Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

21 November 2008

Cerpen : Miss Selipar Jepun, Sepatu high heel

Hari ini sudah masuk hari ketiga Azrene menanti kedatangannya. Masih setia menanti. Sudah tiga hari dia tidak datang bersarapan di restoran ini. Mungkin dia sedang bercuti. Arrgghh... Apa kes sama hati? Azrene berkata sendiri. Memang tak paham dengan hati sendiri, mengapa wajah itu selalu dirindui. Wake-up Ein. Stop dreaming. Look at yourself. Dia tak sepadan untuk kau. Dia handsome, bergaya, ada style, berkerjaya, berpendidikan tinggi. Engkau apa yang ada. Suara hati aku selalu berbisik demikian. Aku persetankan semua itu. At least aku ada diploma. Cuma mungkin rezeki untuk mendapat pekerjaan yang lebih elok, lebih berpendapatan lumayan itu belum ada lagi. Tapi aku tak ada hal kerja sebagai pelayan di restoran ini. Sekurang-kurangnya ada kerja yang boleh dibuat. Setiap bulan gaji masyukk.. Tak adalah hidup menganggur di rumah menghabiskan beras ajer. Ini zaman mellenium. Sudah masuk alaf baru. Mana ada orang yang mengamalkan prinsip double standard seperti zaman dulu-dulu. Yang semua kena nampak sepadan. Apa ingat sekarang zaman Tok Kaduk, Si Luncai, Pak Pandir , Lebai Malang apa...

Azrene masih setia menanti kedatangan si dia. Zain Adrian. Wajah yang sukar untuk aku lupakan semenjak pertama kali melihatnya. Ketika itu, aku baru sehari bekerja di restoran ini. Aku tak pernah ringan mulut bertanya kepada sesiapa di restoran ini siapa nama dia pada mulanya. Namanya aku ketahui daripada name tag yang elok tersemat pada kemeja lengan panjang yang dia pakai. Memang betul. Dia kacak, penuh gaya, berkarier menepati ciri-ciri lelaki idaman Malaya pujaan hati wanita seantaro Tanah Melayu terchenta. Untungnya aku kalau dapat dia. Penat menanti Zain di hadapan kedai, Azrene masuk ke bahagian dapur. Terlihat Abang Zakuan dan pembantunya neng cantik dari Seberang embak Tuty yang kadang-kadang berbahasa sukar untuk difahami sedang sibuk menyediakan lauk pauk untuk makan tengah hari nanti. Macam biasa setiap tengah hari pasti restoran ini akan diserbu oleh staff-staff dari pejabat yang berhampiran. Kadang-kadang sampai tidak cukup kerusi dan meja.

"Ini apa hal pagi-pagi muka dah muncung sedepa? Angin apa yang dah datang melanda?" Tanya Abang Zakuan apabila melihat aku berdiri tegak di pintu dapur dengan muka masam muncung panjang sedepa.

"Tak ada hal lah Abang Wan." Azrene menjawab malas.

"Walaupun Ein baru nak masuk tiga bulan kerja dekat restoran ini, abang dah paham sangat dengan peel kamu tu. Kalau dah masuk pukul sepuluh buat muka macam tu, ini sah-sah orang yang dinanti tak datang-datang lagi la tu. Dia cuti kut." Abang Zakuan cuba serkap jarang. Tapi, memang dia sudah dapat mengagak apa yang membuatkan gadis manis yang kadang-kadang masuk air itu sedang fikirkan.

"Sabar sajalah neng. Mana tahu nanti tengah hari cowok gantang itu datang sini dong. Jangan ribut. Jangan pusing." Belum sempat aku bukak mulut untuk bersuara Tuty sudah menyampuk.

"Mana ada. Pandai-pandai ajer korang berdua ni. Sejak bila tukang masak diraja dengan inang istana pandai main belasah tuduh-tuduh orang ni." Azrene cuba mengelak. Muka dah naik merah bila ada yang perasan yang selama ini, aku selalu memerhatikan seseorang yang selalu makan di restoran ini. Darah panas mula terasa dah menyerbu ke muka. Tuty dan Abang Zakuan makin galak ketawakan aku. Aku terkemut-kemut menahan rasa malu.

"Ya iyalah tu neng. Mulutnya aja yang kat enggak ada. Tapi kok dalam hati, simpan hasrat bila boleh berpacaran sama itu cowok gantang. Betulkan mas?" Tuty menyiku lengan Abang Zakuan disebelahnya. Pecah ketawa mereka berdua melihatkan aku yang mula tidak senang berdiri diusik sedemikian rupa.
Makin galak pulak minah Seberang ini mengenakan aku. Dahlah slang Tanah Jawa pekat gila. Dah dua tahun menetap di Malaysia pun tetap tak hilang jugak bahasa ibunda tanah tempat lahir dia. Nasiblah aku paham understand sikit-sikit. Kalau tak, alamatnya macam bercakap sama ayam dan itek ajerlah. Dua-dua tak paham. Nasib jugak versi Anaklah Ayam dan Anak Itek Tok Wi aku boleh paham siap nyanyi sekali. Abang Zakuan hanya ketawa. Abang Mat yang sedang membancuh air pun boleh join ketawa dia orang sama-sama buat pakatan kenakan aku. Sengaja aku buat muka tak beriak tidak berperasaan depan dia orang. Rileks.. Rileks...

