Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

25 December 2009

Aku, dulu, kini, dan selamanya

Woit,..opocot mami aku…aku melatah. "Engkau ni kan,kalau tak melatah tak sah."aku tersengih.. "Asal nie jauh termenung,aku panggil pun tak dengar." "Eh,bila masa pulak kau panggil aku….Aku tak dengar pun.."
"Macam mana nak dengar kalau dari tadi asyik termenung je.."Bella menempelak.Aku tersengih apabila menyedari yang aku tersilap cakap..Padan muka aku..Tu la,nak lawan sangat dengan si poyo ni..Sekarang kan dah terkena…aku bermonolog di dalam hati.… "Dah la..Malas aku nak bertekak dengan kau.Jom pi makan.
Aku belanja,tapi….kau bayar."seusai saja perkataan terakhir keluar dari mulutku,Bella terus membaling kusyen kecil yang berada di tangannya sambil membuntangkan matanya….


Kelas yang tadinya riuh kini kembali senyap apabila ternampak akan kelibat Miss Sherry.Semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing. "Morning class..Sila hantarkan assignment kamu diatas meja saya sekarang.."
miss Sherry memberi arahan.Setelah itu beliau keluar dari kelas dengan membawa sekali assignment yang telah kami hantarkan.Aku kasihan melihat Iqa termanggu-manggu keseorangan lalu aku mengajak rakan-rakanku menghampirinya. "Hai Iqa,kenapa duduk sorang-sorang??Tak sunyi ke??" "Sunyi la jugak…nak pergi jalan-jalan tapi tak tahu nak pergi ke mana.Saya kan pelajar baru kat kolej ni…"Iqa menjawab.. "La,asal tak cakap.Kami kan ada..Kami boleh temankan..Anyway,saya Yuz.sebelah kanan saya ni Bella bestfriend merangkap roommate saya.Di sebelah kiri saya pulak,bestfriend saya juga tapi lain bilik..Bilik awak no.berapa??Syira bertanya."706 Iqa menjawab.. "Woit,kita sebilik la"…Syira menjerit membuatkan kawan-kawannya tersentak…



Apabila dah mesra,dari bersaya,awak terus bertukar kepada berkau,aku.Terima kasih la korang kerana sudi jadi kawan aku dan sudi jadi roommate aku.Iqa memulakan bicara.."no hal la kawan…lagipun si syira ni dah lama cari roommate yang sekepala dengan dia.."aku cuba untuk berlawak.."ha’ah betul tu..selama nie roommate yang dia dapat,langsung tak sekepala dengan dia.."sambung bella membuatkan mereka yang berada di situ ketawa..aku berfikir sejenak lalu berkata urmm,walaupun kita tak sama bilik,tapi kita still boleh pergi kelas sama-sama..lagipun bilik kita sebelah menyebelah sahaja kan?? betul jugak tu..Iqa berkata dalam hati..



"Bella,kau tak boring ke duduk dalam bilik nie..jom keluar.."ha’ah.."jom pi lepak..ajak la si Syira dan Iqa tu sekali.."Bella memberi cadangan.."aku tengah hantar sms kat diorang la nie.."aku menekan-nekan telefonku
sambil berkata-kata..lima minit kemudian telefon ku berbunyi menandakan satu sms diterima."Nak shopping kat mana"??iqa bertanya."Kat mid valley.."aku membalas.."Ok..set..tunggu kitaorang kat bawah.."Iqa memberi sms terakhir dengan menyatakan persetujuannya..Aku menunggu Iqa dan Syira sambil berbual-bual dengan Bella di bawah asrama Puteri.Aku ternampak seperti kelibat Iqa dan Syira lalu melambai-lambaikan tanganku kepada mereka..aku merasa lega apabila mereka membalasnya.Kami pergi dengan menaiki teksi.
Sampai sahaja di Mid Valley,kami terus menuju ke tingkat atas untuk pergi membeli-belah.Tiba-tiba aku merasa perutku berkeroncong minta diisi..aku melihat jam.Patut la aku merasa lapar kerana dari pagi lagi aku belum makan.Sekarang jam sudah menginjak ke angka tiga petang.Aku mengajak mereka singgah di sebuah restoran yang berada di situ dan mereka bersetuju..



