Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

16 January 2010

Jutawan wang palsu

Jutawan wang palsu

Gara-gara bermurah hati memberi tip AS$500 (RM1,670), hartawan Lubnan yang pernah menggemparkan negara dengan janji menderma RM1.03 bilion kepada Majlis Kanser Malaysia (Makna), Ellie Youseff, 50, dicekup di sebuah hotel empat bintang Ahad lalu kerana memiliki wang palsu.

Lebih mengejutkan, serbuan ke atas biliknya di tingkat tujuh hotel terbabit di Jalan Bukit Bintang, kira-kira jam 12 tengah malam menemui pelbagai not palsu mata wang Amerika berjumlah AS$66 juta (RM220 juta).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Izany Abdul Ghany berkata, penemuan itu susulan laporan dibuat seorang pengemas bilik yang terkejut menerima tips sebanyak itu, namun disahkan not palsu oleh pengurup wang ketika mahu menukarnya.


“Berikutan itu, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Dang Wangi membuat pemeriksaan di bilik hotel suspek dan menemui sebuah beg pinggang mengandungi 160 keping mata wang palsu dalam not AS.


“Ini termasuk 60 keping not AS$1 juta dan AS$100,000 serta 40 keping not AS$500. Semua wang palsu itu berjumlah RM220 juta dan hasil pemeriksaan di sebuah bank tempatan mengesahkan semua not itu palsu,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Katanya, Ellie didapati menginap di hotel berkenaan dua hari sebelum ditahan selepas menghadiri perbicaraan mengenai kes penipuan cek yang dilakukannya lima tahun lalu.


“Kerajaan Amerika Syarikat tidak pernah mengeluarkan note AS$1 juta dan AS$100,000 manakala bagi note AS$500, ia pernah dikeluarkan dan digunakan sehingga 1934. “Wang itu kini tidak boleh digunakan lagi, namun masih mempunyai nilai sah yang hanya boleh ditukar di Bank Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat,” katanya.

No comments:

Popular Posts