Dalam aku cuba menenangkan keadaan diri sendiri itu, dengan tidak semena-mena Paeh datang berlari-lari anak ke bahagian dapur seperti mahu memberitahu perkabaran kurang enak yang bakal didengar.

Paeh tercungap-cungap. Nafasnya turun naik. "Bos dah datang. Dia tengah parking kereta tu. Cepat buat kerja." Tersekat-sekat dia bersuara. Macam orang sedang mengah disuruh menyanyikan lagu ber’key’ tinggi ala-ala lagu Madah Berhelah in man version.

Sebaik sahaja perkhabaran itu diterima, semua yang ada di dapur kelam kelibut mencari tempat masing-masing. Bos sudah mari. Memanglah perkhabaran yang kurang enak, kurang sedap serba serbi. Aku yang dari tadi sibuk melayan feeling di pintu dapur terus bergerak ke depan. Meja yang sudah berkilat itu aku lap sekali lagi. Nanti kalau bos kecik nampak aku duduk rehat bersenang lenang, mahunya kaw-kaw aku kena maki kena marah dengan dia. Mulut dahlah tak boleh blah. Hatoii... Sengsaranya hidup. Bos besar bilalah mahu balik.

"Morning bos." Slumber ajer aku menyapa bos kecik yang baru sampai itu. Ikutkan dia lagi slumber. Mentang-mentang restoran ni bapak dia yang punya, suka-suka hati ajer datang lambat. Nasib Pakcik Usop bagi Abang Zakuan yang pegang kunci restoran. Kalau harap anak bongsu dia yang tak tau apa-apa tu, mahunya bila Pakcik Usop balik dari Mekkah nanti restoran ni dah kena bungkus. Cubalah kalau aku yang datang lambat. Satu jam membebel pun belum tentu lagi boleh habis. Dengan Abang Zakuan, Tuti, Abang Mat dan Paeh dia boleh buat pejam mata ajer. Lambat setengah jam pun dia boleh biarkan, cakap pun elok-elok, siap boleh counting-counting lagi. Dengan aku, sampai cair tahi telinga pun belum tentu dia boleh berhenti membebel.

Sarkastik sungguh Mohd Adam Haykal bin Mohd Yusop ni. Mantan pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia yang baru berumur dua puluh empat tahun. Baru sahaja menamatkan pengajian. Sekarang sedang menunggu tawaran kerja dari mana-mana syarikat kejuruteraan yang berminat. Masih mencari-cari calon suri di dalam hati. Tapi dengan syarat tahan kena maki. Mwahahah....

"Errmm.." Adam menjawab sepatah dan terus menuju ke kaunter pembayaran. Mukanya kelihatan masam mencuka.

Ececehh.. Itulah gaya bos. Datang lambat. Terus pergi kaunter kira duit. Citt!!.. Yang muka masam mencuka tu apa kes pulak. Sungguh aku tak paham. Rasa macam tak sedap hati pun ada ni. Kalau masuk-masuk muka dah macam mempelam busuk ajer, sah-sah ada angin tak betul masuk dalam badan la tu. Aku berkata sendiri. Tangan masih lagi ligat mengelap meja.

Adam berjalan-jalan memerhati keadaan restoran milik ayahnya itu. Tak pasal-pasal aku kena handle restoran ni sengsorang. Abang Long dengan Kak Ngah main lepas tangan ajer. Bukan tahu nak tolong. Semua buat alasan. Sibuklah. Kerjalah. Apaper ajer lah. Aku masa belajar dulu ambik engineering bukan bisness studi. Manalah tau nak handle bisnes ni. Walaupun sebulan, rasa macam azab sangat. Hilang rock macho aku dipaksa duduk menjaga restoran ini sehingga ayah balik dari Mekkah. Nak bersuka ria dengan member-member pun tak boleh. Nasib nasib waktu berniaga hanya dari pukul lapan pagi sampai enam petang ajer. Adam buat muka stress. Dia berlalu ke meja hadapan. Jari telunjuk digosok di atas meja. Kesan minyak terlekat di jari telunjuk.

