Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

14 March 2010

SKMM sasar tingkat penggunaan jalur lebar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyasarkan penembusan 50 peratus jalur lebar bagi setiap isi rumah berbanding 32.4 peratus sekarang, menjelang akhir tahun ini.

SKMM meletakkan sasaran 46.9 peratus di Johor, Kedah (32.6), Kelantan (26.9), Melaka (53.3), Negeri Sembilan (46.3), Pahang (32.9), Pulau Pinang (78.4), Perak (41.6), Perlis (36.9), Selangor (77.4), Terengganu (28.7), Sabah (30.1), Sarawak (37.9), Kuala Lumpur (89.3) dan Labuan (40.9).

Pengerusinya, Tan Sri Khalid Ismail, berkata penggunaan jalur lebar turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu bagi setiap peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar menyumbang satu peratus kepada KDNK. Beliau berkata demikian pada taklimat Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac ini, di sini semalam.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan projek HSBB bernilai RM11.3 bilion itu dengan Telekom Malaysia (TM) membelanjakan RM8.9 bilion, manakala kerajaan RM2.4 bilion.

Khalid berkata, orang ramai perlu mengetahui dan menyedari penggunaan jalur lebar meningkatkan produktiviti yang membolehkan mereka membuat capaian dan penyelidikan melalui pelbagai aplikasi.

“Kita mahu penggunaan jalur lebar menjadi sebahagian cara hidup rakyat, seperti penggunaan telefon bimbit... jalur lebar adalah jendela kepada dunia,” katanya.

No comments:

Popular Posts