Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

27 December 2009

Lampu trafik

Lampu trafik dan kita bagaikan aur dan tebing bagi pengguna jalanraya. Naturally, hukum lampu trafik di Malaysia amat berbeza dengan negara maju. Ha Ha Ha. Den selalu kono hon bai bila memperlahankan kereta time lampu trafik memancarkan lampu kuning. Beradab sungguh rakyat Malaysia nih.





Silibus JPJ

Masa den amik lesen L, bila lampu kuning, kita kena sedia untuk berhenti. Semua orang belajar silibus yang sama dengan den. Tetapi bila di jalanraya, realitinya, bila lampu kuning menyala, semua kenderaan tidak kira samada kereta atau motorsikal, kita rakyat Malaysia akan melajukan kenderaan mereka ke tahap top speed. Mak ai, kreatif betul kita mengubah undang-undang.

Realiti yang selalu terjadi

Den dan makwe-makwe yang berbudi pekerti terasa bersalah bila tiba waktu lampu kuning menyala. "Macam mana ni, dah kuning dah tu, bersedia untuk den berhenti atau den speed sebelum lampu merah menyala ??, " kato hati den. Berhenti karang kono hon. Serba salah den. Tak dapat tidak, den lajukan kereta kancil den.





Sikap

Jika den berhenti time lampu kuning, tindakan den betul dari segi silibus hukum untuk lulus lesen memandu JPJ. Tetapi tindakan itu tak betul bagi pengguna jalanraya yang lain. Tu sobab diaorang hon tanpa belas kasihan. Siapa yang betul ni ?? Huh. Bila ada polis trafik, semua mat rempit dan Juan Pablo Montoya Malaysia bersopan-santun macam pengantin. Time tu lah den rasa den berada di pihak yang benar. Hipokrit betul. Mangkuk joluk.

Situasi di jalan raya bagi den adalah bayangan kepada sikap sebenar pengguna jalanraya. Bila ada polis, baru patuhi undang-undang. Takdo polis, dialah yang bikin undang-undang sendiri. Semua boleh melihat pekara ini sebagai perbandingan antara dosa dan pahala. Bagi muslim, kalau dia nampak syurga dan neraka barulah dia nak mendisplinkan diri dalam kehidupannya di dunia. Itu kalau nampak bai. Pasal tak nampaklah den selalu kono hon time lampu kuning.

Ayat tuhan

Dekat sini den belajar sesuatu. Majoriti tak selalunya betul. Maka benarlah kata-kata tuhan ini.

"Dan jika kamu mengikut sebahagian besar umat(majoriti) manusia di atas mukabumi ini nescaya kamu akan disesatkan dari jalan ALLAH." Surah Al-An'aam(6) ayat ke-116

Majoriti selalu hon den. Maka majoriti yang hon itu tidak benar walaupun majoriti. Bagi pengguna baru jalanraya jangan cuba menjadi majoriti. Nanti anda akan disesatkan dari JALAN tuhan. Siapa yang rugi ?? Kito jugak. Maka bila lampu kuning menyala, perlahankan kenderaan anda dan berhenti. Selamat mengamalkan pemanduan berhemah dan tolong jangan hon den. Pliss la. Den merayu nih. Den tak nak jadi mangkuk macam korang. Huhuhu.

oleh ali

No comments:

Popular Posts