"Jom la balik..aku dah letih la.."aku memberi cadangan setelah kami selesai makan.."takkan dah nak balik??tunggu la dulu.."Bella membatah.."kau ni tidak merasa erti penat ke??seharian berjalan terasa kendur anggota badan aku ni..Tau tak??kalau kau tak nak balik,tak apa lah.aku balik Sorang-sorang."Aku menggugut.Hanya dengan cara ini sahaja aku dapat memujuk dia untuk balik."Okey.okey kita balik.."Bella mengalah.."thanks..kau la sahabat aku dunia akhirat.."aku berkata sambil tersenyum.Ini lah yang membuatkan aku lebih rapat dengan dia berbanding Iqa dan Syira.Perangainya yang mudah mengalah dan bertolak ansur.


Aku terlewat lagi.Masuk hari ini dah beberapa kali aku terlambat untuk memasuki kelas En.Saiful.Pasti dia mengamuk.Kenapa kau tak kejutkan aku??Aku memarahi Bella yang tidak bersalah.Bella menjawab dengan hati yang sebal."Ikutkan hati aku nak sahaja aku simbah kau"….…dan aku sudah tidak mendengar apa-apa lagi.Sampai sahaja di dewan kuliah,aku terus mengucapkan syukur kerana sesi kuliah belum lagi bermula.Aku mengambil tempat seperti biasa di tepi Bella.Aku sampai di café agak awal daripada mereka kerana mereka ke library sebentar tadi.Mereka sampai di meja aku ketika aku sedang enak menjamu selera".Fuh..penatnya.Iqa,macam biasa..nasi putih berlaukkan ayam masak merah dan ikan goreng serta sedikit sayur campur..jangan lupa my favourite juice orange.Nanti aku bayarkan.."Bella berkata dengan tersekat-sekat kerana penat yang tadinya masih belum hilang."Kau pula"?Iqa menyoal Syira.".Sama..""Ok.."Iqa mengatur langkah laju untuk membuat pesanan.


Suatu hari ketika aku sedang tidur,aku dikejutkan oleh satu suara seseorang yang sedang menjerit."Yuz…kau kejam..kenapa kau buat aku macam ni..kau ni langsung tak berhati perut..langsung tak berperikemanusiaan..aku tak sangka kau sekejam ini…sanggup kau khianati aku kawan baik kau sendiri.."Aku yang terdengar jeritan itu terus terbangun.."Kau ni apsal??Dah la masuk tak bagi salam..Pastu terus sahaja tuduh aku macam-macam..
kalau iya pun.Slow talk la dengan aku..Ni tak..terus terjah macam Nas Ahmad.."Aku terus mengomel.
"Hei kau jangan buat-buat tak tahu pulak..Dah sah,memang kau yang salah..Kau nak berselindung lagi??
Tengok tu..Baru sikit dah menggelabah..Apsal??Takut rahsia kau terbongkar??Betul la desas-desus yang mengatakan kau sudah berubah..Kau memang dah berubah..Orang berubah dari kejahatan kepada kebaikan tapi kau,sebaliknya.Hipokrit…"Bella terus-terusan menuduh..Selesai sahaja berkata demikian,Bella terus keluar dari bilik tanpa mendengar penjelasan yang ingin diberikan.Aku termanggu-manggu keseorangan tanpa ditemani sesiapa..


Boring la duduk sorang-sorang dalam bilik ni..Kalau Bella ada tak lah aku sunyi sangat....Hmm..Baik aku
buat assigment yang En.Shahidi berikan lagi bagus..Tidak sampai setengah jam,aku kembali menutup
buku lalu meniarap di atas katil sambil memeluk bantal tidurku.Tiba-tiba aku teringat akan peristiwa pagi tadi..
"Iqa,jom pergi café..""Erk…tak apa la.aku ada kerja sikit.Nak pergi library" Iqa mengelak.Kalau macam tu tak apa lah.aku pergi dulu.. "Syira te.."belum pun sempat aku menghabiskan ayatku Syira sudah menolak dengan mengatakan bahawa dia sibuk.



Sudah sebulan aku begini.Keseorangan.Dipulaukan oleh mereka semua tanpa mengetahui apa sebabnya..Aku cuba cekalkan hati walaupun kadang-kadang akan basah jua kelopak mataku dek kerana terlalu sedih akan sikap mereka semua.Selepas kejadian tempoh hari,Bella terus menghilangkan diri.Aku tidak mengetahui kemana dia pergi.Puas aku menelefonnya tapi tak pernah berangkat.Yang lain juga begitu.Mereka semua mengelak daripada aku.Mereka menghukum aku tanpa aku ketahui akan sebab-musababnya.Puas aku bertanya akan kesalahanku terhadap mereka tetapi tidak pernah aku mendapat jawapan yang sebetulnya.



