Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

27 March 2009

Ikan digital tangani pencemaran




Sekumpulan robot mekanikal yang berbentuk ikan dan dijana dengan kuasa bateri akan dilepaskan ke kawasan perairan di pelabuhan Sepanyol bagi membantu memantau keadaan pencemaran.

Robot sepanjang 1.5 meter ini dapat meniru gaya ikan berenang di dalam air menggunakan ekor, jelas pakar saintis dari Universiti Essex, England, Huosheng Hu. Kumpulan di bawah penyeliaannya bertanggungjawab menghasilkan mesin tersebut.

Ikan robotik itu akan dipasang dengan alat pengesan yang dapat merekodkan tahap oksigen di dalam air, selain mengesan kepadatan minyak yang tumpah dari kapal atau bahan kimia yang disalurkan dari kilang terus ke dalam sungai dan seterusnya ke laut.

Ikan robotik ini juga akan memantau keadaan alam semula jadi di pelabuhan Gijon yang terletak di bahagian utara Sepanyol.

Data yang dikumpul akan dipindahkan terus ke pusat kawalan dengan menggunakan signal wayarles apabila ikan robotik itu terapung di permukaan air. Data ini kemudian digunakan bagi menghasilkan peta pencemaran di kawasan tersebut.

Ikan robotik ini juga tidak memerlukan pengawasan ketat kerana ia boleh mengelak halangan seperti batu dan kapal yang berlayar.

No comments:

Popular Posts