Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

25 October 2009

BAJET 09: Siapa Yang Ada KAD KREDIT banyak..AWAS..!!!

Menyentuh tentang cadangan Kerajaan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 kepada pemegang utama kad kredit dan RM25 kepada pemegang kad tambahan apa yang yang dinyatakan adalah untuk mengurangkan penggunaan kad kredit dan menghapuskan budaya hidup berhutang.

Namun saya percaya pengenaan caj perkhidmatan ke atas pemegang kad kredit tidak akan menyelesaikan masalah ini.

Malahan ianya akan menambahkan beban kepada pengguna kad kredit, terutamanya daripada mereka dalam golongan berpendapatan rendah.

Sebaliknya pengenaan caj perkhidmatan ini akan menambah kantung Kerajaan. Daripada jumlah sebanyak 2 juta pengguna pada tahun 1997, kini pengguna kad kredit adalah seramai 11 juta orang. Ini bermakna dalam sekelip mata, Kerajaan akan memungut sebanyak RM550 juta (atau RM0.55 billion).

Persoalannya ialah apakah matlamat yang akan dicapai? Apakah gunanya wang kutipan tersebut?

Sekiranya benar tujuan Kerajaan adalah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kad kredit, atau dengan kata lain untuk menghapuskan budaya hidup kredit, maka langkah ayng lebih sesuai dan realistik adalah saperti berikut:

1. Mensyaratkan bahawa kelayakan menjadi pemegang kad kredit hanya untuk mereka yang pendapatan bersih (setelah ditolak liabiliti dan tangungan tetap) adalah 2/3 daripada gaji mereka. Bermakna jika gajinya RM1,500-00, gaji bersihnya ialah RM1,000-00, dengan kelayakan minima pendapatan bersih sebanyak RM1,000-00 sebulan;

Atau sebagai alternatif, mereka yang termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan mengikut kriteria LHDN barulah layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan penggunaan kad kredit;

2. Had maksimum kredit bagi setiap pemegang kad tidak boleh melebihi 1/3 x 6 bulan daripada gaji atau pendapatan mereka. Bermakna kalau gaji atau pendapatan mereka sebanyak RM1,500-00, maka had kredit mereka adalah RM500-00 x 6 bulan iaitu RM3000-00;

3. Bagi mereka yang memiliki lebih daripada satu kad kredit, tiap tambahan kad kredit hendaklah dikenakan caj perkhidmatan RM50-00, dan tambahan berikutnya dikenakan tambahan caj perkhidmatan RM25-00 tiap kad.

Saya percaya pendekatan begini lebih realistik, praktikal dan mesra-pengguna  dan di  harapkan  cadangan mengenakan caj perkhidmatan RM50-00 bagi pemegang kad kredit di kaji semula  dan mengambil pendekatan lain jika benar tujuannya adalah untuk menangani budaya hidup-kredit.

No comments:

Popular Posts