Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

22 November 2009

Gajet khusus Twitter

KEGILAAN terhadap laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter semakin menjadi-jadi. Pengguna menjadikan aktiviti mengemaskini status mereka di laman media sosial seperti itu sebagai satu kebiasaan. Daripada apa yang sedang dilakukan atau berita terbaru yang ingin dikongsi bersama teman-teman di dalam senarai rangkaian mereka, semuanya akan menjadi status mereka.

Terbaru sekali, Peek, sebuah syarikat pengeluar gajet digital melancarkan gajet seakan-akan telefon yang mampu mengemaskini status Twitter sebanyak 140 karektor menerusi Internet untuk pengguna di Amerika Syarikat. Gajet yang diberi nama TwitterPeek itu sekali imbas kelihatan seperti versi nipis Blackberry yang menggabungkan papan kekunci QWERTY, skrin berwarna dan butang navigasi.

Sebelum ini, Peek terkenal dengan perkhidmatan e-mel seperti Blackberry menerusi produk mereka yang diberi nama Pronto. Ia menawarkan gajet terkini itu pada harga AS$99 (RM334). Dengan pakej itu, pengguna akan mendapat servis tanpa had bagi tempoh enam bulan pertama dan mempunyai pilihan untuk menyambung perkhidmatan pada kadar AS$7.95 (RM27) sebulan. Pengguna juga boleh memilih model yang didatangkan dengan servis seumur hidup pada harga AS$199 (RM670), dengan syarat ia masih boleh digunakan lagi.

TwitterPeek membolehkan pengguna membaca dan menghantar Tweets (status pada Tweeter mereka), membalas pos teman-teman lain, melihat gambar pada Twitpics, membaca pautan dan memuat turun pengikut atau followers terus ke gajet itu.

Sungguhpun tidak dapat dinafikan, ia merupakan satu gajet yang menarik kerana tawaran servis sehingga seumur hidup. Fungsinya hanya didedikasikan untuk laman mikro sosial Twitter sahaja. Ia tidak boleh berfungsi sebagai telefon walaupun berbentuk seakan-akan telefon pintar. Ia juga tidak mempunyai keupayaan untuk meluncuri laman web kerana tidak dibekalkan dengan pelayar web. Dengan kata lain, anda tidak boleh mengemaskini laman sosial lain seperti Facebook dan menghantar atau menerima e-mel.

Berbanding telefon bimbit yang menyokong capaian wayarles jalur lebar seperti 3G atau HSDPA, seseorang bukan sahaja boleh mengakses akaun Twitter mereka, malah laman sosial lain. Bukan itu sahaja, pengguna boleh mengakses Internet dan berhubung melalui e-mel tanpa sekatan. Apa yang diperlukan hanyalah langganan akses tanpa had bagi mengelakkan caj yang tinggi tanpa pelan data yang khusus.

Seperkara lagi, bagi mereka yang tidak suka membawa pelbagai barang ketika berada di luar tentunya tidak mahu menggunakan gajet TwitterPeek itu. Ini kerana sudah pastinya mereka juga perlu membawa telefon bimbit pada masa yang sama. Tidakkah ini sesuatu yang membebankan?.

TwitterPeek boleh didapati menerusi laman web Amazon.com tetapi buat masa ini, ia hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Bagi peminat gajet di Malaysia yang ingin memilikinya, anda mungkin perlu menunggu sehingga perkhidmatan TwitterPeek itu ditawarkan di negara kita.

No comments:

Popular Posts