Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

01 May 2009

Bayar segala-galanya secara mobiliti


Menambah nilai kad Touch n Go di mesin ATM.


RAKYAT Malaysia kini boleh menggunakan telefon bimbit mereka sebagai medium pembayaran mobiliti untuk membeli pelbagai barangan atau membayar caj pengangkutan mereka menerusi perkhidmatan yang dikenali sebagai Maxis FastTap.

Aplikasi yang ditawarkan oleh syarikat peneraju rangkaian komunikasi, Maxis Communications Berhad (Maxis) itu dijana melalui integrasi bersama syarikat perkhidmatan utiliti teknologi, Near Field Communication (NFC).

Sebagai sistem pembayaran mobiliti pelbagai yang pertama di Malaysia, Maxis turut menjalankan kerjasama dengan beberapa syarikat untuk pelbagai perkhidmatan komersial lain.

Ia termasuk Nokia, pembayaran kad kredit menggunakan Visa payWave, perkhidmatan Maybank serta pembayaran elektronik untuk tol dan tempat letak kereta dengan Touch 'n Go.

Ia juga merupakan perkhidmatan NFC yang pertama di dunia menawarkan ciri paparan maklumat kad kredit pada rangkaian operator perkhidmatan mobiliti melalui antaramuka Trusted Service Manager.

Pelancaran Maxis FastTap itu membenarkan pengguna Maxis FastTap yang menggunakan telefon bimbit klasik Nokia 6212 membeli barangan dan perkhidmatan secara mobiliti di lebih daripada 1,800 lokasi perdagangan Visa payWave selain membayar menggunakan kad Touch 'n Go di 3,000 pusatnya di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, pelancaran perkhidmatan terbaru Maxis itu membuktikan pencapaian dan usaha berterusan pihaknya untuk membawa inovasi terbaik kepada pengguna telefon bimbit di Malaysia.

''Pelaksanaan sistem ini secara komersial menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat peneraju dalam bidang masing-masing tentunya bakal memberi kelebihan dalam aplikasi mobiliti moden kepada pengguna,'' katanya.

Dari segi penggunaan teknologi Visa payWave mobiliti, ia merupakan perkhidmatan yang pertama di Malaysia dengan tawaran manfaat dan kemudahan yang sama seperti menggunakan kad kredit.

Dengan kemudahan itu, pengguna kini boleh membeli-belah hanya menggunakan telefon bimbit untuk pembayaran mudah sehingga nilai maksimum RM150.

Melalui Maxis FastTap juga, perkhidmatan kad Touch 'n Go semakin dipertingkatkan yang mana nilainya boleh ditambah secara terus melalui terminal binaan yang terdapat pada telefon bimbit Nokia Klasik 6212.

Perkhidmatan Maxis FastTap kini ditawarkan bersama telefon bimbit tersebut yang didatangkan bersama cip NFC untuk membolehkan transaksi pembayaran dibuat selain bagi tujuan keselamatan.

Nokia Klasik 6212 yang ditawarkan bersama pelan Maxis FastTap kini dijual pada harga RM899 (tanpa kontrak) dan RM499 untuk kontrak pelan Value Plus 150 selama 24 bulan.

Selain itu, Maxis turut menawarkan baucer tambah nilai RM10 kepada pengguna Nokia Klasik 6212 yang menambah nilai RM50 untuk kad Touch 'n Go mereka menggunakan telefon bimbit berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan terbaru itu, pelanggan boleh menghubungi talian 1800 821 123.

No comments:

Popular Posts