Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

19 October 2009

Tak dak RM40k Tok Sah dok Sembang...

Bonsai RM40,000 Noryadin jadi pilihan



NORYADIN menunjukkan pokok bonsai miliknya yang menjuarai Pertandingan
Bonsai Malaysia 2009 di Kuala Lumpur semalam.

KEJAYAAN. Seorang pegawai bank, Noryadin Noruddin, 34, memecah tradisi kemenangan bukan Melayu dalam Pertandingan Bonsai Malaysia 2009 di Kuala Lumpur semalam apabila muncul juara keseluruhan dengan pokok cucur atap yang bernilai RM40,000.

Noryadin dari Kota Bharu, Kelantan mengalahkan 153 peserta lain.

“Seni ini memerlukan kesabaran sebab seseorang itu kena mengambil masa sekurang-kurangnya empat tahun sebelum dapat menghasilkan pokok bonsai yang kelihatan semula jadi serta unik,” katanya yang menerima hadiah trofi, RM700 serta sijil.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola Pertandingan, Chew Yin Keen menyifatkan kemenangan Noryadin menjadi bukti seni bonsai boleh dikuasai kaum lain.

Tambahnya, aspek pengadilan diserahkan kepada juri profesional dari Taiwan, Singapura, Indonesia dan Malaysia berdasarkan keunikan, sifat semula jadi dan kesegaran pokok.

No comments:

Popular Posts