Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

01 May 2009

Skrin sentuh Cookie


PENA stylus membolehkan pengguna menulis memo, mengirim mesej dan mengedit imej dengan hanya satu sentuhan.


SEBAGAI sebuah gajet berskrin sentuh penuh, LG KP500 Cookie dilengkapi dengan teknologi sentuh dan ciri-ciri terbaru. Seiring dengan pengalaman LG dalam menghasilkan telefon bimbit sofistikated dan bergaya, LG KP500 juga didatangi dengan tumpuan kepada keterperincian fungsinya.

Hadir dalam beberapa pilihan warna seperti hitam, perang, perak dan emas, LG KP500 adalah ringan dan nipis penampilannya. Memandangkan ia merupakan sebuah telefon GSM, ia mampu beroperasi dalam empat jaluran frekuensi bagi membolehkan rangkaian penerimaan yang lebih jauh.

Pelancaran telefon di peringkat global ini juga memungkinkan LG KP500 digunakan dalam 39 jenis bahasa. Namun, menerusi antara muka pengguna yang jelas dengan ikon dan bersifat intuitif pada skrin seluas tiga inci, ia mudah dan amat ringkas untuk pemahaman sesiapa sahaja.


LG KP500 didatangkan dengan tumpuan kepada keterperincian fungsinya.


Bagi mereka yang suka berhubung dengan kawan tanpa sebarang masalah, LG KP500 hadir dengan UI terkini untuk memudahkan pengguna melampirkan gambar rakan pada ciri dail pantas sebelum dihubungi menerusi satu sentuhan pada potret.

Pena stylus yang disorokkan pada base LG KP500 mudah dikeluarkan untuk program pengecaman tulisan advanced. Program itu membolehkan pengguna menulis memo atau mengirim mesej dan mengedit imej dengan hanya satu sentuhan pada skrin menggunakan penghujung pena.

Papan kekunci QWERTY pula mudah dikendalikan apabila LG KP500 dipegang dalam keadaan mendatar. Sementara itu, paparan auto rotating pula sentiasa menukarkan imej atau dokumen untuk paparan yang lebih baik tidak kira dalam apa juga posisi gajet itu dikendalikan.

Tambahan pula, skrin sentuh seluas tiga inci itu juga pasti menceriakan pengguna yang gemar menonton video, bermain mainan video mahupun sekadar melihat gambar.

Disertakan dengan teknologi sensor pergerakan terkini, LG KP500 membolehkan pengguna menghayunkan tangan dan berkoordinasi dengan mata bagi menyeimbang serta menghayati mainan video yang lebih menyeronokkan dan memuaskan hati.

No comments:

Popular Posts