Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

13 September 2009

aksesori-aksesori permainan video PC

Ia menawarkan aksesori-aksesori permainan video PC bercita rasa mewah yang membantu pemain memperoleh apa yang paling dikehendaki iaitu lebih unsur kawalan.


PAPAN kekunci G19 yang bersesuaian dengan cita rasa pemain permainan video



DEWASA ini, industri permainan video mengalami perkembangan yang begitu menggalakkan. Di sebalik kegawatan ekonomi, pasaran untuk permainan video terus berkembang dan penganalisis menjangka ia akan berterusan tidak kira dalam apa jua kategori pengguna.

Menurut kajian Jon Peddie, pasaran perkakasan permainan video komputer peribadi (PC) di seluruh dunia dianggarkan melebihi AS$20 bilion (RM70 bilion) pada tahun 2008 dan ia dijangka berkembang sehingga lebih daripada AS$34 bilion (RM120 bilion) pada 2012.

Meskipun, khalayak perdana atau pengguna komputer biasa ternyata lebih besar, namun kajian menunjukkan bahawa bilangan pemain permainan video tegar semakin meningkat dan mereka tercari-cari produk-produk yang dapat melonjakkan kepuasan mereka dalam permainan itu.

Siri G dari Logitech dilihat mampu memberikan apa yang mereka inginkan.




TETIKUS laser G9x menawarkan penyelarasan warna lampu LED.



Ia menawarkan aksesori-aksesori permainan video PC bercita rasa mewah yang membantu pemain memperoleh apa yang paling dikehendaki iaitu lebih unsur kawalan.

Dengan legasi Logitech yang terkenal dengan produk-produk inovatif berunsur lebih kawalan pada PC, siri G menawarkan aksesori permainan video PC berteknologi terkini yang direka khusus untuk pemain permainan video.

Walaupun Logitech sering menyerlah dalam aspek teknologi tetapi ia turut menawarkan pemain permainan video fleksibel yang meningkatkan prestasi.

Siri G membariskan aksesori permainan video PC termasuk tetikus, papan kekunci, pembesar suara, set kepala dan roda perlumbaan.

Sebagai contoh, tetikus Logitech menawarkan sistem boleh laras, aneka warna lampu LED, butang-butang yang boleh diprogramkan dan pemegang boleh tukar ganti yang menyerlahkan keselesaan dan kawalan pengguna.




SET kepala G35 dikuasakan oleh teknologi Dolby.


Tetikus laser G9x pula dilengkapi enjin laser gred permainan video yang menawarkan penyelarasan banyak aspek seperti warna lampu LED, sistem bersepadu talaan berat dan USB berkelajuan penuh untuk pemindahan data.

Logitech menawarkan papan kekunci untuk permainan video yang dilengkapi LCD binaan dalam untuk akses kepada informasi dalam permainan, kekunci-kekunci yang diprogramkan sepenuhnya dan kekunci-kekunci mod istimewa yang memudahkan makro kompleks dengan hanya menekan sekali pada satu butang.

Terdapat dua jenis papan kekunci dalam siri G iaitu G19 dan G13. Papan kekunci G19 manawarkan sistem LCD warna GamePanel yang menunjukkan spesifikasi mengenai permainan dan data komunikasi suara menerusi protokol Internet (VoIP).

G13 mempunyai rekaan yang menitikberatkan keselesaan dan peningkatan kawalan. Rekaan konturnya bersesuaian dengan bentuk tangan dan jari.



SIRI G, Logitech mampu memberikan kepuasan pengalaman bermain permainan video.



Set kepala G35 pula dikuasakan oleh teknologi Dolby dan mampu memberikan bunyi yang lebih terperinci, di samping mikrofon pembuang bunyi bising boleh laras.

Logitech mereka siri G untuk para pemain permainan video PC yang mendambakan yang terbaik. Untuk memenuhi kehendak itu, Logitech mendekati komuniti permainan video bagi mengenal pasti ciri inovatif dan piawaian yang begitu diidamkan.

Hasil kajian mendapati, Logitech telah mendedahkan para pemain permainan video kepada sisi kompetitif dan membantu mencipta pengalaman permainan video yang realistik menerusi penawaran produk lebih kuasa dan kawalan.

Tetikus laser G9x dijual pada harga RM359, papan kekunci G19 (RM799), papan kekunci G13 (RM319) dan set kepala G35 (RM539).

No comments:

Popular Posts