Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

28 September 2009

Buku elektronik PRS-600



DENGAN berat sekitar 280 gram, gajet iniamat sesuai bagi mereka yang pentingkan mobiliti.

JIKA Amazon terkenal dengan Kindle keluarannya, Sony juga tidak kurang popular dengan PRS Reader mereka. Gajet seakan buku yang memaparkan material bacaan dalam bentuk elektronik itu mula mendapat tempat di dalam hati peminat gajet sedunia. Diyakini bakal menggantikan penggunaan buku teks di sekolah tidak berapa lama lagi, pengeluar produk elektronik lain kini turut berlumba-lumba menghasilkan versi mereka sendiri.

Produk terbaru keluaran Sony, PRS-600 mampu memuatkan sehingga 350 buah buku dan memaparkan teks pada skrin berukuran 6 inci yang menggunakan dakwat elektronik berteknologi Vizplex. Ini menyebabkan ia kelihatan seakan dakwat pada halaman bercetak. Gajet itu menyokong format digital 'epub' iaitu format standard seperti MP3 untuk cetakan digital.

e-book yang dimuat turun dari Internet yang biasa dibaca pada komputer kini boleh dibaca terus pada produk terkini keluaran Sony itu.

Perisian Sony yang digunakan pada PRS-600 itu boleh digunakan pada platform Mac dan juga Windows. Selain berfungsi memaparkan material bacaan, ia juga boleh memainkan muzik yang berformat MP3 dan gambar yang menggunakan format JPEG, PNG, GIF dan BMP. Ia turut menyokong perisian seperti Adobe PDF, Microsoft Word, BBeB Book dan fail teks lain. Butang untuk fungsi pembesaran juga memudahkan mereka yang rabun membaca.

Selain mempunyai memori binaan dalam bersaiz 512 MB, pengguna juga boleh menambah ingatan sehingga 380 MB pada slot tambahan untuk Memory Stick PRO Duo dan juga menyokong memori kad SD sehingga 16 Gigabait. Dengan keupayaan untuk menambah ruang ingatan, pengguna tidak perlu risau dengan isu kekurangan ruang storan.


Fungsi freehand membolehkan nota penting pada satu-satu helaian ditanda bagi membolehkan pengguna kembali semula ke helaian yang dikehendaki dengan menggunakan stylus yang didatangkan dengan pemapar teks elektronik itu. Ia seumpama fungsi penanda buku yang biasa digunakan ketika membaca buku bercetak.

Satu lagi ciri penting yang turut didatangkan dengan unit itu adalah kamus. Ia begitu penting untuk merujuk satu-satu makna perkataan berasaskan kamus elektronik edisi kedua The New Oxford American. Ini juga membolehkan pengguna memahami dengan lebih mendalam maksud perkataan tanpa perlu merujuk kamus bercetak atau memerlukan akses Internet bagi merujuk kamus secara talian.


Sony PRS-600 juga menggunakan sambungan USB 2.0 untuk memindahkan data secara dua hala dari komputer ke unit itu dan sebaliknya. Selain itu, pengguna boleh mengecas unit itu melalui sambungan USB tersebut, termasuk menyokong bekalan kuasa elektrik rumah dengan adapter berkuasa 5.2 V.

Dengan berat sekitar 280 gram, gajet itu amat sesuai bagi mereka yang pentingkan mobiliti. Selain itu, jangka hayat bateri membolehkan pengguna membuka sehingga 7,500 muka surat secara berterusan. Dengan kata lain, bateri ion litium yang digunakan pada gajet itu mampu memberikan kuasa berterusan untuk satu tempoh yang panjang sekali gus membolehkan ia dibawa ke mana-mana tanpa perlu dicaj.

No comments:

Popular Posts