Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

28 October 2009

Cerpen : Teka-teki terakhir

"Alah Pak su nie,soalan macam tue pun tak boleh jawab..
Cikgu Qiha kat sekolah Ain tue semua teka teki dia dapat jawab tau..
Pak su nie,satu apa pun tak tahu..Tak bestlah main dengan Pak su.."

Ain,anak saudaranya yang sedang belajar di Tabika itu begitu petah berkata-kata memarahinya..Muncung di tarik,tidak puas hati dengan Pak Sunya yang tidak pandai bermain teka-teki..Tidak seperti cikgunya di Tabika yang tahu dan boleh menjawab semua teka-tekia malah cikgunya jugak punya koleksi teka teki yang banyak..

"Alolo Ain..Merajuk ya..Nantila..Balik dari sekolah kita main lagi K..Dah cepat,Bas sekolah dah sampai tue..Nanti kirim salam ngan cikgu Qiha tue ye.."Lemah lembut dia memujuk Ain yang sudah merajuk..Bimbang rajuk Ain berpanjangan dan tidak ingin ke sekolah..Satu masalah baru pulak..

"Bye Pak Su..Nanti jangan lupa ambik kat sekolah pukul 12 tau.."

Ain,keletahnya buat aku teringatkan seseorang..Seseorang yang sangat suka bermain teka-teki..

Aniq Zahin mengeluh..Sudah 8 tahun berlalu dan dia masih belum mampu mencari jawapan untuk teka-teki terakhir itu..Dia buntu..Namun sekalipun dia berjaya mendapat jawapan,kepada siapa harus di beritahu..??C pemberi teka-teki sudah pergi jauh..Tak tahu ada di mana..
Aniq Zahin mengeluh lagi…Kalau saja aku tidak buat pilihan yang salah dulu…


"Kau lambat.."
"Alah,considerlah sikit..Aku buat amal tadi,sebab tue aku lambat.."

Muka di comelkan..Berharap simpati si pengawas agar dia di lepaskan..Alah,bukan lambat sangat pun..Cuma lewat,erk…10 minit..Kira okey lagi tue..

"Takde2..Aku nak tulis jugak nama kau..No excuse.."

Ingat buat muka comel macam tue,aku tergoda..??
Nie pengawas berkaliber,tak main rasuah2..Bersih lagi amanah..

"Kenapa kau lambat..??tue la,tengok TV sampai pagi..Sebagai seorang pelajar,kau seharusnya tau macam mana nak bahagikan masa kau,antara benda penting dan yang…"

Dah start dah..Nie yang aku malas jumpa budak nie awal2 pagi..Mula ar ceramah "Saya Seorang Pelajar Berdisiplin"..Maunya sampai habis perhimpunan kami di sini..Harus di hentikan,sebelum telinga aku berdarah..Buat bazir erythrocyte aku je..Derma kat spital lagi bagus,ada jugak kredit kat akhirat kelak..

"Sudah2..Aku dah insaf dah..Sekarang boleh aku pergi.?"
Harus selamatkan diri..Tidak rela aku sengal bersamanya..Aku belum menikah lagi..Huhuhuhu..

"Insaf konon..Nanti esok kau buat jugak..Nie dah kali ke3 kau datang lambat,3 hari berturut tau..Hari pertama lambat,alasan kau bagi kasut kau di curi tikus..Semalam kau cakap kau tolong kucing beranak,
Hari nie apa pulak alasan kau..??"Setiap hari lambat,ada je alasan dia..Kalu otak geliga batu aku nie boleh terima tak pe jugak..Nie,auta semata..Langsung tak boleh di gunapakai,tak gunapakai dan buang adalah..
"Cayala..Tabik kat kau..Aku pun dah lupa alasan2 aku yang lepas..Kiranya,2 alasan tadi tak boleh guna ar..??"Ceh..Baru nak guna alasan tolong kucing beranak tue..Nasib baik tak kantoi..

"Macam mana tak ingat,muka kau je hari2 lambat.."Dahlah lambat,loyar buruk lagi..