"Ein!!!... Ein!!.." Bergema suara Adam memanggil nama aku.
Mencicit aku berlari ke arahnya. Hatoii.. Apa bala yang bakal menimpa ni. "Yes bos!!" aku bertanya. Sengaja dia berlagak slumber macam tak ada apa-apa.
"Ini apa ini?" Jari telunjuk yang mempunyai kesan minyak itu ditunjuk mengadap muka aku.
Ish dia ni. Tak akan lah itu pun tak tau. Nak aku kasi tau. "Minyak bos!!" Tenang lagi Azrene menjawab.
Riak tidak berkocak muka Adam mendengar jawapan yang keluar dari mulut aku. "Macam mana lap meja? Tak nampak ker ada kesan minyak kat sini? Tengok pakai apa?" Satu nafas tanpa henti Adam menyoal aku. Laju gila. Tapi nasib boleh kejar boleh tangkap setiap patah bicara butir perkataan yang keluar dari mulut dia itu tadi.
Aku masih lagi berlagak tenang. Buat-buat rilek. Padahal dalam hati, dah mula rasa macam nak lari balik rumah menyorok bawah selimut bila disoal bertubi-tubi oleh bos kecik itu. "Tadi dah lap bos. Maybe tak perasan."
Adam memandang ke arah aku dengan mata bulat membuntang. Takutnyer... Baru dia mahu membuka mulut, datang seorang pelanggan ke dalam restoran. Azrene terus ke meja pelanggan itu dan segera mengambil pesanan. Fuhh!!... Selamat. Rasa macam nak berjabat tangan cakap terima kasih ajer dekat kakak ni sebab tolong selamatkan aku dari jadi mangsa serangan ayat berapi menyakitkan hati tadi. Touche’ sis...

**********

Pagi tadi Zain ada singgah untuk breakfast di restoran ini. Hati dah berbunga-bunga riang gumbira. Seronoknyer... Paling seronok bila Zain pandang dan kasi free senyuman dia yang cukup menawan hati tu. Confirm Zain jadi hero dalam mimpi aku malam nanti. Heroin??.. Akulah tue..Hehehehe... Aku senyum sendiri.
"Ini apa hal senyum sorang-sorang kat tepi longkang ni. Ada wayar tercabut ker. Nak saya tolong sambungkan balik." Mamat sarkastik itu bersuara dari belakang. Tak payah tengok muka pun aku dah boleh agak saper yang bersuara itu.
Cess!!... Mangkuk tingkat Cap Kuda Belang punya bos kecik. Sindir aku macam tu. Macam aku tak dapat tangkap istilah wayar tercabut dia tu membawa maksud kepada apa. "Alah bos ni. Kita baru nak rehat. Kasi can la sikit." Azrene bersuara tanpa menoleh belakang. Masih mahu melayan feeling sendiri yang macam dah rasa nak lompat sampai ke langit sebab terlalu gembira.
"Miss Selipar Jepun, dari tadi saya tengok awak tu asyik duduk berehat ajer kat sini. Kenapa tak pergi tolong yang lain kat depan tu. Tak nak balik ker." Gaya tak berperasaan ajer Adam berkata sambil menunjukkan jam tangan sporty berjenama Adidas itu ke muka Azrene dengan harapan supaya budak Ein ni boleh berhenti melayan perasaan dia tu.
Azrene segera berpaling lipat maut nasib tak tercabut tengkuk mendengar mulut Adam lancar menukar namanya sebentar tadi. Suka-suka hati dia ajer dapat mandat dari raja entah mana negeri panggil aku macam tu. "Wah!!.. Melampaulah bos ni. Berbahasa ikut sedap mulut sendiri ajer. Suka-suka panggil kita Miss Selipar Jepun." Aku terus bangun dan menuju ke hadapan kedai untuk menyusun kerusi meja. Dah pukul enam. Kedai nak tutup.

