul-betul ikhlas? Pulang ke rumah, aku terpaksa berdepan dengan konflik keluarga pula. Bila balik, mak mesti bising memarahi adik-adik yang selalu bermain tanpa membantunya membuat kerja rumah. Pantang salah sedikit, pasti ada sahaja pinggan melayang. Kalau tak rumah aku yang bising, mesti rumah sebelah. Aku faham, mungkin mak sedikit tertekan dengan kedudukan kewangan yang tidak kukuh, ditambah dengan orang baru di dalam rumahnya. Walaupun dia tidak mengatakan yang dia tidak sukakan kehadiran aku, namun sedikit sebanyak aku dapat mengerti bila aku balik sahaja, dia pasti membebel dalam bahasa Cina yang aku sendiri tak faham, padahal adik-adik aku sedang duduk mengulangkaji pelajaran. Tapi, aku tak kisah. Asalkan ada tempat berteduh dan aku sayang mereka, buruk baik mereka tetap keluarga kandung aku. Setiap hari, ada sahaja muka Amir terjengul di bar, takpun aku nampak dia berlegar-legar di pasaraya tempat aku bekerja. Kadang-kadang waktu aku sedang berlegar-legar mencari kereta untuk dijadikan mangsa pun dia masih ada. "Sebenarnya apa brother tu nak dengan kau?", timbul juga akhirnya soalan itu dari Aliff. Aku berpaling ke arah dimaksudkan. "Dia nak gua maafkan dia. Dia ingat kesalahan dia tu dapat ganti dengan perkataan maaf..?", kataku sambil menyuap nasi ke mulut. "Su Ann..aku dah lama kenal kau. Aku tahu kau ni ego, tapi apa kata kau maafkan dia je..Kita ni bukannya orang baik-baik. Jadi, bukan kita yang hukum kesalahan orang tu, apatah lagi orang baik-baik. Tuhan yang adili besar atau kecil kesalahan orang tu..". Aku terpegun mendengar kata-kata Aliff. Tak sangka ayat itu akan keluar dari lelaki di depan ini, anak yatim piatu yang gigih bekerja tidak kira apa untuk mencari sesuap nasi. "Kenapa, tak percaya aku akan cakap macam tu? Jangan pandang orang dari luar je Su Ann..Aku rock alim!". Kata-kata itu membuatkan aku tergelak. "Aku akan pertimbangkan.." "Asalkan kau tak lupa aku bila kau dah baik dengan dia nanti. Aku bukannya apa, tak mahu dia kacau kerja kita nanti.." , dia menyeringai sengih. Atas nasihat itulah aku terbuka pintu hati untuk menerima kemaafan dari Amir. Selepas itu, kami mula berkawan dan mula berbicara dengan damai. Katanya, Tuan Mustapha sedang menguruskan SuryMal di Sarawak. Kemalangan yang menimpa Datin Suryati tidak ada kena mengena dengan Tuan Mustapha. Malah, ia sebenarnya dilakukan pihak tertentu untuk membunuh Tuan Mustapha sendiri. Kerana Amir jugalah, aku tak lagi bekerja di bar dan mencuri kereta. Aku selalu membantu kerja-kerja ringan di pejabatnya. Dia kadang-kala menemani aku pulang ke rumah yang biasanya kerja ini dilakukan Aliff. Dari sehari ke sehari kami makin akrab. Aku tak tahu pula selama ini dia seorang yang pandai melawak! Tanpa aku sedari ada satu macam rasa pulak bila aku bersama dengan Amir. Perasaan yang pelik. Mulanya aku cuba singkirkan dari hari aku tapi, makin aku buang, makin ia bercambah dalam hati aku. Hampir dua bulan aku dan Amir berbaik, dan hampir dua bulan aku tidak menemui Aliff. Malam itu, selepas balik dari pejabat