Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

23 October 2009

orang sudan kekasih gelapku



Seorang wanita yang yang tinggal bersama kekasihnya seorang rakyat Sudan , Afrika yang tinggal di negara ini menggunakan visa pelajar rela bersekongkol dengan 'kekasih gelap'nya itu dengan membuat mengatakan anaknya yang berumur 3 tahun meninggal dunia akibat didera oleh suri rumahnya.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Kekasih wanita yang berstatus janda itu bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

Walau pun tidak dinyatakan bangsa sebenar wanita tersebut, dari gambar rasanya dia ialah wanita Melayu. Biasa ke tinggal serumah dengan bukan Muhrim ni? Tulah tu hari Kartika dah rela dihukum sebat kerana minum arak ramai pula yang membantah. Akibatnya maksiat terus bermaharajalela sehingga dah jadi perkara begini siapa yang malu? Bukan mereka dan jiran mereka sahaja, ketua kampung dan sehingga bangsa dan agama pun turut malu weh..

No comments:

Popular Posts