Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

28 October 2009

Cerpen : Saat Cinta Bersemi

Bintang-bintang yang berkelipan bagaikan mengerti lara hatiku.Mungkin inilah yang harus ku terima setelah engkau tahu aku hanya ingin mempermainkan perasaanmu. Ya, mungkin inilah akibatnya jika aku meletakkan harga sebuah cinta pada satu pertaruhan. Pertaruhan yang bagaikan membunuhku. Tapi dengarlah isi hatiku dulu sayang, aku amat mencintaimu dan aku tahu aku khilaf kerana lambat menyedari hakikat itu. Masihkah ada peluang untukku membina mahligai kasih denganmu? Andai dapat aku undurkan masa. Akan aku hargai kasih yang tercipta.


"Assalamualaikum Liza, boleh Is duduk kat sini, semua tempat duduk dah penuh. Di sini je yang kosong," jelas Iskandar bersungguh-sungguh. Dia tahu,dirinya hanyalah pelajar biasa jika di bandingkan dengan Liza.

Liza , anak Tan Sri Hashim, merupakan pelajar paling popular di kolej dek kerana perwatakan yang mempesona dan menarik. Ramai lelaki yang ingin mendekatinya tetapi hanya mampu memandang bayangannya.

Hati Iskandar berdetik, "Kalaulah aku mampu memiliki Liza, alangkah indahnya dunia."

"Jap… jap… jap…. Ingat I peduli ke? I yang duduk dulu kat sini. Jadi tempat ni I yang punya la. Ada hati nak duduk kat sini. Sedar la diri tu sikit. Ada hati nak duduk sebelah I" tempelak Liza sinis.

Hati Iskandar tibe-tiba menjadi sayu. Sedih. Dirinya di herdik sedangkan niatnya hanya ikhlas.

"Maaf Liza, Is sedar diri Is siapa jika dibandingkan dengan Liza" tutur Iskandar lemah sebelum melangkah pergi.

"Oit Liza, tak baik ko buat Is macam tu" tegur Sarah.

"Eh, eh, eh… yang ko bela dia tu apasal r. Entah- entah ko ada hati ngan dia tak?" kata Liza sinis.

"Ke situ pulak. Si Shahrul tu aku nak letak mana" soal Sarah seperti tidak puas hati dengan kata-kata yang di tuturkan oleh Liza.

"Janganlah marah, aku mintak maaf k…" pujuk Liza

"Liza, ko tak nak try ke si Iskandar tu. Aku dengar cerita, dia pelajar paling cemerlang kat kolej ni, dan yang paling penting, ramai girls suka kat dia tapi satu pun dia tak layan" kata Sarah bersungguh-sungguh.

"Entah-entah dia tu gay kot?" kata Liza sambil tersenyum.

"Aku pun rasa gitu gak. Hehehe"

"Aik, tadi bukan main lagi promote si Is tu kat aku, sekarang kutuk dia plak"

"Hehehe… tadi tu iklan jap" balas Sarah perlahan.

"Tengok tu, " kata Liza sambil menunjukkan ke arah Shahrul.

"Hai baby, rindu la kat baby" kata Shahrul manja.


"Yuckkkkkkkkkkk….Geli la" rungut Liza.

"Baby, pedulikan apa yang Liza cakap. Liza tu sebenarnya jelous kat kita. Dia kan tak da boy lagi" sindir Shahrul.

Sebenarnya, dalam diam Shahrul meminati Liza, tapi dia tak pernah pun melayan. Untuk menyakitkan hati Liza, Shahrul mendekati Sarah. Namun, usahanya sia-sia. Liza hanya menganggapnya seperti boneka. Ini menimbulkan rasa sakit hati Shahrul terhadap Liza.


"Ewah-ewah, mulut tu jaga sikit, kalau aku nak, petik jari je" kata Liza bangga.

"Ok, kita bertaruh. Kalu ko boleh dapatkan Iskandar dalam masa sebulan aku memang akui ko ni hebat, tapi dengan syaratlah..Ko kena putuskan hubungan kalian depan kita orang, Amacam, setuju, kalau ko berjaya, RM10,000 milik ko? Offer Shahrul


"Deal, tapi ko jangan menyesal dah la. Sarah, kali ni ko jadi saksi kitaorang" kata Liza tegas.

"Tp…"

"No tapi-tapi" kata Shahrul dan Liza serentak.