"A’elek..Muka aku je lambat..
Badan,kaki,tangan,organ2,sel2 nucleus aku suma tak lambat kan..??Tue pun nak kecoh..Baru muka yang lambat,belum lagi kaki tangan,hati dan perasaan aku.."
Agak2,kalu aku lempang sekali minah nie boleh tak..??BENGANG..!!!

"Hahahahah"Muka dia merah..mesti dia marah..
Ada aku kisah sekalipun dia marah..??Ya betul,aku memang tak kisah dan tak akan kisah..

"Kau pegi masuk kelas ar..Bengang aku dengan kau nie tau.."
Kalu hari-hari macam nie,maunya bukan setakat hypertension,segala jenis penyakit disorder aku dapat..

"Jangan marah Aniq..Nanti cepat tua.."
Wakakakak..Puas hati..Even nanti kena denda pun,takde lah bengang sangat..Alah,denda dia pun apanya sangat,lagi2 kalu Aniq pengawas yang bertugas jaga aku..Silap2,aku yang jaga dia..

"Banyaklah tua kau..Habis sekolah,tunggu aku depan kelas 5 Sains 3..
Hari nie kelas tahanan kau kat sana..Jangan lambat.."

"Baik bossss..!!"
Tabik hormat di beri,kaki pantas melangkah pergi..Well,aku tak kisah kena denda,even kena kelas tahanan sepanjang 2 jam dengan kerja yang belambak..Sebab apa..??Sebab itu satu extra mark buat aku..Bonus beb..Boleh dating ngan Aniq..Aniq Zahin si pujaan hatiku..Kuikuikui

"Luna,jangn lambat..!!Kalu tak, aku tambah denda kau.."
Budak nie bukan boleh percaya sangat..Aku dah tunggu setengah jam baru dia muncul..Tanpa perasaan bersalah langsung..Macam aku pulak yang kena kelas tahanan..

Luna tidak menoleh..Sekadar mangangkat tangan dan melambai ke belakang..Tanda yang dia mendengar amaran Aniq..Dengar je,buatnya tak..Hahahahahah…

Aniq geleng kepala..Luna Faqiha,bila ar kau nak jadi matang nie..??



Kelas tahanan di kelas 5 Sains 3..

Aniq bengang..Luna suda lewat 15 minit..Siapa yang kena kelas tahanan nie,aku ke dia..??
Aku pulak yang kena tunggu dia..Melampau tol minah nie..

"Hai A..Lien..!!!bila masa kau tukar jadi alien nie..Gerunnya tengok muka kau.."

Mukanya merah nasib baik tak hijau macam shreek,hidungnya kembang kempis sebijik macam Kingkong yang dalam cerita Kingkong 2,memang pun dalam cerita Kingkong takkan kingkong masuk dalam cerita Romeo and Julie kot..Luna2..Renungannya tajam macam mata basilik yang tengah tengok Harry Potter time dalam terowong tue..Menakutkan..Aku gerun..
AKU telan air liur..Aniq sunnguh menakutkan..Tiba-tiba…

"Hahahahah…"Dia gelak..??Mental punya budak..
"Cuak jugak kau erk..Tue lah,berani lagi kau datang lambat.."

Hahahahah..Lawak aku tengok Luna..Cuak semacam..Muka dia pucat biarpun tak sepucat muka Voldemort..Kiranya aku berjaya buat dia gemantar sekejap..

"Cis..Aku tak takut pun..Aku takut-takut berani je.."

Hahahaha..Anda kenal ayat nie..??Ya,itu ayat Nabil Raja Lawak..Mereka yang berjaya jawab mendapat hadiah senyuman dariku..Ada sesiapa yang berjaya jawab..??Ceh,suma yang angkat tangan tadi dah hilang..Apa senyuman aku tidak lawa..??Nanti aku balik rumah,tempek bedak banyak2 biar lawaaa..Huhuhu,oh no aku dah melalut..Back to the story..

"Takut takut berani konon..Aku tengok kau dah terlebih takut.."
"Whatever..So,apa kita nak buat nie..??"jangan di layan nanti dia pun ikut sama melalut macam aku..Nanti sudahnya,kami berdua hanyut di laut..Wah,ada rima..Boleh jadi penulis lirik aku nie..Kuikuikui

"Excuse me..Correction ok,bukan KITA..Tapi KAU seorang.."
"Eleh,nak minta tolong sikit pun tak boleh..Yela2,so apa AKU kena buat hari nie..??"
Perkataan AKU di tekannya..Sakit hati,tue pun nak berkira ngan aku..

