Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

04 December 2009

Negara Yang Mempunyai Kekuatan Ketenteraan Terbaik Dunia ??




Terperanjat pun ada, tak sangka pun ada. Sebenarnya, saya ingin berkongsi sebuah laman web yang memaparkan senarai negara yang mempunyai ketenteraan terkuat di dunia. Statistik dan laporan yang dibuat ini berdasarkan “US Library of Congress, Central Intelligence Agency”. Mungkin anda boleh melihat sendiri laman yang saya maksudkan ini.

GlobalFirepower.com
: World Military Strengh Ranking



kurang pasti sebenarnya daripada segi apa yang dinilai mereka dalam menyediakan laporan seperti ini. Adakah ia penilaian kekuatan sistem kekuatan ketenteraan sesebuah negara daripada segi teknologi yang digunapakai dan senjata yang dimiliki. Erm……tidak mungkin sama sekali jika dilihat kedudukan Indonesia “mencanak” naik untuk senarai yang dikeluarkan ini.

Poland yang sering membekalkan senjata kepada kita pun, menjunam ke bawah kedudukannya. Manakala Singapura yang dilihat mempunyai peralatan senjata moden dan maju tidak mendapat kedudukan yang baik.

Jikalau ia dilihat daripada kekuatan tentera/gerila itu sendiri, mungkin saya setuju juga dengan senarai yang dikeluarkan ini. Teringat semasa Vietnam yang hanya dianggap picisan dalam dunia pertahanan negara dan juga tidak termasuk pun senarai askar/gerila terbaik dunia, tapi masih mampu menghalau tentera Amerika dan Perancis.

Mungkin yang mana berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang ketenteraan, boleh berkongsi pendapat anda di sini.

No comments:

Popular Posts