Apabila yakin bahawa tiada sesiapa di situ, Bella terus masuk tanpa menunggu dengan lebih lama lagi.Bella terbongkok-bongkok mencari sesuatu.Selepas itu beralih pula ke meja sebelah apabila barang yang dicari
tidak dijumpai. Tiba-tiba dia ternampak akan sebuah buku kecil yang comel berbalut kemas lalu diambilnya buku itu.Dihadapannya tertulis perkataan My Diary.Bella merasa berdebar-debar dan ingin membukanya..Tetapi akalnya melarang keras akan niatnya..Dia tahu bahawa berdosa membaca tanpa kebenaran.Dia tiada hak.Tetapi hatinya benar-benar ingin mengetahui akan isinya..Lalu dibukanya Diari itu dan tercatatlah di situ rahsia seseorang.


4 julai 2008

Aku baru sahaja selesai urusan pendaftaran di kolej ini.Sekarang aku berada di dalam bilik asrama Puteri.
Di sinilah aku akan menghabiskan masa dua tahun bersama roommate aku.Aku merasa tidak sabar untuk berkenalan dengan roommate baru aku.Macam mana rupanya ya??Ntah kan baik ntah kan tidak..tapi aku dapat merasakan yang aku bakal mendapat roommate yang baik.

5 julai 2008

Aku baru sahaja berkenalan dengan roommate aku.Tidakku sangka peramah orangnya.Sekepala dengan aku..
Hehe…Namanya Bella.sorang lagi namanya Syira.Aku bersyukur sangat kerana mendapat kawan seperti mereka berdua.Tidaklah aku keseorangan di sini.


25 mei 2009

Cuti semester datang lagi.Aku bercadang ingin pulang ke kampung.Sudah lama aku tidak pulang ke kampung.Aku rindu akan ibu,ayah,along,angah dan achik.Aku juga rindu akan Q kucing kesayanganku.Tetapi Bella membantah.Bella mengajak aku dan Syira bercuti ke Pulau Redang di Terengganu.Mulanya aku tidak mahu pergi..Setelah dipujuk habis-habisan oleh Bella dan Syira,akhirnya cair juga hati aku.Kami bercadang untuk pergi pada keesokan harinya.


26 mei 2009

Seperti yang dirancang,hari ini kami akan pergi ke Pulau Redang di Terengganu.Tidak sabar aku ingin
menjejakkan kakiku ke sana..Selepas check in,kami mengambil kesempatan untuk berehat di bilik.inilah kali pertama aku datang ke sini.Petang itu buat pertama kalinya aku dibawa menaiki bot untuk ke kawasan laut dalam.Selama ini aku hanya melihat gambar atau menonton di tv sahaja.Tetapi kali ini,aku bakal melihat dengan mata sendiri akan keindahan Pulau Redang.pasti seronok berpeluang menyelami lautan cantik di sekeliling Pulau redang,antara pulau terindah di dunia.keesokannya selepas bersarapan kami bertiga menaiki sebuah van ke jeti.
Setiba di jeti kami terus menaiki sebuah bot laju yang bersaiz sederhana besar.Bila bot itu bergerak aku terasa
gerun.Di tengah perjalanan kami berhenti untuk aktiviti snorkeling.Pengalaman pertama bersnorkeling memang
cukup menarik.Sebelah malamnya pula kami makan di sebuah restoran makanan laut.Di sini semua jenis ikan
adalah segar dari laut.Pagi esoknya kami berjalan dari resort ke pantai.Bagi kami yang suka akan keindahan
flora dan fauna pastinya takkan terlepas dari bergambar di setiap sudut yang menarik.Ada gambar candid aku dan Bella bermain air.Gambar Syira bertenggek di atas batu-batu besar,gambar kami bertiga dan banyak lagi.Aku merasa sangat bahagia kerana mendapat kawan yang happening macam mereka.Aku tidak akan pernah melupakan
kenangan kami bertiga.


2 jun 2009.

Ada berita gembira dan ada berita sedih.berita gembira ialah kami telah mendapat seorang kawan baru.namanya Iqa.Dulu,ke mana sahaja pergi kami mesti bertiga tapi sekarang kami pastinya akan pergi berempat..berita sedih pula ialah Syira terpaksa berpindah ke bilik sebelah kerana sebuah bilik hanya di khas kan untuk dua orang pelajar.Tapi tak mengapa kerana Iqa dan Syira satu bilik.Bilik kami pula hanya bersebelahan.