"Baru betul..Nie kerja kau..Susun ikut muka surat,lepas tue kau stapler
baru hantar kat bilik guru letak atas meja Puan Haida.."

"Mak oi,banyaknya..Nie bukan kelas tahanan dah tapi kelas buli.."
Banyak siot..Ada 1,2,3,4,5,6,7,8 helai kertas aku kena susun dan di klipkan kemudian aku kena angkut semua benda alah nie pegi bilik guru.??Macam tak percaya aku di buli oleh cikgu..Oh My..Aku insaf,taknak datang sekolah lambat lagi..

"Dah,jangan merungut..Cepat buat,cepat siap,cepat kita balik..
Tue lah siapa suruh kau datang lambat..Lain kali peluk kasut tue time tidur biar tikus tak curi..Tak payah jadi baik nak beranakkan kucing,tak pasal-pasal kucing tue mati..Kau bukan ada lessen doctor..Ciri-ciri doctor pun tak ada..Mengada..Dengan aku sekali lambat pulang rumah.."

Panjang kuthbah rabu Aniq hari nie..Huhuhu.. Nak buat macam mana lagi benda dah jadi,nak buat bodoh pun macam dah cukup bodoh kot jadi janganlah di tambah lagi kebodohanku tue,so sengih jelah..Salah aku..Sori Aniq…

"Dah,cepat buat kerja tue..Balik nanti aku belanja kau cendol kat warung Mak Intan tue.."

"Baik bosssss..!!"Hehehehehe…Dah tau kenapa aku tangkap cintan cintun ngan Aniq..??Sebab dia tak pernah marah aku lebih dari 5 minit..Bukan sebab cendol tue tau..

Kerja hampir selesai..Tangan aku pun dah penat..Dalam kata bukan "KITA" tapi "KAU" tadi tue,Aniq tetap tolong aku..Kuikuikui..Makin sayang aku kat budak Aniq nie..Tapi yang tak bestnya,dia senyap je..Over concentrate dari aku buat kerja..Aku sepi,aku sendiri,aku benci..!!!Aku harus buat sesuatu..Idea2..Datanglah padaku…Huhuhuhu…Hah..!!Datang pun..

"Aku ada teka tek..i"
"Teka-teki.?"
"Yup.."
"Teka-teki apa.?"
"Dengar baik2 ar..No pardon-pardon.."Bagi warning awal-awal..Hehehe..
"Yela2..Ha,apa teka tekinya..?"Ceh semangat aku pas kena sindir..
"Kalau kapal layar belayar pegi barat,asapnya pegi mana.?"

Dia kerut kening..Perah otak cari jawapan..Kalu ke barat,mestilah asapnya pergi timur..Arah bertentangan..Ceh,soalan budak tadika..Senang sangat..

"Nie kau panggil teka teki..??tak mencabar langsung.."Angkuh..
"Ceh,belagaknya..Kalu senang,apa jawapannya..??"Jeng jeng jeng..Kita tengok siapa yang kena..
"Mestilah pegi timur..Arah bertentatangan.."Bangga siot..Lubang hidung lebar 4 inci..
"wakakakakkk…!!!!"Dia gelak kuak lentang..Terguling-guling..
"Tue kau cakap jawapan..??Napa aku rasa lawak sangat.."Aku sambung gelak lagi..
"Habis tue..??Apa jawapannya..??"Lah..Jawapan salah ke..
"Oi ngok..!!Kapal layar mana ada asap..Dia guna layar,bukan guna enjin.."Aku sambung gelak lagi..Bengap tahap cipan nak terkucil kawan aku nie..Tadi berlagak sangat..
"Erk eleh.."Akhirnya,dia pun turut sama gelak..Memikirkan kebodohan sendiri..Aniq pandang muka Luna yang gelak tak ingat dunia..Cis,terkena aku..

Dan petang itu,Luna menghabiskan 3 mangkuk cendol di gerai Mak Intan..Mereka bercerita,berteka-teki dan bergelak ketawa seolah dunia ini hanya ada mereka berdua..Ya,hanya mereka berdua..Hanya Aniq Zahin dan Luna Faqiha yang ada..



