Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

07 May 2009

Samsung 8800 Pixon

Didatangkan dengan sistem operasi TouchWiz, Samsung 8800 Pixon adalah sebuah gajet berskrin luar dan tinggi megapikselnya.


SAMSUNG 8800 Pixon mudah dibawa dan boleh beroperasi pada rangkaian 2G dan 3G.





LEBIH dikenali sebagai telefon mesra pengguna, 8800 ini dilengkapi dengan ciri-ciri sistem penentu kedudukan global (GPS) sehinggalah fungsi SRS Virtual Surround Sound.

Memiliki penampilan berukuran 107.9 x 54.6 x 13.8 dan berat 121 gram, 8800 cukup menarik. Mudah dibawa ke mana-mana, gajet ini boleh beroperasi pada rangkaian 2G dan 3G.

Selain itu, gajet ini juga memudahkan tontonan video dan rakaman imej dilakukan dengan selesa pada skrin yang besar. 8800 menggunakan pelayan WAP untuk membantu anda melayari Internet dan sentiasa memastikan anda terus berhubung dengan dunia luar.

Telefon dengan kamera lapan megapiksel ini juga hadir bersama ciri-ciri auto-panorama, pengecaman wajah dan senyuman serta tetapan pengurangan goncangan. Semua ciri ini menambah kadar kejelasan dan warna pada imej yang dirakam.

Penerima GPS dan slot kad MicroSD pada 8800 pula membolehkan penambahan memori dilakukan. Tambahan pula, aselerometer menyenangkan paparan album gambar lebih menyeronokkan.


GAJET ini menawarkan kadar kepantasan pemindahan data menerusi rangkaian HSDPA 3G-nya.


Biarpun tidak dilengkapi dengan teknologi Wi-Fi, gajet ini menawarkan kadar kepantasan pemindahan data menerusi rangkaian HSDPA 3G-nya.

No comments:

Popular Posts