Sedari tadi, Sarah hanya terlopong mendengar pertaruhan mereka. Dia takut permainan yang dicipta akan menjerat Liza sendiri. Apakan daya, contract already exist between them.



"Apa aku nak buat ni r. aku tak boleh kalah. Kalau tak, jatuh popularity aku" omel Liza sendirian.

Setelah berbagai-bagai cara difikirkan sesuai dalam usaha untuk melaksanakan misinya, akhirnya Liza tersenyum.

"yesssssss… aku dah dapat" kata Liza girang.


Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, Liza terus melangkah ke kelas Iskandar. Hatinya berbunga riang. Sudah pasti Iskandar akan jatuh ke pangkuannya. Sesiapa yang melihat dirinya kini, tidak akan ada perkatan TIDAK yang terkeluar dari mulut sesiapapun especially lelaki.


"Fulamakkkkkkkk… cantiknya Liza. Mimpi apa pulak Liza pakai baju kurung hari ni. Hari ni baru hari rabu. Kalau hari jumaat boleh di terima la" tutur Hafiz seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

"Mana ada cantiknya, buta ke? Aku tengok macam biasa je" kata Shahrul menafikan kata-kata Hafiz. Dalam hatinya, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa cantiknya Liza. Ingin sahaja dipeluk dan dicium Liza sekarang juga.

"Dah.. dah..dah…jom masuk kelas. Dah lambat ni" tegur Shahrul yang tidak menyenangi pandangan Hafiz terhadap Liza sebentar tadi.

"yela.. yela…"



"Assalamualaikum Is. Boleh Liza cakap ngan Is jap" tutur Liza lembut.

"Waalaikummussalam" jawab Iskandar sambil matanya tidak berkelip memandang Liza.

"Is, ada apa yang tak kena dengan Liza ni, sampai Is tengok Liza macam tu?" soal Liza berpura-pura. Dalam hatinya berbunga riang. Iskandar sudah terpaut dengan dirinya.

"Nothing" jawab Iskandar ringkas, menutup kegugupannya di depan Liza.

"Actually, Liza nak minta maaf pasal hari tu. Liza tahu Liza biadap, angkuh dengan Is. Liza dah malukan Is. Liza minta maaf sangat-sangat" tutur Liza perlahan.

"Is yang salah. Is sedar diri Is siapa jika nak dibandingkan dengn Liza"

"A’a… tak nak maafkan Liza la tu" seloroh Liza.

"Is dah lama maafkan Liza" jawab Iskandar perlahan.

"Friend" soal Liza sambil tangannya dihulurkan tanda salam perkenalan

"Friend too, tapi kita tak boleh salam. Bukan mukhrim" tutur Iskandar lembut.

Entah kenapa, tiba-tiba hati Liza berdengup kencang……


Sejak salam perkenalan dihulurkan, hubungan Iskandar dan Liza bagaikan merpati dua sejoli. Ke mana sahaja tempat yang di tuju, mesti bersama-sama.

Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati Shahrul terhadap Iskandar.

"Tak guna punya Iskandar, berani ko rampas Liza dari aku. Ko ingat Liza tu suka ke kat ko…Jagalah ko Liza, kalau aku tak dapat ko, orang lain pun tak akan dapat.." kata Shahrul geram sambil otaknya ligat berfikir. Sejurus selepas itu, tiba-tiba Shahrul tersenyum.

TUT… TUT….TUT…

Deringan telefon mengejutkan Iskandar dari tidur. Dengan perlahan, Iskandar menjawab panggilan telefon walaupun rasa mengantuk masih berbaki dalam dirinya..

"Hello, boleh I cakap dengan Iskandar" kata Shahrul kasar.

"Assalamualaikum, saya sendiri"

Ewah-ewah… nak tunjuk alim la pulak. Boleh jalan la….getus Shahrul geram.

"Eh, aku takde masa la nak layan ko ni.Ingat aku hadap ke nak telefon ko. Aku cuma nak bagitau something je. Mesti ko suka…hahahaha…"

‘Astagfirullah Al-azim"

"Dah..dah..dah…Aku cuma nak bagi tahu ko yang Liza tu sebenarnya hanya main-mainkan ko je. Dia tak pernah serius pun. Actually, Liza dengan aku dah buat pertaruhan. Untuk membuktikan dia tu paling popular, aku cabar dia untuk dapatkan ko dalam masa sebulan. Tak sangka plak aku, tak sampai pun sebulan, ko da cair dengan dia. Hebat ko Liza…Sedarlah diri ko tu Iskandar. Liza tu tak sesuai pun dengan ko. Bagai langit dengan bumi….hahahahahaha……. "

"Engkau ni sapa hah nak buruk-burukkan orang. Aku tak percaya Liza sanggup buat macam tu".

