Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

14 January 2010

Pokok di Marikh?




IMEJ...pokok do permukaan Marikh sebenarnya kesan serpihan akibat tanah runtuh selepas ais di planet itu cair.

Gambar yang dirakam teleskop Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) menunjukkan seolah-olah permukaan Marikh ditumbuhi pokok.

Imej itu menunjukkan barisan pokok konifer di bukit pasir permukaan planet berkenaan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya hanya ilusi penglihatan.


Gambar itu sebenarnya menunjukkan bukit pasir di selaputi lapisan tipis karbon dioksida beku atau ais kering, kira-kira 240 kilometer dari kutub utara planet itu.

'Pokok' itu adalah kesan serpihan disebabkan tanah runtuh apabila ais cair ketika musim bunga di Marikh.

Gambar itu dirakam dari orbit yang mengelilingi Marikh oleh HiRise, kamera paling berkuasa tinggi pernah dihantar ke planet lain.

Pegawai Nasa, Candy Hansen memberitahu akhbar The Sun yang diterbitkan di London: "Jalur itu adalah pasir yang terurai apabila ais menyejat, menyebabkan ia meluncur di bukit pasir.

"Ketika ini, planet itu dilitupi oleh ais kering."

Bulan lalu, Nasa mengumumkan satu teleskop baru mengesan lima planet di luar sistem solar.

Teleskop itu yang dilancar tahun lalu untuk mencari Bumi lain, menemui lima planet baru itu pada beberapa minggu pertama operasinya.

Walaupun, semua 'dunia baru' yang dinamakan 'exoplanet' itu lebih besar berbanding Neptune, Nasa berkata, penemuan itu menunjukkan teleskop memburu planetnya beroperasi dengan baik. - Agensi

No comments:

Popular Posts