**********

"Bila kau interview?" Adam bertanya kepada Bad yang sedang asyik menonton siaran bola sepak pada skrin lcd 32 inci di mapley berhampiran dengan rumahnya itu.
"Minggu depan. Kau?" Bad menjawab datar. Mata masih lagi kekal pada perlawanan bola sepak antara pasukan Perak dan Selangor itu. Memang hantu bola.
"Entah. Satu surat interview pun aku tak dapat sampai sekarang." Adam menjawab lemah. Itulah yang merungsingkan fikirannya kebelakangan ini. Semua kawan-kawan satu batch dengannya di UTM dulu semua sudah menghadiri temuduga. Tetapi dia tidak.
Mendengar jawapan lemah dari Adam, Bad segera menoleh. Memanglah pakcik sorang ni tengah stress. Muka pun serabut. Mana dengan kena handle bisness, menunggu surat panggilan temuduga macam menunggu bulan jatuh ke riba. "Rileks la bro. Adalah la tu nanti. Kau best student. Every semester tak pernah miss dapat dean list."
"Ermm." Adam melepaskan keluhan lemah.
"Restoran macam mana.?" Sengaja Bad membangkitkan soalan berhubung keadaan restoran milik ayah temannya itu.
"Okeylah. Itupun buat kepala aku berserabut jugak." Rendah Adam menuturkannya.
"Baru kau tau payahnya ayah kau menguruskan restoran tu seorang diri nak sara hidup kau."
Suasana sepi seketika. Tiba-tiba semua pelanggan di mapley itu bersorak gembira. Goolll!!!!!!!... Perak berjaya menembusi pintu gol Selangor. Suasana yang tadi sunyi menjadi hingar bingar. Bad dan Adam turut sama-sama menyumbangkan suara menambahkan lagi tahap kebisingan di situ.
"Ein macam mana." Tidak semena-mena Bad bertanyakan kepada Adam tentang Azrene.
"Okey ajer."
"Okey ajer??" Bad bertanya kembali.
"Hah.. Okey. Datang kerja balik kerja. Macam biasa. Tak ada yang luar biasa." Adam menjawab.
"Dia mungkinlah biasa. Engkaulah macam mana. Macam aku tak tau. Kau syok kat budak Ein tu. Tapikan tak agak-agaklah kau panggil dia Miss Selipar Jepun." Bad ketawa. Terasa kelakar ditelinga tatkala mendengar Adam memanggil gadis itu dengan nama Miss Selipar Jepun ketika dia sedap melepak makan free di restoran ayah Adam minggu lepas.
Adam tersenyum. Teringat kembali riaksi raut wajah Azrene ketika mendengar dirinya dipanggil dengan gelaran Miss Selipar Jepun. Ketika itu Adam baru sahaja tiba di restoran ayahnya. Abang Zakuan, Tuty, Abang Mat dan Paeh memang dia sudah kenal lama. Tapi, pelayan restoran yang cantik manis itu belum pernah dia temui. Sampai hati ayah tidak memberitahu aku ada bunga baru dalam restoran ini. Disebabkan tak tau siapa nama si cantik manis itu, lalu ringan mulutnya memanggil Miss Selipar Jepun apabila melihat gadis itu memakai selipar Jepun berwarna pink.
"Halloo.." Bad mengerak-gerakkan tangannya dihadapan muka Adam. Sah. Adam sedang berkhayal. Apa yang dikhayalkannya dia tidak tau.
Adam tersentak. "Dia syok kat orang lainlah." Adam menjawab.
"Saper? Abang Mat, Abang Zakuan, Paeh?" Laju Bad menyoal kembali.
"Bukanlah. Dengan Ahmad Smart yang kerja dekat office depan restoran ayah aku tu lah." Adam menjawab dengan nada yang geram. Memang hatinya geram sangat saat mata melihat Azrene yang cuba sedaya upaya beramah mesra dengan pelanggan tetap di restorannya itu. Azrene pun satu. Dah orang tak layan. Blah ajerlah. Tapi lagi dicuba dan cuba dan cuba sedaya upaya.
"Oooo.." Melopong mulut Bad.
"Nama mamat tu Ahmad Smart atau Ahmat Kemat." Bad bertanya lagi. Apa ker pelik benor nama mamat tu.
"Nama mamat tu Zain Adrianlah."
"Habis Ahmad Smart tu saper?" Bad mengerut dahi tanda pening.
Sakitnya kepala aku bersembang dengan Bad ni. Tak tau sejak bila dia jadi slow ni. Dulu dekat uni sama cemerlang macam aku. Keluar uni tiba-tiba jadi slow as kura-kura ni apakerhernyer... "Aku saja panggil mamat tu Ahmad Smart. Smart semacam."
"Lor.. Kau ni. Suka-suka hati ajer. Sejak bila dapat mandat bagi kurnia pada orang ni?"
Ermmm.. Adam mengeluh.

****************

"Errmm...arrh...Nak mi..mi..minum apa Encik Zain." Aduss... kenapa ni? Tiba-tiba aku yang lancar membaca lancar bercakap tiba-tiba boleh jadi gagap.
Zain menaikan sedikit kepala. Melihat si empunya suara. Dahinya jelas berkerut seribu. "Macam mana tahu nama saya?" Dia bertanya kembali.
"Saya tengok dekat name tag Encik tu." Aku menjawab. Walaupun masih tersekat-sekat tidaklah seteruk tadi.
"Ooo... Actually Zain enough. Tak payah formal sangat."
Aku dah mula tersengih sumbing tak tau nak cakap lagu mana dah. Ya Allah. Indahnya hari.
"Minum Encik?" Aku bertanya kembali.
"Teh tarik."
"Makan?"
"Nasi lemak."
"Okey." Aku segera berlalu.
"Excuse me."
Aku menoleh.
"Your name?" Dia bertanya.
Alamak seyh!!!... Dia tanya nama aku lah.. Control ayu Ein.. Control ayu. "Ein."
"Ein. Ermm.. Nice name."
Memanglah satu hari aku tak boleh buat kerja. Sindrom penyakit angau sasau dah masuk dalam badan. Rasa macam dunia aku yang punya.
"Seronok duduk termenung sorang-sorang kat sini. Mesti tengah berangan konon macam dunia awak sorang yang punyalah ni." Datang suara dari belakang.
Hish!!!.. Dia ni. Entah apalah yang dia nak. Dahlah tu macam tau-tau ajer apa dalam kepala aku ni. "Bos ni. Suka main sergah-sergah."
Adam menghulurkan kain buruh kepada Azrene. "Nah ambik ni. Jangan tau nak mengalamun ajer. Bayar gaji untuk buat kerja. Bukan suruh mengelamun menggatal dengan mana jantan-jantan yang datang makan kat sini." Pedas berbisa ayat yang keluar dari mulut Adam.
Kain buruk sudah berpindah tangan. Azrene segera pergi ke hadapan untuk mengelap meja.
Berdesing telinga aku dengar ayat kari berapi pedas berasap mamat ni. Kalau jeles cakaplah jeles. Tak payah nak jadi sarkastik sangat menyakitkan hati aku. Azrene menyumpah seranah dalam hati.