Amir, aku ke bar tempat aku pernah bekerja dulu. Mungkin kerana kami serasi, apa-apa masalah yang aku hadapi, pasti Aliff orang pertama yang akan tahu. Terpandang wajahku, Aliff masih tersenyum walaupun aku tahu dia penat dan sibuk. "Sorry, bro..lama tak jumpa lu..Sihat?" "Kalau kau sihat, aku pun sihat la.." "Sibuk sangat ke? Gua nak cakap dengan lu sikit la.." "Kebetulan pulak, aku pun nak cakap dengan kau gak..Tunggu jap, eh?" Kami menghirup angin malam di atas bangunan bar itu sambil disinari cahaya bulan mengambang penuh di atas kepala. "Ladies first.." "Wah, bro! Dua bulan gua tak ada lu pergi belajar cakap orang putih ke?". Aliff hanya sengih. "Em, macam ni. Lu kan tahu gua dah baik dengan Amir. Gua nampak dia tu baik lah..tak sangka dia ok..Dia pun dah berjaya perempuankan gua balik…Tapi, gua rasa macam lain lah kalau gua dengan dia..Bila gua balik rumah je mesti gua tak sabar-sabar nak jumpa dia esok..Bila pandang mata dia gua rasa macam berdebar..Eii..tiba-tiba pulak gua malu lah! Takkan lah gua…". Aku pandang Aliff dan nampak dia menunduk. "Eh, bro..lu dengar tak apa gua cerita ni?" "Er..dengar..Aku pernah rasa macam tu gak.." "Eh, lu sama macam gua? Kenapa hari ni baru gua tahu..?" "Sebab benda ni jadi masa kau tak ada.." "Lu tangkap cintan dengan dia ke?". Aliff mengangguk. "Jadi?" "Aku..aku terlepas dia..Dia tangkap cintan dengan orang lain.." "Ei..kenapa lu tak tunjuk awek tu kat gua? Mesti gua suruh dia pilih lu punya bro..Gua jamin..!" "Dah terlambat.." "Tak pe, bro..lu boleh cari awek lain..Lu bukannya tak hensem pun, kacak macam Rosyam Nor! Lu rock alim apa..?". Aliff tergelak. Aku berjaya memulihkan keceriaan Aliff. "Amir tahu tak kau suka kat dia?" "Ini yang problem, bro.." "Laa..cakap je lah..Belum cuba belum tahu, jangan jadi macam aku sudah lah.." "Gua malu lah..Buatnya dia tendang gua.." "Kau tendang dia balik!". Kami ketawa lagi. "Betul ni, bro?" "Ada aku suruh kau main-main ke?". Aku menyeringai. Aku menghulurkan jari kelinking dan disambut oleh Aliff. Jari kelinking kami bertaut bermakna tiada orang lain akan tahu perkara ini kecuali kami berdua. "Eh, turn lu pulak citer, bro?" "Apanya? Tadi aku dah cerita..!" "Oh..lupa!" "Su Ann.." "Laa..jangan panggil gua macam tu! Macam gua dah nak kahwin pulak!" "Jangan lupa aku.." "Jangan risau bro..Kalau dia terima, lu orang pertama yang tahu..Gua cari pengganti untuk lu, ek..?" "Ok.." Setelah pasti dengan keputusan, aku pergi ke pejabat Amir pada keesokkan harinya. Aku rasa mesti dia memikir kenapa aku tiba-tiba bercakap dengan dia lembah-lembut, senyum-senyum secara berlebihan dan mencalit gincu di bibirku. Waktu tengah hari, dia mengajak aku makan tengah hari di sebuah restoran. Aku rasa inilah waktunya untuk melafazkan apa yang terbuku di dalam hati. "Aku ada benda nak cakap dengan kau…". Amir menghentikan suapannya. "Aku dah agak..apa dia?". Aku tunduk dan malu-malu. "Aku..em, aku tak pandai sangat nak bunga-bunga ni..Tapi, apa yang aku nak katakan ni ikhlas dari hati aku. Mungkin kau akan cakap aku ni