Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

29 March 2010

Kisah Lelaki Islam Berjubah Pelihara 50 Ekor Anjing



MUZAFFAR bersama seekor anjing peliharaannya


Beberapa minggu lepas akhbar Kosmo melaporkan tentang reaksi sebahagian orang Islam yang membantah gambar pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein yang bermesra dengan dua ekor anjing.


Dan hari ini akhbar yang sama menyiarkan satu artikel panjang penuh satu halaman tentang seorang lelaki Islam berjubah dari Janda Baik, Pahang yang memelihara 50 ekor anjing dari baka terkenal seperti Rottweiler, French Mastiff, Sheetland Sheepdogdan lain-lain. Malah lelaki Islam berjubah itu - Muzaffar Kaisar Ishak, 37, memiliki blognya sendiri yang kebanyakannya dipenuhi dengan cerita anjing-anjing yang dipeliharanya. Terdapat juga gambar belaiau memegang anjing bersama seorang wanita bertelekung yang mungkin isterinya. Jika hendak tahu cerita lanjut, sila layari blognya......

Rupa-rupanya lelaki pemilik 50 ekor anjing itu bukan saja peminat anjing, malah belaiu adalah ahli Persatuan Kenel Anjing Malaysia yang sangat aktif. Beliau sering mengambil bahagian dalam pertunjukan anjing dan tidak pernah kalah dalam sebarang pertandingan. Salah seekor anjing peliharaannya dari baka Rottweiler yang dipelihara dan dilatih sejak kecil menjadi satu-satunya anjing di Malaysia yang yang memenangi anugerah tertinggi anjing - Dog Grand Champion.


Dalam wawancaranya dengan Kosmo, Muzaffar menyatakan beliau kesal dengan layanan tidak mesara orang-orang Islam Malaysia terhadap anjing. Di negara Islam lain (betul ke?) kata Muzaffar anjing dilayan 'dengan hormat', tetapi lain dengan masyarakat Islam Malaysia yang melayannya dengan kejam.

"Hatta babi sekalipun, tidak layak dilayan buruk, inikan pula anjing yang tidak jelas halal atau haramnya, melainkan dalam beberapa keadaan tertentu," jelas Muzaffar.

pendikar gunung kriang

No comments:

Popular Posts