Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

23 November 2009

alahai pondan.....maruah mu tak ke mana...!!!!

Komplot pondan



TUNGGU...sekumpulan pondan berpakaian seksi menunggu pelanggan.


Taktik raba dan curi diguna pakai kumpulan ‘pondan’ untuk merompak mangsa mereka cukup menarik apabila mangsa lelaki sengaja disajikan dengan tayangan filem lucah percuma terlebih dulu bagi mengkhayalkan mangsa sebelum disamun di dalam bilik gelap.

Golongan pencuri licik dikalangan pelacur ini semakin menjadi-jadi apabila mereka turut meraba dan mencium mangsa bagi membuat mangsa leka tanpa menyedari seorang lagi rakan suspek melarikan dompet atau telefon bimbit mangsa.

Dalam kejadian jam 10.30 malam baru-baru ini , mangsa seorang tukang masak berusia 33 tahun menjadi mangsa komplot pelacur pondan apabila dirompak oleh kumpulan pelacur terbabit yang tampil tidak ubah seperti artis dan model terkenal.

Mangsa yang ditemui mendakwa pergi bersendirian ke sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, untuk mencari ‘pondan’ bagi memuaskan nafsunya.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Kepong, terpikat dengan lenggok manja dan kecantikan seorang ‘wanita’ berpakaian seksi yang menawarkan perkhidmatan seks dengan harga RM40 untuk sekali perkhidmatan.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ping, 33, berkata, dia dibawa ‘wanita’ terbabit ke tingkat atas sebuah bangunan berhampiran sebelum diajak masuk ke dalam bilik.

“Ketika itu masuk seorang lagi rakan pelacur berkenaan sebelum kedua-dua pelacur berbual beberapa ketika sebelum seorang beredar dari bilik berkenaan.

“Ketika itu tinggal saya berdua dengan pelacur yang mendakwa warga Indonesia berkenaan yang mengajak saya berbual-bual sambil bertanya asal usul saya,” katanya.

Menurutnya, ‘gadis’ yang dilanggani itu meminta dia berbaring santai di atas katil sebelum dia memilih cakera padat digital (DVD) lucah untuk ditayangkan secara percuma dengan alasan sebagai pemanas badan.



“Gadis terbabit mengarahkan supaya seluarnya dibuka sebelum saya akur dengan arahan berkenaan. Seluar itu diletakkan gadis terbabit di atas kerusi tidak jauh,” katanya.

Dia yang enggan menceritakan perkara selanjutnya mendakwa mencapai semula seluarnya itu selepas mendengar bunyi bising seolah-olah berlaku pergaduhan di luar bilik berkenaan.

“Saya segera mencapai seluar saya sebelum terkejut sejurus mendapati telefon bimbit saya jenis Sony Ericcson hilang dari dalam poket seluar berkenaan.

“Malah, saya lebih terkejut apabila dompet saya dalam poket seluar boleh berpindah ke atas peti televisyen berhampiran. Selain itu wang RM400 di dalamnya turut lesap,” katanya.

Menurutnya, dia bertanya kepada ‘gadis’ terbabit di mana wang dan telefon bimbitnya itu, namun suspek enggan mengaku mencuri barang berharga mangsa dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Bagaimanapun, selepas diugut dan didesak berulang kali, gadis terbabit akhirnya bersetuju mencari dan memulangkan barang berharga milik saya itu yang didakwa dicuri rakannya.

“Dia meminta saya supaya duduk menunggu seketika di dalam bilik berkenaan sebelum gadis itu keluar untuk mencari rakannya,” katanya.

Dia yang menunggu hampir dua jam percaya menjadi mangsa taktik licik kumpulan pelacur pondan berkenaan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

No comments:

Popular Posts