"Hahaha…tak percaya sudah. Aku just nak ingatkan ko je. Kalau ko perlukan bukti, ko ekorilah Liza esok. Setiap kali Liza jumpa aku, dia mesti peluk aku. Bukan setakat peluk, macam-macam lagi aku dan Liza dah buat. Ko lelaki, faham faham je la" ketawa yang ditahan sedari tadi akhirnya meledak..

Serentak dengan itu, talian dimatikan….

Bagaikan belati menusuk jiwa, hati Iskandar tiba-tiba menangis Walaupun perkenalan mereka singkat, Iskandar sudah mencintai Liza seluruh jiwa dan raganya.

"Sampai hati Liza buat Is macam ni" keluh Iskandar sayu.


Kedamaian malam sedikit pun tidak dapat mententeramkan hati Liza yang lara.

"Is, maafkan Liza. Liza tahu Liza salah. Liza takda niat pun nak main-mainkan perasaan Is. I love u very much. And I don’t know why I Love U" rintih Liza pilu.

"Aku harus berterus-terang dengan Is. Aku tak sanggup kehilangan dia. Biarlah Is benci aku lebih baik dia tahu dari mulutku sendiri daripada dia dapat tahu daripada orang lain." Tekad Liza



Entah mengapa, hari ini Liza merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sejak dari tadi, hatinya berdebar-debar.
"Ah, perasaan aku je" kata Liza menafikan perasaannya. Baik aku pergi library.

Pada masa yang sama, Liza terasa dirinya diperhatikan. Hatinya diulit kegusaran.
Dengan langkah tergesa-gesa, Liza segera menuju ke library.

Hatinya tidak putus-putus berdoa agar dirinya dilindungi. Tiba-tiba Liza terasa bahunya di pegang. Liza pantas menoleh.

"Eh Liza, ko ni kenapa?" tegur Shahrul.

"Ya Allah, ko rupanya Shahrul. Aku ingatkan sapa tadi. Apasal ko cari aku ni" soal Liza

"Liza, aku harap ko bersabar lepas dengar berita ni"

Ada apa ni Shahrul. Berita apa ni?" soal Liza bertalu-talu, hatinya mula diulit keresahan.

"Sarah , Liza, Sarah accident" bohong Shahrul.

"Hahaha… padan muka ko Liza. Lepas ni ko tahu la nasib ko."

"Betul ke Shahrul? Sarah kat mana sekarang ni. beritahu aku cepat Shahrul"

Air mata Liza akhirnya tumpah. Dengan spontan, Liza memeluk Shahrul.

Hati Shahrul berbunga riang.
"Yes… akhirnya terlaksana jugak misi aku…hahahaha. Rasakan ko Liza. Sombong sangat dengan aku kan. Ni baru sikit. Jap lagi tahulah nasib ko"… omel Shahrul dalam hati.

Dengan nada yang berpura-pura sedih, Shahrul menunjukan rasa bertanggunggjawabnya terhadap Sarah.
"Aku nak ke hospital sekarang. Mesti sarah perlukan kita. Jom la sekali" pelawa Shahrul sambil tersenyum dalam hati. Akhirnya impian untuk memiliki Liza tercapai.

"Tak dapat dengan cara baik, cara halus pun apa salahnya" desis Shahrul dalam hati.


Dalam masa yang sama, drama yang di buat oleh Shahrul di tonton oleh Iskandar dan Sarah. Selepas melihat kebenaran yang bukan kebenarannya, Iskandar terus melangkah pergi. Namun tidak bagi Sarah. Dia tahu, sebenarnya Shahrul mempunyai niat yang tidak baik terhadap Liza. Sejak beberapa hari yang lalu Sarah dapat mengesan perubahan Shahrul taktala Liza meluahkan perasaannya yang sebenar terhadap Iskandar. Untuk membuktikan semua andaian yang di buat adalah betul, Sarah mengambil keputusa untuk mengekori Shahrul. Dengan kerjasama Hafiz, roommate Shahrul, akhirnya kebenaran terbukti. Walaupun cemburu, tapi demi kawan, dia sanggup ketepikan segala-galanya.


