Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

14 July 2009

acer dx 900 Dwikad SIM


Menerusi Acer DX900, pengguna boleh mengakses dua perkhidmatan telefon secara berasingan tanpa sebarang gangguan.


ACER DX900 adalah satu jalan penyelesaian ringkas untuk pengguna gajet berbilang.



TELEFON pintar Acer DX900 merupakan salah satu gajet dengan dwikad SIM pertama di dunia yang menyokong HSDPA dan EDGE. DX900 merupakan satu jalan penyelesaian ringkas untuk memenuhi permintaan tinggi pihak pengguna yang memerlukan akses kepada dua perkhidmatan komunikasi tanpa membawa dua gajet pada satu-satu masa.



DX900 beroperasi dengan sebuah pemproses berkuasa 500MHz.




Menerusi Acer DX900, pengguna boleh mengakses dua perkhidmatan telefon secara berasingan tanpa sebarang gangguan. Pengguna yang biasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk perniagaan boleh menggunakan kad SIM tempatan dan kad SIM dari kampung halaman sekali gus.

Malah, pelancongan melepasi sempadan serta untuk perniagaan bertaraf antarabangsa juga boleh bertambah mudah dengan adanya gajet Acer ini.

DX900 menawarkan ciri-ciri yang menyokong kedua-dua komunikasi berkelajuan tinggi 3.5G (UMTS/HSDPA) dan 2G (GSM/EDGE). Ia juga merangkumi sambungan menggunakan Wi-Fi, Sistem Pengesanan Global (GPS), paparan VGA beresolusi tinggi dan sebuah kamera auto-focus 3 mega piksel.

DX900 juga disertakan dengan peralatan dan aplikasi mobile office standard serta aplikasi eksklusif Acer bagi meningkatkan prestasi dan fungsi gajet tersebut.

Didatangkan dengan sebuah pemproses berkuasa 500MHz, pengurusan tugasan berbilang bakal menjadi lebih mudah dan ringkas. Dengan Acer DX900, pengguna boleh berpuas hati dengan tahap produktiviti dan efisiensi yang ditawarkan.






KEHALUSAN seni reka Acer DX900.

No comments:

Popular Posts