Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

07 January 2010

Reka selipar sendiri



MOHD. Rizan sedang menyiapkan selipar yang baru ditempah pelanggan.

PADA mulanya dia sekadar ingin menolong ayahnya dalam pembuatan capal. Disebabkan seringkali bertungkus lumus menyiapkan capal yang ditempah terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri, Zusyarina Zulkafly mendapat idea menarik untuk memperkembangkan lagi industri itu.

Gadis berusia 25 tahun itu menggunakan keistimewaan kemahiran seni yang ada padanya untuk membuat rekaan jenama selipar sendiri.

Tanpa meniru idea sesiapa, dia yang lebih mesra dengan panggilan Nina mempunyai keazaman untuk membuktikan rekaannya itu bakal menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, sebelum melangkah ke hadapan untuk memulakan cita-citanya itu, Nina turut memikirkan soal tenaga pekerja bagi mencapai kelancaran proses pembuatan selipar tersebut.

"Kalau saya tiada pembantu memang agak susah. Dari segi reka bentuk yang ingin digunakan memang tidak ada masalah.

"Tetapi untuk proses menjahit selipar itu sebenarnya ia memerlukan ketelitian mendalam," jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Justeru, Nina mengambil keputusan untuk berkongsi tenaga dan idea bersama seorang rakannya yang turut berpengalaman dalam pembuatan capal.

Gabungan tenaga mereka membuatkan Nina semakin ghairah menyiapkan tempahan yang diterima tidak kira melalui blog atau di pasar rakyat.


Dari segi bahan yang digunakan untuk membuat selipar itu, Nina mengamalkan konsep kulit asli sepenuhnya. Sekiranya bahan yang digunakan itu adalah campuran getah, pemakai akan rasa tidak selesa dan sakit.













SELIPAR kanak-kanak yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.


Meskipun untuk mendapatkan bahan tersebut agak mahal, tetapi kualiti jenama seliparnya amat diutamakan memandangkan sehingga kini Nina belum lagi mempunyai saingan sengit dalam industri itu.

Kebanyakan kulit yang dipilih untuk pembuatan selipar adalah kulit kambing, biri-biri dan lembu. Uniknya lagi, Nina turut menggunakan kulit ikan talapia yang dibeli khas dari Kelantan.

"Tidak perlu keluar jauh-jauh untuk dapatkan kulit asli kerana kami hanya beli di sekitar Kuala Lumpur. Kegunaan kulit ikan talapia hanya untuk tujuan tertentu. Misalnya, pada bahagian selipar yang gambarnya ialah ikan.

"Biasanya kami akan membeli 10 sehingga 20 kilogram kulit yang mana ia mampu menghasilkan sebanyak 200 pasang selipar," kata Nina yang mempunyai lima buah mesin untuk membuat selipar.

Proses pembuatan

Perkara utama yang diperlukan dalam proses pembuatannya adalah penyediaan asas tapak mengikut turutan saiz tertentu. Kemudian diikuti dengan hiasan lukisan yang ingin dilekatkan pada permukaan tersebut.

Bagi memudahkan kerja, lukisan itu perlu dibuat lakaran terlebih dahulu sebelum membentuknya di atas pilihan kulit yang ingin digunakan.

Nina memberitahu, dia lebih banyak menerapkan konsep lukisan binatang, geometri, flora dan fauna.

"Kami tidak akan ulang lukisan yang sama kerana ia akan membosankan. Jadi, sehingga kini kami mempunyai lebih 80 rekaan berlainan. Ini antara cabaran yang terpaksa ditempuhi untuk memperbanyakkan lagi rekaan menarik.
























SALAH satu rekaan selipar yang menggunakan kulit ikan talapia.



"Idea memang perlu ada selalu sebab kalau buat sesuatu yang sama mungkin pelanggan setia tidak sudi lagi untuk membelinya," katanya yang mempunyai pelanggan tetap yang mengumpul keluaran rekaan terbaru.

Sejurus selesai menjahit bahagian tepi selipar dan gambar yang digunakan, ia diteruskan lagi dengan membuat tali bagi melengkapkan lagi selipar itu. Langkah terakhir adalah menyiapkan empat lapisan tapak.

Rakannya, Mohd. Rizan Che Abdul Rahman, 27, menjelaskan, sebanyak 30 pasang selipar boleh disiapkan setiap hari. Selain itu, padanan warna benang dengan tapak yang digunakan memainkan peranan penting.

Ini kerana, keunikan selipar itu akan bergantung kepada pilihan warna benang dan kulit yang lebih menawan. Namun, Rizan yang merupakan salah seorang yang ditugaskan untuk melakukan proses jahitan banyak menggunakan benang berwarna putih dan coklat.

"Kita ada kumpul 10 warna benang tetapi warna yang mudah untuk disesuaikan ialah putih dan coklat. Dari segi kesusahan untuk menjahit pula, gambar yang ingin dilekatkan itu bukannya berbentuk tiga atau empat segi.

"Maksudnya ia bergantung kepada lukisan terbabit, misalnya kaca mata, robot, epal dan banyak lagi," ulasnya.

Tidak mengamalkan prinsip membazir, lebihan bahan selipar digunakan pula untuk menghasilkan aksesori seperti gelang. Fesyen itu direka mengikut cita rasa remaja masa kini yang lebih gemar memilih aksesori sampingan untuk tampak bergaya.

Pada masa sama, selipar kanak-kanak juga dihasilkan. Lebih istimewa, sambutannya juga diluar jangkaan.

Blog pemasaran

Bagi melengkapkan lagi minatnya itu, Nina menghasilkan blog untuk tujuan memasarkan jenamanya itu ke seluruh negara.

Memang tidak menghampakan apabila boleh dikatakan setiap hari Nina perlu menghantar barang kiriman itu melalui pos.

Sejak tertubuhnya blog yang dinamakan http://ninakimi.blogspot.com/ setahun lalu, Nina berjaya menjual sebanyak 3,500 pasang selipar. Lebih membanggakan lagi, rekaannya itu turut digemari oleh rakyat negara China, Australia dan Singapura.

Sebelum membuat sebarang tempahan, anda boleh meneliti terlebih dahulu paparan rekaan selipar menerusi blog tersebut. Gambar yang dimuatkan begitu jelas berserta dengan harganya sekali.

Rekaan yang menarik itu sesuai juga dihadiahkan kepada

No comments:

Popular Posts