Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

23 March 2009

Belanja gajet RM1,500 sebulan

William mempunyai puluhan gajet sehingga dia sendiri tidak ingat di mana dia letak gajet itu di rumah.


 
KEBANYAKAN gajet William berwarna hitam agar mudah dipadankan dengan pakaian dan penampilannya.


LELAKI berwajah tampan dengan kulit putih melepak ini sangat kelakar orangnya. Namun, apabila berbicara tentang gajet, watak itu berubah menjadi serius.

Jangan terkejut, pengacara rancangan The Breakfast Show di NTV7 itu, William Quah, 25, akan membelanjakan purata RM1,500 setiap bulan hanya untuk mendapatkan gajet kegemarannya.

Sama seperti kebanyakan personaliti lelaki yang lain, gajet baginya adalah satu keperluan hidup yang tidak harus dinilai dengan wang ringgit.

"Sungguhpun begitu, kebanyakan duit saya dihabiskan untuk membeli buku berbanding makanan atau barangan keperluan harian lain. Seingat saya, mak pernah berkata, waktu kecil lagi saya sudah cenderung terhadap gajet.

"Ada sekali iaitu ketika saya berusia dua atau tiga tahun, saya 'mengamuk' kerana mahu mengangkat set home video. Tetapi ibu bapa tak benarkan kerana terlalu berat. Agaknya, itulah simptom awal saya obses terhadap gajet pada hari ini," katanya kepada Kosmo! sambil ketawa.

Hadir di restoran Delicious di Bangsar Village II, William datang dengan membawa bersamanya tujuh gajet. Antaranya ialah dua telefon bimbit, sebuah pemain media mudah alih Microsoft Zune, pemacu keras luaran, kamera digital dan bluetooth dongle.

Sambil tersenyum lebar mengeluarkan satu-persatu gajetnya dari sebuah beg sandang berwarna hitam, dia berkata: "Inilah gajet-gajet yang selalu menemani saya ke mana sahaja saya pergi."

Dua telefon bimbit Nokia yang masing-masing daripada model 6630 dan 6131 itu hanyalah sebahagian daripada sejumlah enam telefon mudah alih miliknya.


WILLIAM kini lebih menggemari telefon bimbit yang ringkas dan mudah dikendalikan.


Sekilas pandang, kebanyakan gajet yang dibawanya hari itu berwarna hitam dan nampak elegan bagi seorang personaliti TV seperti William.

"Sebenarnya suka warna merah. Tetapi, kalau beli gajet, saya lebih suka pilih warna hitam. Senang nak padankan dengan pakaian atau segalanya.

"Kalau awak tanya saya tentang pilihan telefon bimbit, terus-terang saya katakan, sekarang saya sedar bahawa gajet yang ringkas lagi bagus. Mudah nak dikendalikan. Selain telefon bimbit Nokia ini, saya turut memiliki LG Secret dan tiga lagi yang entah mana saya letak di rumah," jelasnya.

Bercakap tentang telefon bimbit, William teringat satu insiden lucu yang menyedarkannya mengenai lebih baik tidak memiliki gajet yang harganya terlalu mahal.

Dia yang pernah tertinggal Nokia 6131nya di rak buku di kedai buku MPH hampir dua jam berasa lega apabila mendapati telefon itu langsung tidak 'berganjak' dari tempat asalnya.

"Tengok, orang pun tak nak telefon buruk macam ini. Jadi, ada baiknya memiliki telefon seperti ini. Selamat gajet awak," ujarnya sambil ketawa.

Dalam banyak-banyak gajetnya, William nyata begitu sayang dengan pemain media Microsoft Zune yang dibeli oleh seorang kenalan di luar negara.

Dia sendiri menyifatkan Zune sebagai pesaing atau 'pembunuh iPod' kerana fungsi, kualiti dan ciri-ciri yang ditawarkannya lebih baik. Malah apa yang penting ialah harganya lebih murah daripada iPod.

Lelaki berdarah kacukan Cina dan Inggeris itu juga tidak pernah gagal membawa Zunenya ke mana sahaja dia pergi termasuk ke gimnasium.

"Saya ada dua iPod di rumah. Tetapi, saya jarang menggunakannya. Apa yang saya suka tentang Zune ialah fungsinya yang pelbagai termasuk kemudahan berkongsi fail lagu dari Zune ke Zune tanpa wayar. Buat masa ini, Zune belum boleh dibeli di Malaysia," ujarnya lagi.

Biarpun mempunyai lambakan gajet berteknologi seperti kamera digital, Sony Cyber Shot DSC-T70, William bagaimanapun jarang membeli majalah untuk memperkayakan pengetahuan teknologi maklumat (IT).

Sebaliknya, dia lebih suka mengunjungi bahagian IT di pusat beli-belah Mid Valley atau Plaza Low Yat untuk mencuba sendiri produk yang menarik perhatiannya.

No comments:

Popular Posts