Bunyi mesej masuk ke peti inbox menarik perhatian Luna..Adui,siapalah batman laki batwoman yang kacau aku nie..Tak reti-reti nak tido ke..Di pandang jam di atas meja,pukul 1am..Buku latihan kimia di tinggalkan,handphone di atas katil di capai..1 mesej received..Butang hijau di tekan..

Aniq_zahin : watpe..??Nak kaco bley.?
Luna_faqiha : ceh,dah kaco br minta izin..:p
Aniq_zahin : nak call bley.?

Belum sempat Luna membalas mesej Aniq,lagu fire burning sudah berkumandang di handsetnya menandakan ada panggilan masuk..Aniq..!!Tak menyempat budak nie..Baik tak minta permission tadi..

"Ha.!!nak apa.?"

"Amboi,garangnya dia.."Aniq gelak di hujung talian..

"Aku tak bagi permission lagi kau dah call..Mana aku tak garang.."

"A’elek tapi kau angkat jugak.."

"Dah kau call,aku angkatlah..Kesian pulak aku kat orang yang tengah rindu-rinduan kat sana tue.."

"Rindu-rinduan.??Sapa tengah rindu sapa nie..??"

"Kaulah..Malam-malam kacau orang..Aku report kat mak kang.."

"Repotlah..Tak kisah.."

"Ada aku cakap kau kisah..??"

"Ada aku cakap aku kisah yang kau tak kisah..??"

"Ada aku cakap aku kisah yang kau tak kisah aku kisah..??

"Ada aku cakap aku kisah yang kau tak kisah aku kisah yang kau tak kisah..??"

"Oi dah ar..Tekanan…!!!!"Merepek jak mamat nie..Lama- lama cakap ngan budak nie boleh Kondem BM aku..Kisah ,berkisah,alkisah ke apakah apa aku peduli..

"Hahahaha..That loser angry.."Kan dah kalah..Dendamku terbalas..Cececece…

"Kau lah loser..Nak apa sebenarnya nie..??Kacau orang buat kerja je.."

"Nak kaulah.."Gulp..!!!Nak kau..???menas nak aku lah tue…erk,dia suka kat aku ke.??

"Loser,are u still there..??"tetiba hilang..Takkan pengsan kot dengar aku cakap macam tue..

"Don’t call me loser..Or I will bomb your home.."
Ceh,beranilah sangat..Main bunga api pun takut-takut berani,niekan pulak pegang bomb..

"Ok je..I will give you 5 seconds to bomb my home..1,2,3,4,5..Time up..
See,that I just say u are LOSER..??"
Hahahahahaha..Agak-agak macam manalah muka si Luna tue sekarang..
Kalau si Luna tue watak cartoon Disney mesti dah keluar asap dari kedua lubang telinganya..Macam asap yang kuar dari gerombong asap kapal tue..Oppss..bukan kapal layar k,kapal layar jangn sebut,sensitif..

"Arghhhh…!!!Hei Voldemort..??Kau nak apa nie..??"
Sakitnya hati aku..Nie mesti kes balas dendam pasal aku gelakkan dia tempoh hari pasal kapal layar tue..

"Lah,kan aku dah cakap aku nak kau tadi.."Bukan dah cakap dengan jelas ke tadi..??Apasal Luna pekak semacam malam nie..??Lupa nak korek telinga ar tue..

"Nak aku buat apa.?"nak jual aku kat Siam ke..??Oh my..No…!!!

"Bosanlah..Saja nak cari kawan bersembang..Main teka teki jom.."
Aku pehal nie,dah terjangkit perangai suka berteka teki si Luna nie ke..??

"Malaslah..Aku nak buat kerja Kimia nie..Lagipun kau takkan dapat jawab teka teki aku punyalah.."
Lambat pick up..Malas aku nak teka teki ngan kau..

"Belagak je dia ye..Alah bisukkan hari ahad..Kau buat jelah bisuk..Kali ini,aku pasti dapat jawab semua teka-teki kau..Jangan kau menangis sudah aku dapat jawab semua.."Semangat berkobar-kobar nak jawab teka-teki Luna..