********

"Ini apahal pakai macam ni? Apahal masuk lambat? Apahal muka slumber jalan menonong ajer tak tegur bos yang tengah berdiri tegak kat depan ni?" Bertubi-tubi Adam menyoal Azrene apabila nampak sahaja kelibat gadis itu masuk ke dalam kedai. Ini apa yang tak kena pada kepala budak Ein ini. Pakai baju kurung dengan kasut tinggi warna pink. Apakes terlebih feminim pulak dia hari ini. Itu satu. Lagi satu, suka-suka hati masuk pukul dua ni siapa yang pandai-pandai bagi kebenaran dahlah tu, jalan tegak ke depan aku yang depan mata pun buat tak nampak ajer.
"Kita cuti lah bos." Slumber Azrene menjawab dengan muka tidak berperasaan.
"Ni sejak bila pandai ambik cuti tak bagi tau bos?"
"Sejak bila pulak nak cuti kena bagi tau bos? Biasa kalau nak cuti sebab hal penting bagi tau kat Abang Zakuan."
"Nah ambik ni."
Hahh!!.. Kain lap meja. Apahal ni. Tak dengar ker aku kata aku cuti tadi. "Apa ni bos?"
"Dah tak kenal kain buruk lagi?" Adam bertanya kembali.
"Kita cuti. Kita ada interview hari ni." Azrene balas balik.
"Sejak bila mintak kerja kat tempat lain tak nak bagi tau bos ni?" Adam buat ayat toya bin poyo.
"Sejak bila bos sibuk nak ambik tau apa yang kita buat ni?" Azrene bagi balik ayat toya binti poyo.
"Orang dah ramai masuk tu. Cepat pergi ambik order." Arah bos kecik.
"Taknak." Kuli jawab pendek.
"Sejak bila mata jadi rabun. Tak nampak ker kat luar tu ramai orang." Adam bagi sebijik.
"Bos ni kejam la. Macam Taliban. Tak kira. Hari ini, gaji bayar full." Ambik kau. Azrene memalingkan muka ke luar kedai. Bengangnya aku dengan bos kecik ni. Arrgghh.. Dalam tengah-tengah marah, kelihatan seseorang yang masuk ke dalam kedai. "Paeh, nak pergi mana?" Azrene bertanya kepada Paeh yang tergesa ke depan sambil memegang pen dan buku nota kecil.
"Ambik order."
"Tak apa. Meh aku ambik." Pen dan buku nota di tangan Paeh di ambil. Azrene terus berlalu meninggalkan Adam.
Pinggan ayan punya Azrene. Aku tengah panas-panas ni lagi dia boleh buat aksi yang menaikan temperature aku. Apa yang ada pada Mat Smart tu pun aku tak tau." Getus Zain dalam hati apabila melihat Azrene yang terkedek-kedek dengan berkasut tumit tinggi mendapatkan Zain Adrian untuk mengambil pesanan.
"Makan encik?" Lemah lembut pijak semut pun tak mati Azrene mengambil pesanan.
Zain memandang Azrene dari atas ke bawah. Dia tersenyum. Azrene buat muka malu-malu kucing. Ececehh...
"Mee goreng dengan Nescafe ais."
Pesanan siap di ambil. Azrene segera bergerak menuju ke dapur. Dalam perjalanan ke dapur yang terpaksa menempuh kaunter pembayaran, sengaja dia menjelingkan mata ke arah bos kecik yang nampaknya masih lagi hot...hot...hot..
"Siap!!" Jerit Abang Zakuan apabila pesanan pelanggan sudah siap tersedia di atas dulang minta dihantar dengan segera.
Terkedek-kedek Azrene berlari dengan kasut tingginya itu untuk mengambil pesanan yang telah pun siap terhidang berasap-asap di atas dulang. Belum sempat tangan Azrene menyentuh dulang tersebut, Adam sudah mula mencapai.
"Meh la sini kita hantar." Azrene berkata.
"Kasut awak tu tinggi sangat. Nanti jatuh karang macam mana?"
"Ngee.. Ingat kita tak reti pakai kasut tinggi ker. Kita belajar dari Tyra Banks lah. Meh la sini." Azrene menjawab. Tangan Adam di tepis. Dulang telah berada di tangannya. Segera dia berlalu ke depan.
Dia datang..dengan lenggang lenggoknya... Dia datang..dengan lenggak lenggoknya. Kurang dari lagi dua langkah Azrene sampai ke meja Zain, tiba-tiba kakinya terpelecok. Opocot!!! Gedebuk. Macam nangka busuk jatuh ke tanah. Mee goreng dan Nescafe ais habis tertumpah di baju Zain. Semua mata di dalam restoran itu memandang kea rah Azrene.
"Macam mana awak buat kerja ni?" Tengking Zain apabila baju kemeja yang dipakai terconteng dengan corak abstrak dari mee goreng dan Nescafe ais.
Azrene dah mula cuak. "Sa..sa..Saya mintak maaf. Saya tak sengaja." Terketar-ketar dia menjawab.
"Bodoh punya perempuan." Naik lagi suara Zain memarahi Azrene. Sengaja ditekan perkataan bodoh itu.
Azrene dah mula menangis. Dia terus berlari ke dapur. Adam yang berada di hadapan kaunter segera menenangkan keadaan di dalam restoran yang sedikit tegang pada ketika itu. Zain yang sudah kebengangan terus beredar keluar. Mulutnya tidak berhenti-henti menyumpah seranah gadis yang telah mengotorkan bajunya itu.

