Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

18 November 2009

Kepercayaan Karut Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat melayu memang sinonim dengan kepercayaan karut mengenai alam misteri dan juga kehidupan seharian.Ada saja pantang larang yang perlu dipatuhi.Jika tidak !!!

Pada topik hari ini, aku bentangkan Kepercayaan Karut Dalam Masyarakat Melayu .

Apa pendapat anda semua ?

Kepercayaan Karut Dalam Masyarakat Melayu

1.Anak Gadis dilarang memakai bedak sejuk semasa hendak tidur.Takut roh tersesat tak jumpa tuan empunya badan.

2.Jika masuk hutan, nak buang air kecil kene minta izin dengan datok penjaga hutan. ” datuk oh datuk !!…. cucu nak buang air kecil… minta datuk beri izin “

3.Didalam hutan juga,dilarang bercakap besar.Nanti kene sakat dan disorok hantu bunian.

4.Kalau nak tengok hantu , semasa mayat dimandikan .. cuba intai di bawah rumah…akan ada dua tiga ekor hantu sedang minum air mayat tersebut.

5.Kalau nampak sesuatu dalam gelap, jangan tegur.

6.Kalau tercium bau wangi terutama bunga melur pada waktu malam di sebelah kiri dan belakang. Jangan berpaling!!!!! Itu tandanya pontianak ada disebelah.

7.Kalau jumpa hantu bungkus , selak seluar dan tayang punggung

8.Kalau nak bela hantu raya , pukul bayang sendiri dengan pelepah kelapa waktu matahari terpacak di kepala sampai bayang tu menangis.

9.Kalau pakukan di tengkok pontianak, cik ponti akan bertukar menjadi gadis cantik

10.Jangan perah air limau di kawasan kemalangan, nanti kawasan tu berhantu.

No comments:

Popular Posts