Bella merasa amat sedih apabila membaca diari ini.Pastinya diari ini milik Yuz kawan baiknya.Air matanya berguguran apabila teringatkan detik-detik mereka bersama dahulu.Dia tidak sanggup lagi membacanya.Dia ingin menutup diari itu tetapi mengubah fikirannya apabila terlihat akan beberapa helaian kertas terjatuh dari celah-celah diari itu.Kelihatan catatan itu masih baru.Dia mengambil keputusan untuk membacanya.



25 Julai 2009

Aku merasa amat terkilan apabila dengan tiba-tiba aku dipulaukan tanpa mengetahui apa sebabnya.
Puas aku bertanya pada diri aku,apa kesalahan yang telah aku buat sampaikan aku dipulau
sebegini rupa.Besar sangat kah kesalahan ku itu??Berhari-hari aku memikirkan akan jawapannya tetapi
aku telah menemui jalan buntu.Kini baru ku tahu kenapa aku dihukum sebegini.Ini hanyalah perselisihan faham
diantara aku dan Bella..Rupa-rupanya Bella ternampak akan pendrivenya yang berada di dalam beg aku..Di dalam
pendrive itu terdapat satu dokumen yang sangat berharga.Dokumen itulah yang akan menentukan masa depannya..Kerana terlalu terburu-buru,Bella telah menuduh aku mengambil dokumennya itu.Tetapi dia silap.aku tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu.Aku hanya menyelamatkan dokumennya itu daripada di copy oleh si Nana yang terkenal dengan kelicikannya itu..Tetapi tidak mengapalah.Aku sudah memaafkannya dan mereka semua..Bukan salah mereka kerana mereka tidak mengetahui akan duduk perkara sebenarnya.



Air mata Bella kian lebat mencurah keluar bagai hujan yang tidak mahu berhenti.Habis lencun helaian kertas itu dek tertumpah oleh air matanya.Dia merasa amat kesal dan sangat berdosa akan sikapnya yang terburu-buru.Mudah termakan dengan hasutan orang apalagi hasutan si Nana yang terkenal dengan kelicikannya itu.Dengan kekesalan yang menggunung dia pergi menemui Yuz untuk meminta maaf akan khilafnya.Kebetulan pula Yuz baru sahaja habis kelas dan ingin balik ke biliknya.Mereka terserempak di pintu bilik..


Bella,kau ke mana??dah merata tempat aku cari kau..Aku telefon kau,Sms kau..Tapi… tak pernah berbalas.
Yuz..aku nak minta maaf dengan kau.aku dah banyak buat silap dengan kau…
Bella teresak-esak melahirkan kekesalannya sambil memeluk Yuz..Syira dan Iqa ke bilik sebelah untuk bertemu dengan Bella.Mereka ternampak akan kelakuan bella yang memeluk Yuz.. "Bella,apsal kau ni??menangis tak tentu pasal..berpelukan pula tu..bukan ke dia telah mengkhianati kau??" Iqa bertanya dengan nada yang tidak puas hati.Iqa,Syira selama ni aku dah terselisih faham dengan Yuz..Yuz tak pernah mengkhianati aku dan korang berdua..Ini adalah kerja si Nana yang jahat itu kerana cemburu akan keakraban kita berempat.."Betul ke apa yang aku dengar ni Bella"??Syira bertanya dengan nada yang sangsi..Bella mengangguk..air matanya menitis lagi.."semuanya salah aku..aku terlalu terburu-buru..tidak pernah aku ingin mendengar akan penjelasannya..aku terlalu ikutkan perasaan.."Bella menyambung lagi..kesal dengan sikapnya yang bertindak melulu..

"Usah dituruti reaksi emosi,lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimaginasi..Aku sekarang adalah aku yang dulu..aku tidak pernah berubah..aku..dulu,kini,selamanya.."Mereka bertiga terdiam sejenak apabila terdengar akan kata-kata yang keluar dari mulutku. "Yuz,aku minta minta maaf.." "aku juga"..Iqa dan Syira memohon ampun akan kesalahannya.. "aku maafkan korang semua.."Aku berkata. "kau memang tak pernah
berubah.Cuma kami sahaja yang salah menilai kau..kau tetap seperti dulu..seorang yang mudah memaafkan kesilapan orang lain..."dan mereka berempat terus berpelukan..

No comments:

Popular Posts