Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

24 January 2010

Perkahwinan Nabi-Aisyah bukan alasan sesuai untuk nikahi budak

RIYADH: Seorang ulama kanan Arab Saudi berkata perkahwinan Nabi Muhammad saw dengan Sayidatina Aisyah yang berusia sembilan tahun, kira-kira 14 abad dahulu, tidak boleh dijadikan alasan bagi mewajarkan perkahwinan anak gadis di bawah umur, lapor sebuah akhbar Saudi kelmarin.

Sheikh Abdullah al-Manie, seorang anggota Majlis Ulama Kanan Saudi, membuat kenyataan itu menyusuli perkahwinan seorang gadis berusia 12 tahun dengan seorang lelaki berusia 80 tahun.


Sheikh Al-Manie memberitahu akhbar Okaz bahawa keadaan hari ini berbeza daripada zaman ketika Nabi Muhammad mengahwini Sayidatina Aisyah.

Perkahwinan Sayidatina Aisyah 'tidak boleh disamakan dengan perkahwinan gadis bawah umur sekarang kerana keadaannya tidak serupa,' kata Sheikh Al-Manie.

Beliau berkata begitu selepas kes seorang budak perempuan berusia 12 tahun di bandar Buraidah, di wilayah Al-Qasim, yang berkahwin dengan lelaki berusia 80 tahun, mencetus tengkarah baru di Arab Saudi, yang dikritik kerana tidak melarang perkahwinan kanak-kanak di bawah umur.

Menurut laporan akhbar Al-Riyadh minggu lepas, gadis itu dikahwinkan oleh ayahnya meskipun tidak disetujui oleh budak itu dan ibunya.

Menurut akhbar tersebut, perkahwinan mereka sudah dilangsungkan dan mas kahwin sudah pun dibayar.

Perkahwinan Sayidatina Aisyah, yang diberi julukan Ummul Mukminin, sering digunakan oleh para hakim dan ulama Arab Saudi untuk mewajarkan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur.

Suruhanjaya Hak Asasi Saudi berkata ia sedang mengikuti kes Buraidah yang sedang dibicarakan di sebuah mahkamah Saudi.

'Ibu budak di Buraidah itu meminta bantuan kami. Mereka meminta kami membantu agar gadis itu boleh bercerai,' kata ketua suruhanjaya, Encik Bandar al-Aiban, kepada AFP.

'Kes ini sekarang berada di tangan pihak berkuasa undang-undang. Saya tidak mahu berkata apa-apa sebelum mereka membuat keputusan. Saya berharap mereka akan mencapai satu keputusan tidak lama lagi,' kata beliau.

Encik Al-Aiban berkata Jun lalu bahawa kerajaan Riyadh sedang melakar peraturan baru untuk mengenakan had umur minimum untuk berkahwin, yakni antara 16 dengan 18 tahun. -- AFP.

No comments:

Popular Posts