"yela..Siapa nak bagi teka teki dulu..??"Dalam tak hendak tue di tutup jugak buku latihan kimia..Berjalan ke katil dan terus berbaring..Aniq Zahin nie kat talian..Kuikuikuikui

"Aku..Mana lagi tua,basikal ke motokar..??"Semangat seh..Teka teki yang aku search kat google..Hahahaha..

"Soalan senang.."Luna rasa nak tergelak..Soalan teka teki time aku darjah 1 dulu..
"Kalu senang,apa jawapannya..??"eksyen je lebih tue..Dia tak tau punyalah..

"Basikallah..Sebab dia ada tongkat..Betulkan..??"Hahahahaha..
Luna rasa nak kuak lentang,gelak terguling-guling lagi sekali..Apa punya soalan ar Aniq tanya nie..

"Ceh..Gila dasyat kau gelak..Terus langsuir depan rumah aku yang tengah dok begayut tue hilang..
Jatuh pokok dengar kau mengilai lagi power dari dia.." Selebihnya aku sakit hati,sebab tue aku cakap macam tue..Soalan yang dah susah tue pun dia masih dapat jawab..Kerja dia hari-hari kat rumah main teka-teki ke..Semua teka-teki dia dapat jawab..BENGANG..!!

"Soalan kau senang sangat..Macam ais kacang..Next soalan..??"
Soalan lapuk berkulat pun nak tanya..

"Mana lagi panjang,ekor kuda ke ekor tikus..??"Hah,yang nie mesti dia punya jawapan salah..Dah terang lagi bersuluh..Tak perlu torchlight bateri 6A enirgezer..Wakakakakaka

"Lah..Mestilah ekor tikus..Sebab ekor dia cecah kat tanah..Hahahahahaha…"
Konfom,langsuir nak resign dari mengilai..Dah ada orang lagi terror dari dia mengilai..

"Apa hal semua soalan aku kau dapat jawab..??Tension aku macam nie.."Huh..!!Aku ingatkan dia jawab ekor kuda sebab Nampak sangat ekor kuda tue panjang dari ekor tikus yang ciput tue je..
Sekali lagi aku BENGANG….!!!!

"Tak pe,bukan salah soalan kau yang tak pandai tapi sebab aku memang di lahirkan pandai.."Ambik kau,aku nak riak kejap..Aniq mesti tengah bengang sekarang..Hahahahaha..

"Next teka-teki,turn kau pulak…"Sekarang time aku pulak yang riak..Asyik kau je..

"Ermm..Ada seekor harimau kena sembelih..Tetiba kepala harimau yang kena sembelih tadi hilang..Teka kat mana kepala tue sekarang..??"Mari kita lihat dia terkena sekali lagi…

"Mestilah dah kena panggang..Ada kat atas bara..Tapi apa jenis manusia yang makan harimau tue..??"
Teka-teki Luna selalu pelik..

"Jenis manusia yang makan harimaulah..Jawapan kau salah..Aku bagi 1 peluang lagi.."
Aniq nie,ikut kepala dia je main jawab..Patut pun tak pernah dapat jawab soalan aku..

"Ketua kampong curi..Dia nak awet,gantung kat dinding buat hiasan.."

"Jawapan kau lawak,tapi langsung tak tepat.."Hahahahahaha…
Sesuka hati dia je fitnah ketua kampung tue..

"Dah..Give up..Aku tak tau.."Apa punya soalan ar..Tak pernah dengar pun..

"Cuba kau tengok kat MyBank,kepala harimau tue ada kat sana..Hahahahahah.."

Sekarang nak gelak ke tak.??jawapan dia lawak sangat tapi logic..Kalu aku gelak,maknanya aku gelakkan diri aku sendiri,tapi…Bantai jelah gelak…Tak tahan,lawak sangat..Kahkahkahakahakaha…

"See,can aku dah cakap yang kau tak akan dapat jawab teka teki aku.."

"Next question..Kali ini pasti dapat jawab.."Penat aku gelak ngan teka-teki Luna nie..