terlalu berterus-terang tapi.." "..Su Ann..? Apa dia? Let me know..". "Aku suka kat kau..". Amir tersedak dan mengurut dadanya. Matanya terbeliak. "Kau biar betul..?! Tapi, aku tak hairan lah..itu normallah, bukannya kau cintakan aku pun.." "Tak..Maksud aku, ya! Aku cintakan kau..". Amir ketawa. Aku memandangnya. Tersinggung! Dia ingat aku main-main? "Su Ann..Aku rasa mesti kau terhantuk kat mana-mana kut semalam. Kau pelik sangat bila cakap benda tu..Kalau suka kat kau, aku pun suka kat kau tapi, cinta..tidak. Tidak boleh dan tidak akan!". Amir masih lagi ketawa. "Aku serius! Kau ingat aku suka paksa diri aku cintakan kau?!". Dia terdiam. "Aku pun serius..Maksud aku, kita bersama? Tak logik! Aku tak pernah terfikir pun tentang perkara ni..Amir dan Suzanna?". Amir menggeleng dan gelak lagi. Airmata aku bertakung. Baru aku terfikir sekarang, aku faham. Kau baik, kacak, berpelajaran, dari keluarga baik-baik dan ada harta. Tapi, aku datang dari keluarga miskin, tak ada harta, pelajaran hanya setakat SPM, kerja part-time di bar dan merompak. Tengok rupa kita sekarang pun dah tahu tak sesuai. Aku yang buta dan lembab! "Lagipun, aku tak percaya cinta-cinta ni. Palsu semuanya..Tapi, we still friend, right?". Aku memandangnya yang asyik menghadap makanan, sedikit pun tidak terfikir kata-katanya tadi boleh mengguris hati aku. "Bagus..Kau buat aku terfikir yang aku ni tak layak nak berkawan dengan kau pun..! Terima kasih sebab sudi berkawan dengan orang miskin yang tak setaraf dengan kau ni..gua akan bayar balik duit Encik Amir, gua tak suka berhutang dengan orang kaya!". Amir terkejut dengan tingkah aku yang drastik. Aku berlari keluar dari restoran itu sambil menangis. "Su Ann..!". Aku dengar Amir memanggil-manggil, tapi aku tak peduli lagi. Aku benci kau Amir! Kalau betul kau tak cintakan aku, janganlah sampai kau hina aku! Eii..macam mana aku boleh jatuh cinta dengan orang yang aku nak bunuh dulu? Aliff pelik melihat aku datang ke bar awal malam itu. "Macam mana?". Rasa malu nak menceritakan segala-galanya. "Aku..aku tak beritahu lagi dia.." "Oh..". Aku nampak dia bersiap-siap awal. "Kau nak pergi mana ni? Bukan ke baru bukak ni?". Dia menyeringai. "Aku ada kerja..tolong member, dia cakap banyak juga boleh dapat…" "Kat mana? Dengan Borhan ke?". Aku nampak dia mengangguk dan tunduk. Aku dapat menganggak, kalau ada kerja dengan Borhan, mesti dia akan pergi berlumba haram di jejantas hujung bandar. "Kan aku dah larang kau pergi, dah lah kau guna motor si Borhan tu..Kalau jadi apa-apa kat kau, kan susah? Ingat tak hari tu kau guna motor dia, bila kau kalah, dia baham kau pulak!" "Ala..biasa lah tu..Nak buat macam mana..Tapi, kalau menang, banyak tau dapat..!" "Kalau macam tu..aku ikut!" Aku nak lepas semua tekanan yang aku ada. Kalau betul-betul Amir tolak aku sebab aku ni jahat..biar aku buktikan yang aku betul-betul jahat! Kenapa, orang jahat tak boleh jatuh cinta ke? Salahkah aku untuk jatuh cinta? Apa yang pasti, aku memang betul-betul kecewa dan terluka sekarang. Sebelum memulakan