Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

30 October 2009

Tengkorah hidup mencemari Pesisiran Tanjung Chali

Kawasan istirahat jadi ‘port’ penagih

TONGKANG YARD - Kawasan riadah di pesisiran Tanjung Chali yang sepatutnya mampu menarik perhatian orang ramai untuk berehat, kini tidak lagi terurus dan terbiar hingga menjadi sarang penagih dadah.

Seorang penduduk, Ahmad Mansor berkata, tempat yang sepatutnya menjadi kawasan rehat itu kini tidak lagi dikunjungi orang ramai walaupun pemandangannya yang menarik berhadapan Sungai Kedah.

Menurutnya, kawasan rehat itu kini sudah ditinggalkan dan terbiar tanpa mendapat jagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun tempat berkenaan berpotensi menjadi tarikan pelancong.

“Kawasan rehat ini sudah lama dibiarkan sejak setahun lalu tanpa mendapat jagaan rapi apabila rumput-rumput di sini dibiar panjang hingga ada kanak-kanak menemui ular di kawasan semak ini.

“Sepanjang pesisiran Tanjung Chali ini juga turut terdapat pondok rehat dan kerusi, namun semuanya telah rosak apabila terdapat individu yang mencontengnya sesuka hati, katanya kepada Sinar Harian di sini.

Ahmad berkata, PBT sepatutnya mengambil inisiatif untuk menjaga tempat rehat orang ramai ini dan bukan membiarkannya tanpa penjagaan memandangkan tempat itu juga sering diadakan acara Pesta Sungai.

Menurutnya, sebelum itu, tempat berkenaan sering menjadi tumpuan orang ramai termasuk penduduk berhampiran untuk beriadah, tetapi sekarang ia telah menjadi tempat penagih melepaskan gian pada setiap malam.

“Tempat ini sudah menjadi sarang penagih kerana setiap malam mereka pasti akan datang ke pondok-pondok di sini melakukan kerja tidak bermoral itu.

“Kecurian juga sering berlaku sejak kawasan ini dibiarkan kerana keadaannya yang sunyi dan terselindung daripada pandangan orang ramai.

“Adakalanya, :Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di sini membuat rondaan dan mengambil tindakan menegur mereka yang mencemarkan kawasan ini,” katanya.

Ahmad berkata, kos membina tempat rehat ini mungkin menelan perbelanjaan yang tinggi, seharusnya PBT tidak membiarkan tempat ini dalam keadaan tidak terjaga kerana secara tidak langsung ia membantutkan sektor pelancongan negeri.

Menurutnya, terdapat juga penduduk yang menjadikan kawasan semak itu sebagai tempat pembuangan sampah yang mana lagi menjejaskan pemandangan indah di sini.

“Saya sangat terkilan dengan pihak PBT kerana tidak tahu menjaga tempat riadah orang ramai ini yang mana dapat membantu menarik pelancong untuk menikmati keindahan sungai ini.

“Pihak berkenaan patut mengambil semula inisiatif untuk menjaga tempat ini agar keindahan Sungai Kedah yang dilihat melalui pesisir Tanjung Chali ini dapat dinikmati lagi,” katanya.

No comments:

Popular Posts