Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

14 February 2010

Lelaki dibuang kerana enggan bersalam

STOCKHOLM: Seorang lelaki Islam menang satu kes diskriminasi membabitkan agensi pengangguran Sweden kerana menyingkirkan beliau daripada program latihan kerja kerana enggan berjabat tangan dengan seorang wanita.

Mahkamah menyifatkannya diskriminasi agama, Isnin lalu dan mengarahkan Perkhidmatan Pekerjaan Awam membayar 50,000 kronor (AS$67,000) ganti rugi kepada lelaki terbabit.

Lelaki terbabit dikenakan tindakan itu selepas enggan bersalaman dengan seorang wanita ketika temu duga dijalankan.

No comments:

Popular Posts