"Ein mana?" Adam bertanya kepada Abang Zakuan. Ini mesti kes nak mengelat lagi ni. Orang tengah sibuk-sibuk berkemas nak tutup kedai dia boleh pulak mengelat lari dari tugas.
Abang Zakuan hanya menjuihkan mulut kea rah dapur dengan memek muka seperti orang sedang menangis. Tuty di hadapan hanya tersengih. Sungguhlah lepas kejadian tengahari tadi, Azrene tak keluar-keluar dari dapur.
"Tak abis lagi ker bang." Adam bertanya pendek.
Abang Zakuan hanya mengangkat bahu. "Adam pergilah tengok."
Segera Adam menuju ke dapur. Dilihat Azrene masih lagi teresak-esak menangis macam budak kecil. "Nah." Adam menghulurkan sehelai kain buruk kepada Azrene.
Mata Azrene memandang kain buruk di tangan Adam. Adam dengan slumber mengisyaratkan supaya Azrene mengesat air matanya dengan kain buruk itu.
Azrene segera berhenti menangis melihat Adam yang entah dari mana datangnya tiba-tiba berada disebelah dengan lawak kain buruknya itu. di kesat air mata dengan belakang telapak tangan. "Kita tak ada masa nak layan lawak bodoh bos tu. Tak kelakar pun lawak kain buruk bos tu." Azrene berkata. Suara masih serak-serah basah akibat menangis tadi.
"Lar.. Lawak kain buruk amendanya. Awak dah habiskan dua kotak tisu restoran ni tau. Nanti saya potong gaji awak suruh ganti balik tisu restoran ni baru tau."
"Bos ni kejam lah. Macam Taliban. Tak tau ker kita tengah sedih ni."
"Apa pulak Taliban. Cuba tengok tu." Jari telunjuk Adam ditala ke bawah kerusi tempat Azrene duduk. Berselerak kertas tisu. Kalau pun nak menangis sampai kering air mata sekalipun, janganlah tisu dalam restoran ini jadi mangsa. Bukan aku tukang sponser tisu untuk lap air mata dia. "Lain kali kalau nak datang restoran ni jangan lah pakai high heel, selipar Jepun ajer." Adam menyambung lagi.
Azrene memandang ke bawah. Mak oii.. Sungguhlah aku ni mencemar pemandangan dengan sampah sarap yang aku buat sendiri. Azrene memandang Adam yang tersengih disebelahnya. "Ngadalah bos ni." Terus dia bangun menuju ke hadapan untuk membantu Abang Zakuan dan Tuty mengemas. Tapi semuanya sudah siap selesai kemas tersusun. Tinggal nak balik sahaja lagi. Selamat aku. Azrene berkata di dalam hati.

