Search This Blog

Loading...
Your Ad Here

terkini

24 April 2010

AS lancar pesawat rahsia ke angkasa

PESAWAT X-37B dilancarkan dengan menggunakan roket Atlas V di Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral Florida,
kelmarin.
GAMBAR menunjukkan pesawat angkasa lepas X-37B sebelum dilancarkan di Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral Florida, kelmarin.


WASHINGTON - Sebuah kapal angkasa lepas rahsia yang tidak mempunyai juruterbang milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral Florida, kelmarin.

Misi dan fungsi sebenar kapal angkasa X-37B itu dirahsiakan namun pakar-pakar memberitahu, ia dilancarkan dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan dalam sistem sokongan peperangan dan persenjataan.

Bercakap selepas pelancaran tersebut, Penolong Setiausaha Sistem Angkasa Lepas Tentera Udara AS, Gary Payton mengakui agak sukar untuk menyembunyikan pelancaran kapal angkasa lepas itu tetapi dia enggan memberitahu kemampuan dan tujuan sebenar X-37B.

"Dalam penerbangan ini, apa yang ingin kami tekankan adalah kapal angkasa tersebut dan bukannya apa yang akan berlaku di angkasa lepas.

"Tentera udara mempunyai beberapa misi di angkasa lepas dan kapal angkasa ini dan pesawat baru ini mempunyai potensi dalam merealisasikan misi kami dengan lebih baik.

"Saya tidak tahu bagaimana ia boleh dilihat sebagai aspek persenjataan di angkasa.



PESAWAT X-37B dilancarkan dengan menggunakan roket Atlas V di Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral Florida, kelmarin.GAMBAR menunjukkan pesawat angkasa lepas X-37B sebelum dilancarkan di Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral Flo

"Ia cuma sebuah kapal angkasa terkini untuk aktiviti di angkasa lepas," katanya yang menafikan dakwaan bahawa kapal angkasa tersebut merupakan langkah pihak tentera untuk mendominasi ruang angkasa lepas.

Kapal angkasa X-37B itu mengambil masa satu dekad untuk dimajukan dan ia akan berada di angkasa lepas selama sembilan bulan.

Ia akan memasuki bumi dan mendarat seperti pesawat lain di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California.

Namun tarikh kepulangannya tidak dapat dipastikan.

Panjang pesawat X-37B itu sembilan meter menjadikan ia lebih kecil daripada pesawat angkasa lepas biasa.

Pesawat itu dipandu secara automatik dan kapal angkasa tersebut akan dikawal dari bumi bagi mengarahkan ia memasuki orbit dan mendarat.

Pesawat itu menggunakan kuasa solar dan bateri lithium-ion menyebabkan ia berbeza daripada pesawat tradisional yang menggunakan minyak.

Dibina oleh syarikat Boeing, projek pembinaan kapal angkasa itu pada mulanya diketuai oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS.

Ia kemudian diserahkan kepada Jabatan Pertahanan AS yang lebih dikenali sebagai Pentagon sebelum dikendalikan oleh sebuah unit rahsia tentera udara AS.

Berjuta-juta dolar telah digunakan dalam projek pembinaan kapal angkasa tersebut tetapi perbelanjaan sebenarnya tidak pernah didedahkan. - Agensi

No comments:

Popular Posts