Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

05 March 2009

Genetik gigi jerung


SAINTIS sedang mengkaji mengapa ikan jerung berupaya mengeluarkan gigi baru beberapa kali.


PERNAHKAH anda terfikir mengapa seekor jerung mampu tumbuh gigi baru berulang kali tetapi manusia hanya sekali? Pakar genetik di Washington, Amerika Syarikat (AS) telah menemui satu pendedahan yang boleh membantu manusia mengeluarkan gigi baru.

Terdapat satu genetik yang bertanggungjawab untuk menghasilkan beberapa set gigi. Apabila saintis membesarkan sekumpulan tikus tanpa gen tersebut, tikus-tikus itu menghasilkan set gigi baru.

Namun begitu, kajian ini perlu diteruskan kerana tanpa gen ini yang dinamakan Osr2, tikus-tikus tersebut membentuk bibir sumbing yang teruk lalu boleh membawa maut.

No comments:

Popular Posts