************

Sejak dari peristiwa hari tu, Azrene tidak lagi menunggu kedatangan Zain untuk makan di restoran Pakcik Usop. Jika Zain datang ke situ, pasti dia akan duduk menyorok bertapa di dapur restoran sehingga Zain pergi. Malu satu hal. Sakit hati pun iya jugak. Sesedap mulut dia ajer mengata aku bodoh. Hampagas punya mamat. Sah tak gosok gigi. Sebab tu mulut busuk. Memanglah Azrene bengang sangat dengan Zain. Dan juga, semenjak peristiwa itu, Azrene dengan Adam dah boleh duduk bersama, bergurau senda, hari Minggu boleh pulak keluar jalan-jalan together-gether. Macam tak percaya. Dah lama kenal, Adam boleh diklasifikasikan sebagai lelaki yang baik jugak dan seronok berkawan.
"Ein."
Terperanjat Azrene mendengar suara yang amat dikenalinya itu. "Bos ni. Bagilah salam dulu sebelum tegur orang. Ni main sergah ajer." merungut-rungut mulut Azrene berkata-kata.
"Ada orang nak jumpa." Adam berkata.
Azrene mengerut dahi. Siapa pulak nak jumpa. Pelik. Tapi lagi pelik, kenapa muka bos kecik ni tiba-tiba jadi sugul bermuram durja macam ada apa-apa ajer. Pagi tadi elok ajer. Lagipun nak stress apa lagi. Bos besar dah selamat balik. Bos kecik tak ada pun tak apa. Bukannya ayah dia letak parang dekat tengkuk suruh datang tolong di restoran. Segera Azrene berlalu.
Kelihatan Zain sedang menunggu di hadapan restoran dengan sejambak bunga.
"Saya minta maaf pasal hari tu." Zain bersuara mendatar. Mungkin baru tersedar kelancangan mulutnya memarahi Azrene dulu.
"Tak apa. Benda lama. Saya dah lupa pun." Malas Azrene menuturkannya. Kalau dulu memanglah saat-saat dapat bersembang dengan Zain yang paling dia impikan. Tapi tidak lagi sekarang.
"Untuk awak." Zain menghulurkan sejambak bunga ros putih kepada Ein.
Terbeliak mata Ein melihat huluran jambangan bunga di hadapannya. Mata ditalakan kea rah Adam di kaunter pembayaran. Mata mereka bertemu, tetapi cepat-cepat Adam mengalihkan pandangan ke arah lain. Azrene memandang lantai. Terasa macam cantik pulak lantai mozek petak-petak ni. Mata diarahkan pula pada selipar Jepun yang dipakainya. Rasa macam selipar Jepun dah bertukar jadi kasut Cinderrela sahaja gaya Azrene memandang. Sahlah kepala aku dah pening. Dah fikir yang bukan-bukan. Apa aku nak buat ni.
Dari jauh Adam melihat Azrene bersembang ramah mesra dengan Zain. Apa yang disembangkan dia tidak tau. Tapi hati turut terbakar melihat kemesraan mereka berdua. Cemburu? Hati bertanya. Memang aku cemburu. Sepatutnya Ein pilih aku. Bukan pilih mamat haprak tu. Dia menjawab soalan hati tadi.
"Bos." Slumber Azrene menegur Adam yang kelihatan sedikit tegang. Kalau dulu, muka tegang macam tu jangan harap dia berani hendak tegur. Kalau boleh selisih bahu pun tak sanggup.
"Apa dia nak? Cantik bunga." Tanya Adam.
"Bunga ni untuk diletakkan di atas meja ni." Azrene meletakkan bunga tersebut di atas meja kaunter dan terus berlalu ke dapur. Adam mengekori Azrene dari belakang. Pak Usop hanya menjadi pemerhati terhormat melihat gelagat anak bongsunya dengan Azrene itu.
"Dia nak apa. Awak tak jawab pun lagi." Tanya Adam lagi.
"Dia nak kita." Tenang Azrene menjawab. Pandangan mata dihalakan ke arah Adam.
"Owhh!!.. Bagus lah tu. Memang itu yang awak nak kan." Balas Adam.
"Adam, dia nak kita. Awak ingat kita main-main ker." Sekali lagi Azrene berkata benda yang sama.
Adam buat tak endah. Masih dengan muka tidak beriak. "Baguslah tu."
"Tapi kita taknak dia."
Adam mengerut dahi. "Kenapa?" Pendek dia bertanya.
"Sebab kita nak orang lain."
"Playgirl la awak ni." Adam terus berlalu ke hadapan.
Azrene mengekori pantas langkah Adam. Langkah Adam di potong. Sekarang dia telah pun berdiri tegak mengadap Adam. Menghadang laluan. "Kita nak awak." Slumber tapi jelas Azrene berkata.
"Hahh.." Adam dah terkejut emak beruk mendengar ayat jelas dan nyata Azrene tadi. Ini apahal tiba-tiba jadi gelabah macam labah-labah pulak ni.
Azrene ketawa. Kening diangkat. Lawak betul muka bos kecik ni hari ni. Nak tunggu dia cakap sampai kucing dah tumbuh tanduk pun belum tentu dia nak mengaku. Bad pulak yang sibuk-sibuk tolong bagi tau dekat aku. Itupun lepas terjumpa Bad dekat Yik Fong seminggu selepas peristiwa di restoran hari tu. Kira dah nak dekat tiga bulan jugaklah. Memanglah mula-mula rasa macam terkezut bin terperanjat jugak, tapi bila dah balik rumah rasa macam happy semacam. Dan yang buat diri macam terlebih happy bila dalam masa tiga bulan lepas dapat tahu Adam suka dekat aku, setiap malam tak putus buat istikharah. Ternyata, ianya terdorong ke arah Adam juga.
"Kenapa? Tak percaya." Azrene tersenyum memandang Adam.
"Awak ni. Memanglah. Gila kentang Mr. Potatoe betul." Adam turut tersenyum. "Tak pernah kena propose dengan awek seumur hidup saya." Dia menyambung.
"Saper propose awak." Azrene buat-buat tanya. Wei.. pakcik. Slow betul. Patut kau lah propose aku. Cepatlah.. cepatlah..
"Saper kata saya nak kat awak." Adam bertanya.
"Bad."
Sungguhlah Bad nak merasa makan selipar Jepun cicah dengan sos tomato. Malukan aku terang-terang dengan Azrene. Kantoikan aku dengan budak Ein ni. Mulut tak boleh simpan rahsia betul.
Azrene masih menanti Adam untuk meluahkan rasa cinta kepadanya. Memanglah dia ni. Slow as kura-kura, buat muka slumber tak berkata apa-apa, aku dah lama tunggu nak dengar apa yang patut dia kata, why masih berpura-pura. Pantun empat kerat yang bunyi entah apa-apa. Akhirnya terpaksa jugaklah Azrene yang kena bersuara. "Saya nak berhenti. Saya dapat kerja kat tempat lain. Kerja office." Dan Azrene terus berlalu.
"Ein kejap." Adam mengejar dari belakang. Ni dah masuk ala-ala dalam filem Hindustan. Hero main aci kejar dengan heroin. Kalau ada hujan dengan kepala keretapi memang sebijik boleh buat sequal untuk Kuch Kuch Hota Hai. "Memang betul apa Bad kata. Saya memang suka kat awak. Sejak jumpa awak dekat restoran ni, hati mula dah jatuh cinta. Cinta pandang pertama. (naper jadi mat bunga pakai bahasa jiwa-jiwa ni.)
Azrene tersenyum. "Tau. Memang kita dah lama tau. Bad tak bagi tau pun kita memang dah tau."
Adam buat muka blur. Ini apa ilmu budak Ein ni pakai. Bila dia pergi bertapa dekat dalam gua.
Azrene tersenyum lagi. "Yerlah. Awak tu. Pakai cara bodoh nak dekat dengan kita. Orang kalau nak mengorat gunalah cara yang betul. Ni awak dengan poyo yang lebih tu ajer."
"Habis yang awak tu asyik dengan Mat Smart tu ajer." Adam cuba balas balik.
"Zain lah."
"Tak kiralah. Saya sakit hati tau."
Pecah juga ketawa Azrene mendengar pengakuan secara tidak sengaja Adam itu. Patut muka tegang semacam bila aku berbaik-baik dengan Zain. Macam baru lepas kena cucuk Botox ajer. Jeles rupanya.
"Ein kita kawin."
Ketawa Azrene mati tatkala mendengar kata-kata Adam itu. gila aper. Propose jadi awek pun belum lagi. Terus nak ajak kahwin. "Apa awak cakap ni?"
"Kita kahwin." Sekali lagi Adam berkata ayat yang sama. "Saya dah dapat kerja. Saya boleh tanggung awak." Dia menyambung.
"Bagi masa. Saya tak boleh buat keputusan paling besar macam ni ajer." Pinta Azrene. Tapi jelas, senyuman yang terukir manis dipinggir bibir membawa maksud yang amat bahagianya diri ketika itu.
"Okey. Make sure jangan lama-lama." Adam turut tersenyum.

