Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

08 November 2009

Orang main bola,Demo main mercun .....



Sakit mata,sakit telinga dengan aksi penonton yang membakar mercun kata Zainal Abidin Rawop yang menjadi pengacara rancangan Wisel Penamat di TV1 semalam. Seorang jurukamera RTM (gambar atas) juga turut terkena balingan objek daripada penonton.

Segelintir penyokong Kelantan mula bermain mercun setelah aksi di padang tidak memihak kepada mereka,apabila ketinggalan 0-3. Nampak gayanya mercun masih lagi senang untuk dibawa masuk ke dalam stadium. Pihak yang mengawal keselamatan masih lagi tidak mampu mengesan mercun yang dibawa,kerana saban tahun kita akan melihat pesta mercun pada perlawanan akhir Piala Malaysia.Setakat ini tiada alat pengesan mercun yang mampu dicipta.Namun pada tahun ini pesta mercun lebih brutal dengan adanya kerusi yang dibakar oleh penonton.

Berikut adalah antara aksi panas yang berlaku di Stadium Bukit Jalil dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia seperti yang disiarkan secara langsung oleh TV1 semalam.













No comments:

Popular Posts