"As u wish..Haiwan apa namanya di sebut 3 kali…??"
Yang nie,konfom kau tak akan dapat jawab..Hanya aku seorang yang tahu jawapannya..Kau search kat google pun tak kan dapat jawapannya..

"3 Kali..??ishx..Mana ada..Kura-kura,Biri-biri,Labu-labi…apa lagi erk..??"
Tak boleh nak fikir..Tapi aku yakin sangat yang tak ada sebut 3 kali..Auta semata nie…

"Ada seekor..Cari cepat.."Luna rasa nak gelak..Kau tak dapat punya ar..Konfom..

"Dah..Give up..Memang tak ada.."Konfom..Dia gelakkan aku lagi..

"Jawapannya..Labah-labah lah bha…Hahahahhhahhh…"Tak tahan,nak gelak..
"Hah..??"Aku tak paham..Wait..Labah-labah lah bha…??
"Oi..yang tue tak kira..Mana boleh..Aku bukan asal dari sabah macam kau..Takde2,soalan lain.."
Bengang ada,tapi lagi banyak nak gelak..Soalan dia kreatif sangat..

"Kira tak kira,kau tetap tak dapat jawab..Dah turn kau pulak..2-0 erk sekarang.."

Dan malam itu sepanjang malam kami berteka-teki dan bergelak tawa..Dan sepanjang malam jugak Aniq tak berjaya jawab soalan aku..Dendamnya tak terbalas malah makin bertambah..Hahahahahahahah…..


"Luna...!!!!"
Oit,suara mak tiri siapa yang panggil aku nie…

"Ya..??"

Tue dia mak tiri yang panggil aku tue..Ika budak kelas Aniq rupanya..Suasanan tiba-tiba terasa sunyi,seram sejuk bila Ika melangkah masuk menghampiri aku..Seolah seluruh kegembiraan disedut habis..Yang tinggal cuma kedinginan,perasaan hampa dan kecewa..Kesedihan dan keputusasaan..Oh tidak,adakah Ika adalah Domentor yang di hantar oleh Voldermote untuk membunuh aku dalam senyap..Menyedut semua kegembiraan ku…Oh tidak,aku tidak rela…Patronoum Luna…!!!

Pang..!!!Sakitnya…

"Kenapa kau tampar aku..??"Aku tak sempat buat patronous aku,Ika dah tampar aku..Longgar gigi aku..

"Kenapa..??Kau tanya kenapa..??Hei perempuan,aku bagi kau amaran sekali nie je..Jauhi Aniq Zahin..Faham..??Kalu tak aku buat kau lagi teruk dari nie…"
Sesuka hati bapak tiri nenek sebelah jiran aku punya jiran sekampung dia je nak warning-warning aku..

"Kenapa aku kena jauhkan diri dari dia pulak..??"Pelik..
"Sebab dia tue BF aku..Jadi aku taknak kau rapat dengan dia.."

Aniq Zahin BF Ika..??Ika GF Aniq Zahin..Kenapa aku tak tahu selama nie..Kenapa dia tak bagi tau aku langsung..??Aku…Aku cintakan BF orang selama nie..???Aku….Kenapa dia tak bagi tau aku..??Adakah ini jugak satu teka-teki..Kalu ya,ini teka-teki Aniq yang pertama aku tak dapat nak selesaikan tapi di selesaikan oleh sebijik penampar..Siot punya Ika,suka hati dia je tampar kau..Sakit tau..

Petang itu aku jumpa Aniq..Akhirnya semua terjawab..Sah,memang dorang tengah di lamun cinta tapi akhir-akhir ini mereka sering bergaduh..Tidak tahu salah siapa..
Jadi,salah aku ka..??Aku pun tak tau..Aku betul tak tau..Tiada siapa yang bagi tahu atau aku yang tak sedar,tak peka dunia sekeliling..Entahlah..Yang pastinya,hari-hari terakhirku di sekolah tidak lagi bersama Aniq..Aku menjauhkan diri,Aniq juga..Tiada lagi teka-teki antara kami..Semua sudah terjawab..

Hari terakhir Sekolah..

"Aniq.."Luna berlari mendapatkan Aniq..
"Untuk kau.."
"Apa nie..??"
"Sampai rumah baru baca.."
"Ermmm.."

