Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

06 September 2009

Telefon bimbit solar


SAFARICOM melancarkan telefon bimbit solar di Kenya baru-baru ini.

HADIRNYA dianggap tepat pada masanya memandangkan Kenya kini sedang menderita krisis kekurangan tenaga elektrik. Pelancaran telefon bimbit berkuasa solar oleh syarikat telekomunikasi negara itu, Safaricom bagai mengurangkan sedikit bebanan masalah itu. Telefon bimbit berkuasa solar sepenuhnya itu merupakan yang pertama di Afrika.

Syarikat China, ZTE Corporation dan Safaricom telah bekerjasama untuk mengeluarkan telefon bimbit berkuasa solar itu.

Safaricom secara rasminya mendakwa bahawa telefon bimbit tersebut merupakan telefon berkuasa solar pertama yang dipasarkan di dunia, tetapi syarikat telefon bimbit, Samsung telah mula mengeluarkan model telefon bimbit berkuasa solar di India, tiga bulan lalu.

Berjenama Simu ya Solar, telefon bimbit itu diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula dan mempunyai panel solar binaan dalam yang mengecas bateri menggunakan sinar mentari.

Simu ya Solar yang turut didatangkan dengan pengecas konvensional, dijual di seluruh negara itu pada harga $2,999 Shilling (RM139) dengan waranti selama setahun.

Unsur hijau

Bercakap semasa pelancaran telefon bimbit itu, Ketua Pegawai Eksekutif Safaricom, Michael Joseph berkata, syarikat tersebut amat cenderung untuk menerapkan unsur-unsur hijau dalam bisnes dan produk mereka.


Ia dilengkapi solar binaan dalam.


Pelancaran telefon bimbit solar itu salah satu testimoni membuktikan bahawa syarikat tersebut sensitif kepada isu-isu alam sekitar. Produk itu juga merupakan salah satu komitmen berterusan untuk mewujudkan revolusi hijau.

"Kuasa solar tentunya satu sumber yang patut dirintis kerana ia murah, boleh diperbaharui dan hijau. Telefon bimbit berkuasa solar boleh didapati dengan mudah di bahagian-bahagian pedalaman negara ini yang tidak mempunyai kuasa elektrik dan kawasan-kawasan bandar yang sedang dibangunkan," kata Joseph.

Dikagumi

"Pelanggan-pelanggan kami kini tidak lagi perlu membawa telefon-telefon bimbit mereka ke kedai-kedai tertentu untuk mengecas bateri telefon. Mereka juga tidak perlu menunggu sepanjang hari untuk mengecas penuh bateri bagi membuat panggilan. Sekarang, mereka boleh bercakap sepanjang siang dan malam, tanpa bimbang tentang paras cas dan kos cas," tambahnya.

Jacque Sherry, 28 seorang akauntan di Nairobi telah membeli telefon itu untuk bapanya dan amat mengagumi apa yang ditawarkan teknologi baru itu.

Popular

"Saya boleh katakan kepada anda yang ia amat mengagumkan dan bapa saya amat gembira menggunakannya," kata wanita itu.

"Dia tinggal di kawasan pedalaman dan pernah berjalan begitu jauh hanya untuk mencari tempat bagi mengecas bateri telefon. Kosnya juga mahal. Tetapi kini dengan telefon berkuasa solar yang baru ini, kehidupan menjadi lebih bahagia."

Telefon bimbit itu dijangka akan lebih popular di kawasan-kawasan terpencil di Kenya, di mana tenaga elektrik sukar didapati dan mahal. Bahkan, di kawasan-kawasan bandar juga, banyak keluarga miskin akan dapat manfaatnya apabila tidak perlu lagi membayar kepada pihak ketiga untuk mengecas telefon bimbit mereka.




CAHAYA matahari yang menjadi sumber tenaga solar.


Krisis kekurangan tenaga elektrik berlaku di Kenya berikutan kenaikan permintaan domestik dan kekurangan bekalan tenaga akibat kemarau panjang yang berlarutan. Sedangkan sumber elektrik utama Kenya dijana oleh empangan hidro.

Sherry berkata, telefon bimbit solar itu juga turut menjadi pembantu utama bisnes bapanya sebagai petani kecil-kecilan.

"Dulu, seseorang petani perlu menggunakan telefon orang lain dan telefon itu kemudiannya kehabisan bateri. Lalu, dia tidak dapat jual sayur-sayuran dan melakukan transaksi," katanya. "Tapi, kini dengan telefon bimbit solar ini seseorang itu boleh cakap, cakap dan cakap serta lakukan bisnes dengan lebih lancar," katanya dengan nada gembira.


No comments:

Popular Posts