Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

06 February 2010

macam macam hal nak cari nama dan bala.... bom grenad dalam dekoder Astro


Seorang lelaki menemui sebutir bom grenad dalam sebuah dekoder astro terpakai yang baru dibelinya dari seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran Tesco Ampang di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan berkata penemuan bom itu dimaklumkan kepada polis kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu berminat membeli dekoder terbabit selepas membaca iklan yang ditampal di satu tembok di kawasan berhampiran.

“Melihat pada harga dekoder yang ditawarkan, dia kemudian terus menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata penjual dekoder itu kemudian meminta lelaki berkenaan untuk bertemu dengannya di satu kawasan berhampiran di Tesco Ampang.

“Dekoder itu diletakkan dalam sebuah kotak. Lelaki itu kemudian bertindak memeriksa dekoder itu apabila melihat sesuatu di dalam dekoder berkenaan.

“Dia terkejut dan panik apabila mendapati ia adalah sebutir bom grenad,” katanya.

Abdul Jalil berkata menyedari kejadian itu, penjual dekoder kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

“Polis masih berusaha mengesan penjual dekoder itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” kata Abdul Jalil. — Bernama

No comments:

Popular Posts