Sekeping kertas kecil di hulur dan aku pantas berlalu pergi..
Bukan takut melihat renungan tajam Ika tapi sebab tak mahu Aniq melihat air mataku..Aniq memilih untuk bersama Ika..Aniq kata dia cintakan Ika dan sayangkan aku hanya sebagai kawan..Semalam aku dapat 1 mesej panjang dari Aniq,mesej yang buat aku menulis sesuatu buat Aniq..

Aniq_Zahin : Salam Luna..Aku tak tau mau mula dari mana..Tapi rasanya kau tau apa cuba aku
Sampaikan..Aku tak pasti apa perasaan kau pada aku tapi yang pastinya perasaanku
Pada kau ialah perasaan sayang seorang kawan..Hanya itu..Maafkan aku Luna,andai aku
Pernah buat kau terluka..Tapi buat masa ini,cinta aku Cuma untuk ika..

Sebab kata-katanya inilah yang mendorong aku pergi..Aku mahu pun dia,masing-masing tidak ingin terluka dan melukai dan aku memilih untuk undur diri sebab nyata-nyata ia Cuma cinta sebelah pihak..Dan itu,kali terakhir aku lihat Aniq..Aniq Zahin yang tidak pernah berjaya menjawab teka-teki ku..



"Ia tidak pernah meminta,tapi Ia sentiasa memberi..
Bila di bahagi ia tak jadi setengah tapi ia menjadi dua.."

p/s : Teka teki terakkhir dari aku..
Aniq Zahin,maaf untuk segalanya..Hidup baik-baik..

Itu isi surat Luna dulu..Dan sehingga hari ini aku tidak pernah ketemu dia lagi biarpun aku berpisah dengan Ika seminggu kemudian..Itu kali terakhir aku jumpa Luna..Luna Faqiha,gadis yang aku tak pernah berjaya menjawab teka-tekinya..Gadis yang aku rindui dalam diam..Gadis yang hanya aku sedari aku mencintainya hanya selepas dia sudah pergi..Pergi jauh dari aku..

"Pak Su..!!"
Dari jauh Ain sudah memanggilku..Aku melambai tangan kearah Ain..
Di sebelah Ain ada seorang gadis sedang mengawasi budak-budak yang beransur-ansur pulang..
Mungkin cikgu di Taska itu kerana ia kelihatan mesra dengan budak-budak Taska dan Ain juga Nampak mesra dengannya..Dari jauh aku lihat mereka semakin menghampiri aku yang bersandar di kereta ku..

"Cikgu,ini lah Paksu Ain..Pak Su Aniq..PaK Su,ini cikgu Ain,Cikgu Qi.."

"Luna..Luna Faqiha.."

"Eh,Pak Su kenal cikgu Ain..??"
Peliknya mereka..Bertentang mata tapi tak mau bercakapa apa-apa..
Peliknya orang dewasa,apalah yang dorang fikirkan..

"Ain,Ain pergi main kat taman tue kejap boleh..??Pak su ada benda nak cakap dengan cikgu Ain.."

"OK.."
Ain tak paham apa masalah Cikgu Qiha dan Pak Su tapi Ain malas nak masuk campur..Ain kecik lagi..Jadi bila Pak Su suruh Ain pergi main,Ain pergi jelah..Ain tengok dari jauh Pak Su asyik tengok Cikgu Qiha je..Ooo..Mesti pak su suka cikgu Ain nie..Nak mengurat la tue..Nanti balik,Ain report kat Wan..

"Luna,lamanya kita tak jumpa..Aku ingatkan siapalah cikgu Ain yang suka sangat bagi teka-teki tue..Tak sangka pulak cikgu Ain tu kau..Tak sangka betul.."

Aku renung wajah di depanku..Dulu dia tidak memakai tudung,selalu pakai seluar saja..Tapi gadis yang berdiri di depanku ini,Luna semakin cantik..Tiada lagi rambut ekor kudanya,tapi sudah diganti dengan tudung lembut,tidak lagi memakai seluar track tapi di ganti dengan baju kurung..

"Ya Aniq..Dah lama kita tak jumpa..Terlalu lama..Aku pun tak sangka Pak Su Ain yang tak dapat jawab teka-teki tue kau..Memang tak sangka.."Biarpun aku selalu berharap dapat bertemu kau..

