Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

07 March 2010

Lelaki dilarang gunting rambut wanita




SEORANG pendandan rambut wanita, Nael al-Rais bekerja
di salunnya di Tebing Barat semalam.


BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas yang menguasai pentadbiran di Tebing Barat, Palestin kelmarin melarang lelaki bekerja di salun rambut wanita.

Sejak memerintah Tebing Barat pada 2007, pergerakan itu mengambil beberapa langkah untuk melaksanakan pendekatan keras dalam kehidupan penduduk Islam.

Seorang lelaki yang menjadi pendandan rambut wanita, Barakat al-Ghoul berkata, larangan itu akan menjejaskan kehidupannya.

Barakat berkata, dia tidak mengetahui cara lain untuk menyara kehidupan selain menjadi pendandan rambut wanita.

Dia tidak dapat menyembunyikan kebimbangan akan dipenjarakan jika terus bekerja sebagai pendandan rambut wanita.

Polis Hamas mengumumkan larangan itu di laman web kelmarin.

Kenyataan yang disiarkan oleh Kementerian Dalam Negeri itu menyatakan sesiapa didapati melanggar larangan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang. - AP

No comments:

Popular Posts