"Shahrul, aku rasa jalan menuju ke hospital kat sana. Ko salah jalan ni. aku takutlah. Sunyi je tempat ni" luah Liza perlahan.


"Jangan banyak songeh boleh????????, Kata nak cepat. Ko ape tahu!!!!!!! Tengking Shahrul.
Liza diulit kegelisahan dengan kelakuan Shahrul.

"Erm….Lagipun kalau ko nak tahu, ini lah jalan short cut menuju ke syurga kita.. Betul tak sayangggggggg.. hahahaha… " kata shahrul sambil ketawa.

Serentak dengan itu, tangan liza ditarik ke semak. Tubuhnya ditolak kasar.

"Apa ni shahrul, ko jangan nak buat yang bukan-bukan, kalu tak…….."

Kalau tak apa???????.. ko nak jerit,…. jeritlah. Hanya kita berdua je kat sini. Tak akan ada seorang pun yang dapat tolong ko… hahahaha"

"Binatang ko shahrul, kenapa ko buat aku macam ni…tolong…tolonglah Shahrul… Jangan layan aku macam ni.." rayu Liza…

"Oooo… baru sekarang ko nak merayu.. too late baby"

(Dengan muka yang menggoda)… "Ala,,,,,sini sayang… janganlah kasar sangat. Nanti abang paksa sayang.. abang dah lama tunggu saat macam ni, berdua dengan baby…Nak sayang baby….abang dah tak sabar nak peluk baby, nak kiss baby…"

Liza hanya mampu menangis. Menangis melihat kelakuan Shahrul yang bagaikan dirasuk. Wajahnya rakus. Mindanya bagaikan dikuasai nafsu yang memuncak. Satu persatu pakaiannya direntap kasar. Tubuh Liza tidah ubah seperti patung yang tidak bernyawa. Dijadikan alat pemuas nafsu hanya semata-mata untuk membalas dendam kerana cintanya ditolak.Hatinya hanya mampu merintih… "Ya Allah….hinakah diriku Ya Allah??????? Aku mohon Ya Allah…Engkau selamatkan aku"

"Binatang ko Shahrul" sergah Sarah tiba-tiba. Segala kekuatan dikumpul.
Serentak dengan itu. Tubuh Shahrul di tikam berkali-kali. Kelakuan Sarah bagaikan bukan dirinya sendiri. Api kemarahan mula menguasai dirinya.

"Liza, maafkan aku.. aku lambat" tutur Sarah kesal. Kalaulah dia cepat, semuanya masih dapat diselamatkan. Harga diri Liza dapat dipertahankan.

"Aku dah kotor Sarah…Tak kan ada lelaki yang dapat terima aku.. aku hina.. Sarah" rintih Liza perlahan…
"Ko tak salah.. bukan salah ko…".pujuk Sarah lembut.


"Aku tak sanggup nak hidup Sarah, aku malu"

"Dah..dah..jangan cakap lagi Liza. Yang pasti sekarang, kita buat laporan polis." Kata Sarah lembut. Hatinya menangis melihat penderitaan yang ditanggung Liza.

"Aku akan bersama ko Liza, tak kira susah mahupun senang. Ko kawan aku" detik hati Sarah.


Sebelum melangkah pergi, Liza sempat menoleh ke arah Shahrul yang kaku. Hatinya menjerit "Aku tak akan lupakan muka perosak macam ko, shahrulllll"


Selepas seminggu kejadian hitam yang menimpa Liza, akahirnya Liza mengambil keputusan untuk berhijrah ke Sydney.

"Sarah, lusa aku akan berangkat ke rumah atuk" kata Liza sambil tersenyum paksa.

"Betul ke apa yang ko buat ni Liza" soal Sarah.

"Aku buntu Sarah. Lagipun dah tak ada gunanya aku kat sini. Semuanya hancur. Iskandar dah tinggalkan aku Dia dah tahu aku hanya permainkan dia. Mungkin inilah balasannya kan, " tutur Liza lemah.

"Liza, aku tahu, ko cintakan dia kan"

"Cinta!!!!!!!, dah tak ada gunanya. Aku sedar, aku tak layak untuk mana-mana lelaki. Aku jijik" keluh Liza perlahan.

