Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

01 December 2009

ingat nak terhempas rupanya saje saje Pesawat B-52 tu nak melintas rendah di ruang udara Kedah

http://www.military.cz/usa/air/in_service/aircraft/b52/b52.jpg

Sebuah pesawat B-52 milik Tentera Udara Amerika Syarikat membuat lintasan rendah di kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini sempena melintasi ruang udara Kedah hari ini.

Pesawat dalam penerbangan ke Guam dari Diego Garcia, sebuah pulau di Lautan Hindi itu merentasi ruang udara Malaysia pada pukul 10.47 pagi.

Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Kedah, Su”aidi Yusoff berkata pesawat itu membuat penerbangan rendah sebagai memeriahkan acara perasmian Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Lapangan Terbang Antarabangsa, Padang Matsirat Langkawi (LTAPML) hari ini.




Pesawat yang dibina sejak tahun 1957 itu boleh terbang selama 18 jam tanpa henti.

"Pesawat ini merupakan pesawat pengebom dan ia adalah sama jenis dengan pesawat yang telah mengebom Hiroshima dan Nagasaki semasa perang dunia kedua,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan lintasan pesawat itu di sini.

"Kita menjemput pesawat tersebut melintasi ruang udara Kedah supaya bakal-bakal juruterbang dan orang ramai dapat melihat sendiri pesawat besar ini dengan lebih dekat kerana ia buat pertama kali melalui ruang udara Malaysia,” katanya.

Seorang suri rumah, Nor Shida Ramli, 29, berkata beliau sangat teruja kerana pertama kali melihat pesawat itu dengan jarak yang dekat.

"Walaupun tidak dapat pergi ke Langkawi, tetapi saya dah puas hati sebab hari ini saya dapat lihat sendiri pesawat tersebut,” katanya.

No comments:

Popular Posts