Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

02 October 2009

Pasport RM100: Pejabat Imigresen diserbu



SERONOK. IIrwani Kaswan bersama isterinya, Norhayati Ngadilan serta dua anak mereka menunjukkan pasport berharga RM100 yang dipohon semalam.


PULAU PINANG - Pejabat Imigresen di George Town dan Seberang Jaya diserbu orang ramai yang ingin memohon pasport Antarabangsa Malaysia berharga RM100 yang berkuat kuasa semalam.

Orang ramai mula membanjiri kedua-dua pejabat berkenaan seawal pukul 7.30 pagi untuk memohon pasport alternatif bagi tempoh dua tahun itu.

Tinjauan di Pejabat Imigresen Seberang Jaya mendapati jumlah pelanggan yang berurusan di kaunter pasport itu agak ramai berbanding hari biasa dan ada yang terpaksa menunggu lama untuk menyerahkan borang permohonan.

Seorang pemohon yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Ali berkata, beliau mengambil masa lebih dua jam untuk menyelesaikan urusan permohonan dan perlu menunggu dua jam lagi untuk mendapatkan pasport selepas pembayaran.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Harun berkata, sehingga pukul 3 petang, jabatan berkenaan menerima 900 permohonan sehingga habis waktu pejabat.

No comments:

Popular Posts