Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

13 February 2010

nak mati pun susah ke....???....Lelaki menang hak bakar mayatnya


GHAI (kiri) mengangkat tangan bagi menunjukkan tanda kemenangan di luar sebuah bangunan mahkamah di London kelmarin.

LONDON - Mahkamah Rayuan Britain memutuskan kelmarin bahawa seorang lelaki berumur 71 tahun, Davender Ghai mempunyai hak untuk mayatnya dibakar dalam satu pengebumian tradisi penganut Hindu di tempat terbuka apabila dia meninggal dunia.

Ghai sebelum ini mahu mayatnya dibakar di sebuah tempat terbuka di satu kawasan terpencil di utara England selepas dia meninggal dunia.

Pada tahun lalu, seorang hakim mahkamah tinggi membuat keputusan bahawa pembakaran mayat seperti itu dilarang oleh undang-undang United Kingdom. Undang-undang itu menyatakan semua pembakaran mayat mesti dilakukan di dalam sebuah bangunan yang mempunyai dinding dan bumbung.

Namun, Ghai membuat rayuan berhubung keputusan itu dan mahkamah rayuan kelmarin memutuskan permintaan lelaki tersebut dibenarkan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Pada setiap masa, saya menaruh keyakinan bahawa keadilan akan terlaksana. Kini saya boleh meninggal dunia dalam keadaan aman," kata Ghai. - Agensi

No comments:

Popular Posts