"Bukan semua teka-teki kau aku tak dapat jawab."Bukan semua Luna..Bukan semua aku tak dapat jawab,ada satu teka-teki kau yang aku berjaya jawab..

"Ya..??Soalan mana..??"Teruja sekejap..Si Aniq yang tak pernah berjaya jawab teka-teki dulu akhirnya berjaya menjawab teka-teki ku..Tapi yang mana satu ya..??

"Teka-teki terakhir kau..Ia tak pernah meminta tapi ia sentiasa memberi,bila ia di bahagi ia tidak menjadi setengah tapi ia menjadi dua..
Sebentar tadi aku melihat ekspresi wajah itu..Wajah yang amat aku rindu..

"Teka-teki itu..So,apa jawapannya..??"Suaraku hampir tidak keluar..Adakah kau mencari jawapan teka-teki itu selama ini dan apakah jawapan kau sama dengan jawapan aku...

"Hati kau.."

"Hati aku..??"

"iya..Hati kau yang tak pernah meminta aku mencintai kau tapi kau tetap mencintaiku..
Hati kau yang telah kau beri sebelah untuk aku,tapi ia tidak menjadikan hati kau setengah sebaliknya ia mengikat dua hati..Hati aku dan kau..Hati kita berdua"Aku sudah membuat silap beberapa tahun lalu tapi kali ini aku takkan buat silap lagi..Cukuplah sekali..Aku sudah serik kehilangan dia…Kupandang Wajah Luna..Tenang tapi aku dapat mengesan ada getaran cinta lagi di hatinya buat aku..

"Aku..Aku tak paksa kau..Aku tak pernah paksa kau untuk cintakan aku.."

"Kau tak pernah paksa aku Luna,aku sudah merasainya lama dulu tapi aku terlewat untuk menyedarinya..Jangan pergi lagi dari hidup aku.."

"Aku tak pernah pergi Aniq.."Tapi kau yang buat aku pergi..

"Maafkan aku..Dan aku nak kau tahu,yang aku cintakan kau.."Cinta sangat-sangat..

"Aku pun cintakan kau.."Cinta yang amat..

"Ada 1 teka-teki lagi yang belum selesai..
Kali ini juga sama macam dulu,hanya kau yang tau jawapannya.."
Luna kerut dahi..Hanya aku yang tahu..??Teka-teki apa pulak nie..

"Teka-teki apa.??"

"Agak-agak,bila kau boleh jadi isteri aku..??"
Keningnya di angkat..Menahan tawa melihat muka Luna yang sudah malu-malu..

"Yang tue,kena tanya mak ngan abah le.."Malu-malu tapi mahu..
"InsyaALLH,malam nie jugak suruh mak pinang Luna.."
"Cepatnya.."
"Kita sudah bazirkan 8 tahun sayang..Aku tak mahu kehilangan kau lagi.."
Ya..Aku pun tak mahu kehilangan kau lagi Aniq..
8 tahun sudah cukup untuk buat aku terseksa merindu kau dari jauh..

"Luna.."
"Ermmm.."
"Benda apa yang tak pernah mati..??"
"Mana ada benda yang tak mati..Semua akan matilah..Hukum Karma..Hanya ALLAH tak akan mati.. "
"Ada satu lagi yang tak akan mati Selain ALLAH.."
"Yeke..??Apa dia..??"
"Cinta aku kat kau..Ia tak akan mati selagi di izin ALLAH.."

Ya..Cinta kami berdua..Aku tak tahu apa akan jadi esok hari,biarkan ia jadi teka-teki..Tapi selagi di izin ALLAH,cintaku sentiasa ada bersamanya..Luna Faqiha,Aniq Zahin cintakan kau…

Orang cakap,apa yang jadi esok hari biarlah jadi rahsia..Kerana rahsia itu akan terbongkat dengan sendirinya..Aku pun tidak ingin tahu apa yang terjadi esok hari tapi kini aku semakin pasti untuk menghadapi hari esok..Kerana dia ada bersama ku..Aku ada dia..Aniq Zahin,Luna Faqiha cintakan kau..

No comments:

Popular Posts