*********

Hai sayang buat apa.
"Abang ni kan dari dulu suka main sergah-sergah tau. Tak buat apalah."
"Ni senyum-senyum sorang-sorang ni mesti ada wayar tercabut ni kan." Sengaja Adam menyakat Azrene. Bukan apa. Bila kena sakat, Azrene akan tersenyum sambil malu-malu kucing. Muka naik merah tu yang buat dia nampak cute.
Seraya itu, satu cubitan hinggap dilengan Adam. "Senyum, sebab teringat balik zaman kita dulu-dulu." Azrene mencebik bibir melihat Adam yang dari tadi tidak berhenti dari senyum mengusik. Satu lagi cubitan hinggap ke lengan Adam. Kali ini kuat sedikit.
"Ouchh!!. Nakal lah sayang ni. Main cubit-cubitan pulak." Pantas tangan Adam menarik hidung Azrene. "Bagi mancung sikit."
"Sakitlah." Azrene menggosok-gosok hidung yang merah bahana kena tarik dengan Adam tadi.
Dalam asyik bergurau senda, terdengar bunyi rengekan si kecil dari katil bayi. Aiman Hakimi bin Adam Haykal.
"Alah.. Aiman Tak Kesah.. kacau daun lah. Ayah baru nak romantic-romantic dengan ibu. Kasi spoil betul." Adam bersuara. Azrene segera mengeluarkan Aiman yang baru berusia hampir tiga bulan itu dari katil bayi. Anak kecil itu dibelai penuh rasa sayang.
Siapa sangka tak sampai setahun kahwin dengan Adam dah boleh dapat Aiman. Dalam Adam kata jangan lama-lama bagi jawapan semasa dia ajak kahwin pada malam itu, dekat setahun jugaklah Adam terpaksa menjadi penunggu setia menanti sebuah jawapan. Bukan Azrene sengaja mahu buat Adam tertunggu-tunggu, Cuma biar Adam boleh berdikari dahulu sebelum dia buat keputusan untuk berumahtangga. Biar Adam matang dahulu sebelum dia boleh mengemudi satu bahtera. Menjadi ketua keluarga. Kahwin bukanlah benda yang boleh dibuat main-main.
"Sayang." Panggil Adam lembut di cuping telinga.
"Ermm." Azrene masih lagi membelai si kecil di riba.
"Thanks." Ucap Adam kudus.
"Everything for you."
Singgah satu ciuman pada pipi Azrene. Sungguh. Saat ini adalah satu saat yang paling membahagiakan. Alhamdullillah

No comments:

Popular Posts