perlumbaan, aku sempat memberikan kata semangat kepada Aliff. Harap-harap dia akan berjaya kali ini. Aku tahu dia berpotensi untuk menjadi pelumba professional jika bakatnya diketengahkan. Hampir setengah jam masa berlalu akhirnya aku melihat RXZ merah yang ditunggang Aliff meluncur laju mendahului penunggang lain. Aku bersorak gembira kerana aku tahu dia menang kali ini. Tersengih dia sambil menanggal topi kelendarnya lalu berjalan ke arah aku. Seraya itu, muncul sebuah motorsikal lain datang ke arahku dan aku tak tahu bagaimana dalam sekelip mata aku lihat Aliff yang terbaring di atas tar manakala aku tergolek di tepi pembahagi jalan. Dalam keadaan yang masih lagi terkejut aku merangkak ke arah Aliff yang berlumuran darah. Aku memangkunya dan aku tahu yang dia menyelamatkan aku. Tersedu-sedu aku menangis. Orang ramai mengerumuni kami dan motor tadi berlalu pergi tanpa kesian. "Sabar Aliff..aku hantar kau ke hospital!". Aku memekik-mekik meminta orang ramai menghantarnya ke hospital. Kawannya, Saiful mendapatkan sebuah kereta untuk menghantar Aliff ke hospital. Aku masih bersama Aliff. "Kenapa kau buat macam ni?" "Aku tak nak tengok kau bersama dengan Amir..", katanya sambil batuk berdarah. "Dah lah..jangan banyak bercakap lagi..Kau akan selamat..". Aliff menyeka airmataku. "Jangan menangis lagi. Aku tak suka tengok Su Ann yang aku kenal kuat ni menangis. Aku selamat punye..selamat dalam hati kau.." "Kau masih nak berlagak dalam keadaan macam ni?", marahku tapi dia masih senyum. "Su Ann.." "Jangan lah cakap lagi..kita dah nak sampai ni.." "Kau tahu tak kenapa kau tak jumpa dengan awek yang aku cerita tu?". Aliff makin nazak. Dia tercungap-cungap menahan sakit. "Bro..?" "..Sebab..sebab awek tu..awek tu ialah awek yang berada dengan aku sekarang..". Aku makin bingung. Bro..apa lu cakap ni? "Aku..cintakan kau, Suzanna Abdullah..". Aliff diam dan matanya tertutup. "Aliff? Aliff?!!", aku menjerit sambil menepuk-nepuk pipi Aliff. Aliff sudah tiada, sukar untuk aku percaya. "Aliff!!". Aku memeluk Aliff yang kaku tidak bernafas lagi. Maafkan aku, aku tak tahu yang kau mempunyai perasaan itu kepada aku! Tiada apa-apa yang mampu aku buat kerana perlumbaan yang disertai Aliff ialah haram. Aku hanya menghadiahkan Yaasin dan al-Fatihah sahaja kepadanya. Hari-hari yang berlalu begitu sunyi tanpa Aliff. Saban hari aku menangisi pemergiannya. Daku terasa ingin membawa Cinta yang terlara ke titik mula Kembali mencuba untuk kali kedua Menggilapkan gerhana jiwa Pernahku terasa ingin merayu Pada kasih dulu pulang padaku Lupakan dosaku putihkan kelabu Tenangkan amarahmu Namun….? Bisakah yang terpadam dinyala Bisakah yang terhina dicinta Walauku himpunkan sesalku Bisakah terbuka kalbu Naluri meminta kuungkap kata Seindah bahasa janjikan setia Akan bersemilah cinta dihatinya Percaya ku semula Namun…? Bisakah yang benci disayangi Bisakah yang dusta dimaafi Walauku himpunkan sesalku Bisakah terbuka kalbu Bila senduku berlinang sayu Dalam rindu kutertanya… Aku menghayati bait-bait kata lagu dari Siti