Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

17 November 2009

KISAH SATU LEGENDA

SATU KISAH MENJADI LEGENDA
LEMBARAN SEJARAH LAKSAMANA MELAKA
DUA SAUDARA BERSENGKETA BERADU TENAGA
KERANA MEMBELA MARUAH SAUDARA
DAN DEMI SETIA KEPADA RAJA
MAKA
TUAH DAN JEBAT BERTARUNG NYAWA

BERMULANYA AKAN PUNCA SEGALA
TUAH DIFITNAH KERANA ANGKARA
JEBAT MENDERHAKA MENUNTUT KEADILAN RAJA
NAMUN
KERANA SETIA SEBATI DI JIWA
TUAH RELA KORBANKAN KASIH ADINDA
KERANA TERPATRI ERAT RASA BERSAUDARA
JEBAT RELA MATI DI TANGAN KEKANDA
TAMING SARI MENYUDAHKAN SEGALA

BERDOSAKAH TUAH
MEMBUNUH SAUDARA KERANA SETIA
BERDOSAKAH JEBAT
MENDERHAKA KERANA MEMBELA SAUDARA
AKHIRNYA
TUAH MENYEPI MEMBAWA HATI LARA
BERKUBUR ENTAH DI MANA
KORBANKAN SAUDARA KERANA SETIA
TINGGALKAN PEPATAH KEAGUNGAN SEJARAH
"TAK MELAYU HILANG DI DUNIA"

No comments:

Popular Posts