Sarah hanya mampu berdoa. Kalau itulah keputusan Liza, dia akur walaupun sukar untuk melepaskan kawannya pergi. Kalaulah masa dapat di undur……


"Sarah, aku haus la. Aku nak beli air jap. Ko tolong jaga barang aku’ pinta Liza.
"Ko ni kan, ngada-ngada betul, cepat la sikit, flight ko jap lagi kan?" soal Sarah.
"Ye lah mak cik" kata Liza sambil tersenyum manja.
Hati Sarah gembira melihat perubahan Liza. Mungkin inilah yang terbaik… Dan…

"Akak..akak.. ada surat untuk kakak" kata seorang budak perempuan sambil tangannya menghulurkan sampul biru kepadanya.

Belum sempat Liza bertanya dari siapa, budak perempuan yang menegurnya pantas belari menuju ke arah seseorang…

"Budak.. budak…." Omel Liza perlahan.

"Erm.. apa agaknya, ada lagi orang yang masih hantar surat zaman sekarang ni. kalau yer pun, bagilah email ke, sms ke, telefon ke" bebel Liza sendirian. Sebenarnya, entah kenapa hatinya terusik taktala melihat surat tersebut.

"Baik aku buka sekarang, kalau tak tentu kecoh kalau Sarah dapat tahu" omel hatinya.


"Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah kalah jika kamu masih mampu melakukan. Jangan sesekali kamu menafikan cinta yang masih bersemi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan jika mencintai seseorang dalam diam.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu."


Yang tulus ikhlas mencintaimu


ISKANDAR



Seusai membaca kandungan yang dicoretkan, air mata liza mengalir. Masihkah ada cinta untuk aku Is. Hatinya berbicara.

Hati Liza berdebar-debar taktala Iskandar muncul di hadapannya.

"Sampai hati Liza nak tinggalkan Is. Liza tak sayang Is ke?" soal Iskandar sayu.

"Tapi…."


"Tak ada tapi-tapi… ingat Is kejam sangat ke? Kalaulah Sarah tak ceritakan hal yng sebenarnya, mungkin Is akan menyesal seumur hidup. Is sanggup terima Liza seadanya asalkan Liza cintakan Is setulus hati Liza. I love U so much" luah Iskandar lembut.
Sinar keikhlasan terpancar di mata Iskandar taktala Iskandar menuturkan isi hatinya.

Belum sempat Liza berkata-kata, Iskandar lantas memeluk liza lembut sambil bibirnya tidak putus-putus membisikkan khalimah cinta di telinga Liza. Walaupun perlahan, ianya amat bermakna buat Liza.

"Hmmm…hmmmm… seronoknya dia berrmadu kasih di tengah-tengah khalayak ni. kalau ya pun dah tak sabar, tunggulah selamat dulu" seloroh Sarah perlahan.

Biarlah..jelous ke????" kata Liza spontan lantas memeluk Sarah.
"Thanks Sarah" tutur Liza lembut

"Welcome. Apa yang Sarah nak adalah melihat Liza bahagia. Tak akan ada lagi air mata dalam hidup Liza"
"Is, aku nak ko janji dengan aku, ko akan jaga Liza macam ko sayangkan diri ko sendiri. Cintailah dia apa adanya" pesan Sarah.

"Aku janji Sarah. Aku akan mencintai Liza seumur hidup aku. Tak ada wanita lain yang bertakhta di hati aku selain Liza" ikrar Iskandar.

"Dah..dah..dah…Liza.. aku rasa waktu ko naik pesawat da sampai.. apa tunggu lagi.. nak aku tolong angkatkan barang?" Kata Sarah seakan-akan memperli….

"Erm….. tak jadi la aku berangkat.. nanti boy aku ko kebas lak kalu aku takde" seloroh Liza sambil mencubit pipi Sarah

"Wait..wait… mmmmmm… tapi apa salahnya bermadu kan. Lelaki sekarang kan makin kurang. Nanti ramai pulak andartu." Sampuk Iskandar spontan.

"Iskandarrrrrr"

Serentak dengan itu, Liza dan Sarah meledakkan ketawa masing-masing. Masing-masing memanjatkan kesyukuran di atas kebahagian yang mereka miliki.

"Thanks Sarah, aku harap ko akan temui kebahagian yang ko impikan. Dan ini janji aku, aku akan hargai persahabatan kita sampai akhir hayat aku…" detik hati Liza perlahan.

No comments:

Popular Posts