Nurhaliza, Bisakah. Adakah hidup ini tiada bahagia bagi orang macam aku ni? Adakah orang macam aku ni tidak layak untuk merasa bahagia? Aku mengesat airmataku. Tiada guna airmata ini mengalir lagi kerana Aliff sudah pergi. Aku pulang dari bar yang hambar tanpa kehadiran Aliff. Dalam kegelapan malam dan dengan langkah yang longlai itu, aku tidak dapat menyeka ada kereta yang meluncur laju mendekatiku. Aku mahu berpaling lagi untuk memastikan tiba-tiba hati aku berdetak kencang bila kereta itu makin hampir dengan aku dan tanpa sempat aku berbuat apa-apa, kereta itu sudah melanggarku. Lidahku kelu untuk berkata, cuma aku merasa yang badan aku melanbung lalu menghentam cermin kereta dan bergolek jatuh ke atas tar semula. Aku terasa ada darah mengalir keluar melalui hidung, kepala dan mulutku. Dadaku rasa senak, jemariku tak mampu digerakkan apatah lagi kaki dan tanganku. Aliff, inikah yang kau rasa dulu? Ya..aku rasa kini apa yang kau rasa. Aku dengar kereta tadi meluncur laju lalu pergi meninggalkan ku. Tapi, dalam mataku kian kabur untuk ditutupkan, aku masih dengar suara itu. "Su Ann..! Su Ann!!". Takkan dia? Amir! Amir datang kepadaku lalu memapahku. Bahagia juga aku akhirnya! "Maafkan aku Su Ann! Maafkan aku!" "Aku selalu memaafkan kau.." "Su Ann..!". Kau tak bersalah, Amir. Mungkin kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama. Sekarang, dah tiba masanya untuk aku mengundur diri. Harap-harap kau akan lebih menghargai dan mengenali cinta sebab cinta itu indah. Aku rasa bertuah mengenali cinta sebab aku kenal cinta kepada keluarga, agama dan tuhan. Semuanya kian kabur dan gelap. Aku hanya mendengar suara Amir pada waktu itu. "Apa abah?! Abah yang rancang untuk bunuh Su Ann? Apa semua ni?". Tuan Mustapha tersengih. "Untuk kita..kamu tahu tak, sebelum Datin Suryati meninggal, dia masih tukar wasiatnya dan mewariskan semua harta ini kepada Su Ann! Mana boleh begitu. Jadi, bila kedua-duanya dah berambus dari hidup ni..bolehlah kita kaut semuanya!" "Abah! Sampai hati abah buat semua ni pada dia..dia tak bersalah! Apa, selama ni tak cukup lagi ke harta Datin Suryati kita rampas?" "Hei, kamu jangan nak tunjuk baik pulak! Takkan kamu nak cakap pada abah yang kamu tak nak langsung harta dia? Abah hanya kongsi dengan kamu je, bukan dengan abang kamu yang tak boleh harap tu, pun dah kira beruntung" "Tapi..bukan macam ni caranya!" "Ah..! Abah tak peduli itu semua.." "Jadi…pasti kematian Datin Suryati juga helah abah, kan?". Tuan Mustapha hanya tersengih lalu beredar dari situ. Aku terlalu bodoh kerana percayakan abah! Maafkan aku Su Ann..aku bukannya tak cintakan kau, tapi aku tahu, jika kau bersama aku, kau tak akan bahagia selagi abah ada..Sebenarnya, aku mula sedar tentang hati aku bila pertama kali kita bersua di sekolah. Tapi, bila kau tak layan aku, aku mula naik berang dan menerima tawaran abah untuk mengenakan kau..Tapi, bila kau kembali kepada aku, aku tak berani untuk berdepan kenyataan ini. Cintaku pada kau melebihi dari apa yang kau tahu, Su Ann!

No comments:

Popular Posts