Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

29 September 2009

Anggota JPJ dikepung penduduk



MOTOSIKAL milik Hashim remuk selepas terbabit dalam kemalangan dengan
kenderaan JPJ di Simpang Tiga Datuk Kayaman, Lubuk Besar, Padang Besar semalam.

Jika sebelum ini, anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) biasanya dikepung atau dihalang oleh kumpulan tonto, namun lain kisahnya dalam kejadian di Simpang Tiga Datuk Kayaman, Lubuk Besar, dekat sini semalam.

Kali ini, lima anggota JPJ dikepung penduduk kampung yang berang selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki melanggar seorang warga emas yang menaiki motosikal.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, anggota terbabit dikerumuni lebih 15 penduduk kampung yang marah dengan insiden yang mengakibatkan mangsa, Hashim Abdullah, 58, parah di kepala dan badan.

Keadaan tegang membabitkan pertikaman lidah antara penduduk dan anggota JPJ berkenaan sehingga hampir mencetuskan pergaduhan itu bagaimanapun sempat dileraikan oleh anggota polis yang tiba di tempat kejadian.

Menurut salah seorang penduduk, Mat Alim Abdullah, 52, apa yang membangkitkan kemarahan mereka ialah ada di kalangan anggota JPJ terbabit cuba melindungi pemandu yang membawa kenderaan tersebut.

No comments:

Popular Posts