Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

13 March 2010

Sorok mayat dalam but

Sorok mayat dalam but

MELAKA: Terkejut apabila terserempak sepasukan anggota polis melakukan sekatan di Jalan Tun Abdul Razak menghala Plaza Tol Ayer Keroh di sini, awal pagi semalam, sekumpulan empat lelaki dalam perjalanan membawa mayat seorang lelaki dalam kereta, mati langkah.
Kumpulan lelaki berusia 18 hingga 25 tahun itu dipercayai hilang arah dan memberhentikan Proton Saga dinaiki di bahu jalan apabila menyedari pasukan polis melakukan sekatan berhadapan Taman Mini Malaysia di sini.


Berikutan mengesyaki sesuatu apabila kereta terbabit berhenti 100 meter dari sekatan, anggota polis yang melakukan sekatan rutin bermula jam 11 malam hingga 4 pagi, menghubungi pasukan peronda bagi meminta bantuan memeriksa kereta dinaiki empat lelaki itu.


Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis menemui mayat seorang remaja lelaki dikenali sebagai Yap Wai Seng, 18, juga seorang mekanik motosikal yang dipercayai mati akibat dijerut dalam but kereta terbabit.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata kepekaan sepasukan enam anggota polis yang melakukan sekatan di jalan berkenaan membongkar kes bunuh itu.


“Anggota unit peronda polis yang memeriksa Proton Saga terbabit menemui mayat seorang lelaki dari Taman Seri Krubong dalam tempat menyimpan barang di belakang kereta. “Berikutan itu, semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Soal siasat mendapati kereta berkenaan dari pusat bandar menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh,” katanya yang memuji kepekaan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang mengesan jenayah bunuh itu.

Salehhudin berkata, pemeriksaan di tempat kejadian oleh pasukan forensik mendapati terdapat kesan jerut pada leher mangsa selain beberapa kecederaan pada beberapa bahagian badannya.


Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa dibunuh di tempat lain iaitu di kawasan rumah di Jalan Semabok, dekat sini, sebelum mayatnya disumbat ke dalam tempat simpanan barang di belakang kereta berkenaan.


“Setakat ini, berdasarkan soal siasat awal polis percaya motif mangsa dibunuh akibat cemburu hubungan mangsa dengan teman wanitanya.


“Namun, siasatan terperinci masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar mangsa dibunuh termasuk mengambil keterangan daripada teman wanitanya.


“Pemeriksaan terhadap kereta dinaiki suspek, polis turut menemui sebatang besi dipercayai senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu,” katanya. Menurutnya, polis menahan reman lima orang termasuk seorang wanita bermula semalam hingga 18 Mac depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.


Dalam pada itu, mangsa sempat meminta RM10 daripada ibunya untuk membeli minyak motosikal jam 3 petang kelmarin.


Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, lewat 30-an, yang hadir di Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM ketika ditemui, berkata itulah kali terakhir dia melihat anak tunggalnya itu.


Katanya, dia hanya mengetahui kematian anaknya itu selepas dihubungi seorang rakan mangsa sebelum menghubungi balai polis untuk mengesahkan kesahihan berita berkenaan.


Lee ke HM kira-kira jam 10 pagi untuk melakukan pengecaman mayat sebelum bedah siasat dilakukan.


Dia bagaimanapun enggan bercakap panjang kerana amat terkejut dan sedih dengan kematian anaknya.

No comments:

Popular Posts