Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

20 March 2010

Nokia C5....Capaian mudah laman web sosial



SELAIN aplikasi cemerlang, kehadiran telefon bimbit bagi Siri-C daripada Nokia turut memberi penekanan kepada fungsi interaksi rangkaian laman web sosial.

Ini merupakan produk terbaru, syarikat pengeluar telekomunikasi berkenaan telah memperkenalkan telefon bimbit pintar Nokia C5.

Ia disempurnakan dengan rekaan kompak dan nipis sesuai untuk kegunaan pelbagai peringkat pengguna.

Model itu mempunyai kelebihan dipertingkatkan dengan prestasi perkongsian pelbagai perkhidmatan selain akses mudah kepada rangkaian laman web sosial.

Antara aplikasi terbaiknya adalah seperti pelayaran percuma menerusi Ovi Maps serta perkongsian lokasi dengan kenalan di Facebook.

Pengguna turut ditawarkan dengan perkhidmatan Internet yang lebih pantas untuk mengakses aplikasi seperti Ovi Music dan Ovi Store.

Selain itu, aktiviti komunikasi juga akan dapat dijalankan dengan lebih lancar menerusi kemudahan capaian terus kepada nombor telefon kegemaran serta mengemaskini maklumat Facebook dan Myspace.

Menerusi Ovi Mail dan perkhidmatan Nokia Messaging pula, pengguna akan dapat membuka mana-mana akaun emel mereka secara lebih cepat dan pantas.

Nokia C5 didatangkan bersama kamera 3.2 megapiksel, sokongan kad memori dua gigabit (GB), sambungan data berkelajuan tinggi serta kemudahan memuat naik gambar dan video kepada laman web sosial.

Model itu bakal memasuki pasaran negara menjelang suku kedua tahun ini. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi menerusi laman web www.nokia.com

No comments:

Popular Posts